06 August 2018

REVIEW : TRETINON / RETIN A CREAM UNTUK JERAWAT ? BEST KE?



Assalamualaikum hai😊

Harini saya nak share pasal TRETINON cream atau 'kembar' dia Retin A cream yang katanya untuk pimples. TRETINON cream ni dipasarkan di Malaysia sekarang.


AMARAN :  TRETINON cream ni teratogenic dan tak sesuai untuk pregnant woman. Pregnancy also must be avoided during treatment.


Saya cerita dari pengalaman saya dengan kawan saya. Okay, waktu saya di semester 2 diploma, saya temankan kawan saya jumpa dengan doktor sebab muka breakout . Alang alang teman tu,  saya pun nak tanya jugak produk dan makanan yang sesuai untuk kulit yang bersih.


Sembang punya sembang, doktor bukak komputer dia then tunjuk gambar macam di bawah ni. Tapi untuk cream ni ada percentage yang berlainan.  Saya kena pakai yang percentage paling rendah sebab muka saya pimples tak banyak dan okay sikit compared to kawan saya yang mukanya breakout.





Doktor tunjuk gambar ni dan suruh pergi farmasi sebab dekat klinik tu takde stok cream ni. Tapi bila pergi farmasi, pharmasict kata ini packaging lama dan dah tak dihantar ke Malaysia lagi dah. 





Pharmasict tu kata ada cream lain yang sama fungsi dengan Retin A cream. Dan taraaa.. namanya TRETINON. Sama je dengan Retin A cream tu. Memang sekarang stock ni je yang sampai ke Malaysia. Sadly, ini je percentage yang ada. Takde 0.025%. Ada 0.05% saja. 





Ni belakang packaging dia. Untuk pregnant woman tak boleh pakai tau. Effect dia sampai ke baby. Nampak tak yang racun dia kuat huhu...  Untuk yang nak conceived baby pun tak boleh pakai tau. Kalau dah pakai, at least 4 weeks atau lebih kena stop pakai. Takut baby cacat. 




Kecik je tapi worth it sebab sikit je pakai kat tempat jerawat. Lupa nak ambil gambar cream tu. Warna dia slightly turquoise-putih dan bau dia a bit kuat. Bau ubat yang macam menusuk sikit.



Belakang tube tu ada ingredients list, directions cara guna semua.  


Cara pakainya, letak cream ni dekat tempat jerawat sahaja. Jangan letak satu muka pulak 😂 saya apply guna cotton bud tau. Tak guna jari sebab takut sumbang lagi banyak bacteria ke jerawat tu 😂 Doktor pesan supaya pakai waktu malam sahaja sebab kalau pakai waktu siang, kulit react to sunlight (More exposure lepas tu akan sunburn). 


Kesannya, esok tu jerawat jadi lembut (serius ni memang kulit jerawat jadi menipis) jadi senang tak payah picit jerawat kuat kuat sampai tinggal kesan. Kadang tu, lap muka terkuat sikit dengan tuala pun jerawat pecah 😅 mungkin bergantung pada kulit muka masing-masing jugak. Kadang effect dia untuk setengah orang hanya berkesan untuk jerawat saiz besar sahaja. Untuk yang muka breakout, mungkin boleh cuba 😉


 Oh ya, saya perasan TRETINON cream ni tak mengeringkan jerawat pada muka saya. Dia lebih kepada menipiskan kulit jerawat supaya senang nanah keluar tanpa kesan picit. Apa pun saya suggest supaya dapatkan nasihat doktor cepat-cepat kalau rasa muka jadi breakout.  Kadang kita tak tahu mungkin ada setengah chemicals yang terkandung dalam produk tu tak sesuai dengan kulit.  Jadi, mungkin consultation doktor dapat bantu awak☺ 


Harganya RM18 saya beli di Perlis. Rasanya sama je harga di semua farmasi. Ingat ye, pregnant woman TAKBOLEH pakai TRETINON CREAM ni sebab dia TERATOGENIC. Bahaya kepada baby. 



UPDATE !!!! (June2020)

I still guna kalau ada jerawat besar-besar naik. So, semalam I letak sikit dekat jerawat yang baru nak naik(berdenyut dan merah😂). Esoknya tu I check kulit bahagian jerawat tu dah macam 'lembut' sikit. Orang kata dah 'masak' haa sebab I dah boleh nampak exudate warna kuning tu 😂

Sepatutnya, krim ni pakai waktu malam. Tapi tak tahan berdenyut dan ada rasa sakit la jugak😅 I pakai je terus tak kisah siang. Okey la, walaupun bau dia 'tajam' sikit. Oh, I tak letak gambar tau sebab jerawat tu naik dekat bahagian anak rambut😅


Okey tu je nak share. Sorry panjang sikit tulis. Thanks baca kind-souls😊


Disclaimer : I am not a doctor, pharmasict or anyone who has professional skills in beauty fields. I am just a beauty enthusiast who loves sharing about beauty related things.  Do share or communicate with me at nabilahzaini894@gmail.com . I love to learn and share with others 🌼 This reviewed products is not sponsored. I bought this product 100% using my own money and this is written with my own ideas ™

7 comments:

  1. Boleh ke pakai untuk jeragat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi☺

      Maaf saya baru sempat buka blog. Terima kasih Zahyrah Rahym tolong jawabkan😊

      Delete
  2. Thanks Nabilah Zaini... already buy for my lovely son... ☆☆☆☆☆♡♡♡♡♡

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi☺

      Welcome! We should be sharing the good items, right😉 hopefully it will works wonder on your son✨

      Delete
  3. Boleh tahu tak harga tretinoin tu still RM 18 ke?

    ReplyDelete
  4. I beli haritu RM20 dekat alpro pharmacy

    ReplyDelete