01 June 2020

REVIEW : VITAMIN C BEST | VITAMIN C SHINE 500 PLUS

Hi assalamualaikum.


Hari ni nak share pasal vitamin C lagi😂 siapa yang biasa baca blog I, maybe ada terbaca review I untuk vitamin C Biolife. Banyak kan vitamin yang I ambik😅

Baca juga : Review Vitamin C Biolife Non Acidic


Takda lah. Sebenarnya I try and error mana yang sesuai. Dulu waktu kat sekolah, I selalu sangat sakit. Boleh kata bersambung-sambung. Demam semua tu I dah macam lali dah. Pernah jugak time ada seminar final pecutan untuk SPM, I tak pergi. I ingat lagi seminar subjek Chemistry. Padahal seminar tu dah lama plan dan cikgu yang ajar tu dari luar tau. Ralat la sikit tak dapat ikut sebab demam panas package muntah-muntah😂 stress sebab diri sendiri sakit adoi😅



Dah melalut. Okey, start daripada situ la I ambik vitamin C. Banyak dah brand vitamin C yang I cuba. Tak terbuat lagi review😝 Tapi mostly vitamin C yang I beli adalah dari Watsons atau Guardian.


Minimalis je ha botol dia😂


Vitamin C Shine 500 Plus ni kawan I suggest jugak😂 I try je lah beli sebab bagi I harga mampu milik untuk 60 biji dalam satu botol tu. Kalau dekat Watsons, I beli dalam harga RM20+. I ada jugak dapat soalan dari kawan-kawan lain. Best tak Vitamin C Shine ni? Bagi I, Vitamin C Shine ni yang paling sesuai dengan I setakat ni. Yang lain pun okey. Cuma yang ni, paling ngam la dengan I orang kata😂


Oh sebelum lupa, I nak share vitamin C ni kalau I tengok dekat botol dia, tak ada tanda halal tau. Mungkin consider sebagai ubat kut. I taktau. Tapi I ada google dulu sebelum beli. Dan I yakin untuk makan dan I beli. Kalau korang tak yakin, boleh google dulu cari info berkaitan atau tak payah la beli sebab kalau rasa was- was untuk makan kan kita digalakkan better tinggal😅


So here's list pros dengan cons Vitamin C Shine ni.


Pros:

1. Chewable. Boleh kunyah atau hisap je. Rasa pun manis-manis orange. Macam gula-gula.


2. Harga mampu milik. RM20(kalau harga tak berubah lagi). Boleh dapat 60 tablets.


3. Tahan 2 bulan kalau makan sehari sekali.


4. Bagi I, burn cepat hilang dan parut pudar cepat (2 minggu lebih macam tu).


5. I check ingredients dekat botol rupanya ada sekali Vitamin B5 10mg.


Cons:

1. Botol silinder tinggi. Makan ruang jugak nak letak dalam beg.


2. Susah jumpa. Certain Watsons je yang I jumpa jual Vitamin ni.


3. Bentuk leper(tablets) dan boleh tahan besar la jugak. Tapi boleh je makan sebab kemam dalam mulut je takpayah telan😉


Nak repeat beli tak? Setakat ni nak lagi😂 sebab sesuai dengan badan. Tapi halahhh susahnya nak cari kan. Kena order online je lah rasanya ni. PKP pulak kan😂


Okey tu je nak share. Sorry kalau typo banyak atau salah info. Kalau korang ada info lebih boleh komen tau kat bawah jadi I boleh tambah nanti😄 Bye😊



Disclaimer : I am not a doctor, pharmasict or anyone who has professional skills in beauty fields. I am just a beauty enthusiast who loves sharing about beauty related things.  Do share or communicate with me at nabilahzaini894@gmail.com . I love to learn and share with others 🌼 This reviewed products is not sponsored. I bought this product 100% using my own money and this is written with my own ideas ™


No comments:

Post a Comment