25 February 2019

LUPA ID/USERNAME ONLINE BANKING BANK ISLAM


Assalamualaikum hai😊

Tak tau lah I ni nak kata lupa, tak lupa sebab memang ingat semua ID akaun online banking yang ada. So I nak share lah sikit pengalaman I yang 'lupa' online id/password bank islam ni😂


I try log in banyak kali waktu cuti sem yang lepas. Tapi still tak boleh log in. Then I googled dan baca ada orang cakap kena call. I kan macam tak yakin sangat kalau nombor 03 semua ni (takut scammer ke apa) macam paranoid sikit.


Lepastu nampak kat FAQs di web official Bank Islam, kalau lupa ID boleh call 03 26 900 900 atau emel contact center.




I choose to email first. Waktu emel tu hari cuti😂 so I pun tak expect dibalas cepat. Then tak lama diaorang reply bagi option nak call nombor mana. I kan dah cakap I takut sikit bila nak call 03 ni. So I call yang contact center/hotline 24 hours je.

Baca juga : Cara Bayar Yuran UiTM Guna ATM

First nanti ada macam robot eh ke rakaman suara entah tak tau nak explain. (update April2020 : system operator namanya😂 thanks orang  yang komen kat bawah ni)


So korang tekan la ikut pilihan korang. Contohnya tekan keypad 1 untuk bahasa Melayu, tekan keypad 2 untuk English. Lepas tu akan ada lagi arahan lain yang korang perlu ikut. Contohnya tekan untuk IC number. Dah settle korang tunggu sekejap untuk cakap dengan pegawai bank.


I dapat pegawai perempuan yang cakap laju 😂 dah la call tu pagi - pagi. Nasib baik boleh tangkap arahan dia. Dia akan tanya soalan peribadi kat korang so korang kena get ready tau. Lepastu tu dia suruh cuba log in balik sebab account I kena block sementara sebab tak ada aktiviti since last 6 months.


So dia cakap even ID masuk betul pun still tak boleh log in. Kalau korang betul-betul lupa ID, dia akan reset balik untuk korang buat lain. Tapi untuk I, I cakap I ingat dan tak boleh log in. So dia cakap akan unblock account untuk I try log in. Kalau tak boleh jugak / lupa kena call balik sekali lagi untuk reset.

So apa yang boleh I bagitau

1. Please log in online banking korang selalu untuk tak di block
2. Kalau 6 bulan tak aktif, kena block sementara.
3. Kalau 1 tahun tak aktif, kena block terus
4. Tolong ingat details waktu korang daftar online banking.


Okey korang, kalau ada apa-apa soalan/info / nasihat boleh komen kat bawah so that ramai orang boleh dapat info sama-sama😊 thanks korang bye salam.


20 February 2019

NAK PILIH BIOLOGI KE FIZIK ?


Assalamualaikum hai😊

Sebelum ni I ingat dilema pilih bio, fizik, akaun, seni ni habis lepas Form 4. Tapi nope ! Bawak sampai zaman diploma haha

Okey macam ni, pengalaman I untuk pelajar diploma sains AS120, bila dah nak masuk sem 4 kena pilih whether nak further bio atau physics.

Ada sesetengah pelajar masih pening lagi nak ambik apa. Kalau I, I memang dah pilih dari awal nak further biologi sebab I tau, diri I memang tak boleh carry physics😅

Apa yang boleh I cakap, first thing, bertenang. Ambik kertas dan pen. Kalau malas, bukak notes kat phone pun boleh. Lepas tu list pro dan cons kedua aliran tu.


1. You boleh handle tak subjek tu nanti?
2. You minat aliran apa?
3. You boleh siapkan assignment tu tak kalau tak ada orang tolong?
4. You boleh handle lab experiment(kalau ada) tak ?
5. You selalu score subjek yang mana?
6. You okey tak (stress) kalau ada pressure dari subjek tu?
7. You suka mengira ke menghafal ?
8. You cekap math tak? (selalunya physics kena laju sikit kalau nak kira-kira ni)
9. You suka formula ke theory?
10. You rajin mengulang hafal tak?


And the list go on. I bagi contoh je tu.


Bagi I biologi ni lebih dinamik, setiap hari ada benda baru sebab kita belajar benda hidup. Berbanding fizik, fizik dinamik juga yapi lebih kepada bersifat fixed yang mana ada formula-formula perlu di guna.

Its okey, ambil masa. Fikir betul-betul. Semua ilmu bermanfaat yang dibelajar ni berguna dalam hidup tau😉


Setiap kali, jawapan korang cenderung ke arah physics/bio, korang tick la kertas pro and cons physics/bio korang tu.


Ni contoh experiment yang korang akan buat kalau korang masuk diploma AS120 biology branches. Group I swab raw sample dari door knob lab kitorang guna, straight to agar medium😂 Tempoh incubation 1 week rasanya. Tak ingat dah sebab lama. Best gila. 


Yang korang nampak tompok hitam tu adalah colony of microbes. Haa so dah berani pegang macam-macam tanpa basuh tangan pastu terus makan ke?😝 tu baru guna satu swab (swab tu macam putik kapas yang korek telinga kecik tu je). Bayangkan tangan kita haaa😂


Lepas tu tengok yang mana lagi banyak. Setakat ni je yang I boleh tolong. Apa pun, korang lagi kenal diri korang. Dan jangan lupa minta pendapat orang terdekat macam family members ke. Goodluck !



17 February 2019

DIY Compressed Mask Jenama Watsons

Hi.

I ada habit tau lepas keluar pergi mana-mana( I pakai make up waktu keluar), I malas betul nak cuci. Tambah lagi kalau pakai sunscreen je dan tak pakai foundation pun. So, tak lama lepas tu naik la jerawat kecik besar semua ada. Kalau time cuti tu lagilah pemalas. Muka pun cuci gitu-gitu je.

Kulit I pulak jenis berminyak dan kalau cuaca panas, kulit bahagian pipi macam mengelupas sikit. Dan I tau skincare jenis hydrating lah yang paling penting time tu. Baru tau gelabah( tapi tak serik-serik😂). 

Baru ni I ada pergi Watsons untuk topup barang sebab hampir tiga empat bulan tak masuk Watsons(jimat duit weh sebab student lagi niii). Pusing-pusing dalam tu I nampak compressed mask. Brans Watsons. Not bad. Boleh try lah.




So basically, total ada 15 mask yang di-compressed sampai jadi macam bentuk bola kecik. Harganya RM 4+.

I bahagi dengan mak I so dapat la sorang sikit. Serius jimat okey guna cara ni. Korang bayangkan satu mask je dah boleh cecah Rm 4 ke atas. Ni kalau buat sendiri jimat lah. Dan boleh pakai selalu. 

Tapi I tak nafikan yang memang berbeza lah effect mask yang dah siap sedia dengan mask DIY ni. Yang penting, korang kena alert dengan skin needs korang.

So macam mana nak buat DIY dengan compressed mask ni ?

Jangan risau ada banyak options untuk solutions yang korang boleh rendam compressed mask ni. Lepas rendam, korang buka lah compressed mask tu slow-slow.

1. Timun ( gel ke air ke terpulang lah)

2. Aloe vera (okey yang ni best tambah lagi kalau muka burn kan)

3. Toner (kalau toner korang jarang pakai, boleh la guna daripada terbazir sia-sia je)

4. Essence water( alaa sayangnya tapi kalau korang jarang pakai boleh la guna yang ini)

5. Rose water/air mawar ( wangiii je lepas pakai)

So setakat tu je dulu yang boleh I share. Thanks sudi baca.


12 February 2019

RESIPI KEK OREO MUDAH 2 BAHAN DAN BAWAH RM 10


Assalamualaikum hai😊

Korang yang suka makan kek tapi malas macam I ni memaang sesuai sangat tau baca ni😂 atau korang saja-saja bosan nak masak tapi taktau nak buat apa pun sesuai jugak. Kek ni untuk makan sorang layan netflix ke drama ke sesuai sangat😝

I try resipi kek oreo viral tu baru-baru ni. Korang pun boleh cuba tau. Peminat biskut oreo lagi lah kena cuba. Mudah sangat-sangat. Kek dua bahan je gais! 2 bahan je guna😉 First time I share resepi dalam blog ni. Excited!

Tak guna minyak masak, telur, gula semua tu. Dan paling best tak guna oven. Hehe kita kukus je kek oreo tu. Serious ni betul-betul bawah RM10 !


Bahan-bahan

- 2 pek panjang biskut oreo( I ambik chocolate cream sebab tak suka vanila)

- 1 susu kotak kecik Dutch Lady perisa chocolate


RM 3.20 rasanya ni

Susu kotak tu I guna yang chocolate je tau. Yang full cream tu saja letak nak minum lepastu😂



Peralatan

- Blender
- Loyang/bekas nak letak adunan
- periuk kukus
- Dapur gas 😂



Cara Masak


- Masuk semua biskut oreo dalam blender. Kalau tak muat, masuk separuh dulu.

- Masuk susu kotak perisa chocolate dalam blender.

- Blend sampai jadi adunan sebati


- Masuk baki oreo yang tak muat tadi (kalau ada).

-Sementara tu, panas air periuk kukus tu.

- Sapu minyak/marjerin/planta pada loyang supaya adunan tak melekat nanti.

- Tuang adunan dalam loyang.

- Letak loyang dalam periuk kukus.


- Tunggu sampai kek masak.


Ni kek yang dah dipotong(tipu je. I guna sudu sebab tak sabar nak rasa) Kek time ni still panas so dia macam ala-ala brownies tak brownies(eh tak reti nak explain la😅). Rasa dia memang dah manis biskut pastu campur manis susu lagi. For me, dah cukup rasa dah walaupun dua bahan je.



Tips 

Kalau nak tahu kek masak atau belum, cucuk lidi/garpu di bahagian tengah kek. Kalau adunan berair atau melekat pada lidi/garpu, maksudnya belum masak lah tu.

Adunan untuk 2 pek oreo ni memang sikit tau atau bahasa lainnya tak gebu.

Lagipun, tak ada guna baking powder ke soda ke ovalette ke apa. Jadi, kalau loyang korang besar atau nak makan ramai-ramai, korang double jumlah bahan-bahan.

Kalau korang nak topping kek, korang masak chocolate atau paling senang korang beli chocolate rice je. Tabur-tabur siap !

Kenapa tak guna gula?
Manis dah bagi I sebab krim oreo dengan susu tu sendiri pun dah manis. Tapi kalau korang nak olah resipi bagi manis lagi pun boleh, korang tambah la gula/sweetener waktu blend tu.

And you are done! Selamat mencuba😄



08 February 2019

TIPS : NAK BAWA APA BILA TRAVEL KE PANTAI?

Hi !


I ada pergi pantai waktu bercuti ke Terengganu so I ada senaraikan apa yang perlu bawa bila bercuti di pantai.

1. Stoking
Kena pakai supaya kaki tak sakit bila kena corals.

2. Selipar
Untuk jalan tepi pantai ke hehehe

3. Kasut bertutup
Kasut bertutup yang tahan lasak supaya kasut tak lekang bila kena air. I pakai kasut bertutup plastik je.

4. Seluar
Bila berenang sepatutnya pakai seluar khas untuk berenang supaya seluar tak jadi berat bila kena air. Incase tak ada, pakai seluar yang lekap pada kulit, jadi seluar tak rasa berat bila kena air.

5. Baju
Untuk berenang selalunya ada baju khas untuk berenang. Kalau tak ada, pakai baju biasa pun boleh dan pilih yang tak senang terselak bila kena air. Lepastu dua tiga helai baju nak jalan-jalan.

6. Tudung
I pakai tudung sarung yang jenis melekap kat kepala tu je sebab tak senang tercabut. Korang jangan pakai bawal ke shawl pulak. Nanti tudung kemana, korang kemana😂


7. Travel kit toiletries
Bekas toiletries untuk travel tu I beli kat Mr.DIY je. Harga lebih kurang RM6.00+ . Dalam tu I letak shower gel, cleansing oil, cleanser, toner(tapi I letak air mawar untuk freshner). Oh lupa, sekali berus gigi dan toothpaste kecik.

8. Skincare
I bawak satu beg make up kecik tu. Dalam tu ada sunblock(WAJIB BAWA), foundation, lip palette kecil yang siap ada cermin tu, eyebrow pencil dan concealer(tak sempat pakai pun). Yang lain dalam travel kit toiletries tu.

9. Telekung
I bawa beg telekung kecik. Dalam tu ada tuala muka kecik, charger telefon(sambil solat tu, sempat la charge phone) dan beg make up untuk lepas solat.

10. Beg isi baju kotor
Bawak beg plastik satu dan sebolehnya yang berzip dan tak senang basah. Bila habis berenang, nak tukar baju terus je letak dalam beg plastik tu. Senang tak risau basah dah sebab berzip.




04 February 2019

SERANGGA MASUK TELINGA ?


Hi.

Korang pernah tak ada pengalaman serangga masuk telinga? Nightmare kan? Dah la sakit, geli, kepala rasa berdenyut haa semua ada. Last - last menangis jugak lah.

I pernah kena dengan semut kecik tu je. Itu pun meraung jugak lah. Masa tu, I tengah lena dan I terjaga sambil tengah mamai macam tu sebab telinga I sakit. Jadi, I kejut la nenek I sebab rasa sakit. I kata lah maybe sepupu I yang tidur sebelah I tu terletak tangan atas rambut I sebab kepala I rasa sakit padahal telinga I yang sakit tapi ye lah masa tu kecik lagi. Bila fikir balik, kesian sepupu I kena tuduh tak pasal-pasal padahal dia tengah lena tak sedar apa😂

Macam-macam nenek I buat sampai lah dia sapu kapur makan kat telinga I kalau tak salah. Lepas tu tak lama, pap keluar lah bangkai semut kecik tu haa

Okey tu pengalaman I, tapi apa yang I nak share dekat post ni bukan tu je tapi I nak share LANGKAH AWAL YANG PERLU DIAMBIL KALAU SERANGGA MASUK TELINGA.

1. Relax. Jangan gelabah tarik nafas, lepas dulu.

2. Halakan telinga yang dimasuki serangga tu ke bawah(ikut tarikan graviti) dan goyang sikit-sikit kepala.

3. JANGAN guna putik kapas atau pencungkil supaya serangga tak tertolak jauh ke dalam telinga.

4. Kalau serangga tu confirm dah mati, baru boleh guna pengepit untuk tarik keluar.

5. Guna minyak zaitun atau minyak bayi(baby oil) sedikit ke dalam telinga supaya serangga lemas.

6. Guna picagari untuk sembur air secara perlahan supaya gegendang telinga tak rosak dan pastikan keseluruhan serangga keluar

7. Make sure jumpa doktor kalau serangga tak keluar habis, tak keluar, ada nanah, kurang pendengaran dan sebagainya.

Okey tu je yang I boleh share. I ambik maklumat ni dari infografik oleh pegawai perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.