07 August 2018

TIPS : MASUK UITM?! MACAM MANA NIII (PART 1)



Assalamualaikum hai

Harini saya nak share pasal pengalaman saya belajar di Uitm. Lebih spesifik di Uitm Perlis. Okay Perlis ada satu je Uitm. Tapi dengar dengar mungkin masa kedepan akan dibina satu lagi. Taktahu lah kebenarannya. Hmmm saya share pengalaman tak seberapa saya ni dulu, nanti insyaAllah saya share tips study di sini pulak.  InsyaAllah ๐ŸŒผ

Uitm Perlis ni antara uitm yang paling tua tapi takde lah berhantu pun hahaha jangan risau.  Kalau kena gaya, insyaAllah takde apa apa sampai habis belajar ๐Ÿ˜Š oh ya Uitm Perlis adalah zon bebas asap. Jadi tak boleh merokok dan bakar sampah. Semua orang hormat peraturan ni. Jadi untuk yang baru mula belajar di sini tolong take note okay ☺

Di sekitar Uitm ni paling popular CMart Arau lah untuk beli macam macam. Nanti bila bila saya share tempat yang best di sini. Kalau nak lagi jauh boleh naik train pergi Aman Central di Kedah hehe

Di Uitm Perlis, secara totalnya ada 4 Cafe (termasuk Cafe di kolej perempuan). Cafe Chu,  Cafe Apple, Cafe Dahlia/Bangchik(di kolej perempuan) dan Cafe Damai/Mangga. Selalunya orang paling suka Cafe Apple dan Cafe Mangga. Memang sedap rasa addictive sangat. Harga pun murah je berbanding di luar. Saya nampak ramai pensyarah sarapan di dalam Uitm terutama di Cafe Mangga sebab dekat dengan pejabat pentadbiran.

Untuk pengangkutan,  jangan risau. Di sebelah Cafe Apple ada satu kawasan lapang untuk teksi teksi. Cakap saja mana awak nak pergi,  pakcik tu akan bawa. Dulu,  stesen teksi di sebelah Cafe Mangga tapi atas sebab tertentu diorang diberi tempat baru. Oh ya, Grab pun ada tau. Cuma berita buruknya,  Grab hanya boleh hantar sampai ke Gate A atau Gate B sahaja.  Diorang dilarang masuk sebab orang luar.  Uitm Perlis sangat menjaga kemasukan orang kedalam kawasan universiti. Ada polis bantuan yang bertugas di pos kawalan .

Itu sebabnya saya rasa selamat di universiti ini berbanding universiti lain. Pengangkutan lain adalah student cab! Student cab ni maksudnya student di uitm yang ada kereta akan buat perkhidmatan seperti teksi. Tapi pihak Uitm dah larang perkhidmatan ini sebab katanya tiada insurans jika berlaku apa apa. Bayarannya tak semahal teksi tapi tak semudah Grab.

 Oh ya polis bantuan juga akan saman sesiapa yang berpakaian ketat,  tak memakai kad matrik, dan sebagainya.  Maksudnya sesiapa yang tak ikut sahsiah rupa diri yang ditetapkan Rm 50 bakal terbang dari beg duit anda ๐Ÿ˜‚

 Untuk port lepak pulak selalunya dia Mushroom.  Haaa mesti pelik kenapa pulak cendawan ๐Ÿ˜‚ sebab di sini ada satu tempat yang bentuk macam cendawan. Kira macam ruang legar gitu tapi ada setengah bahagian yang disediakan kerusi dan meja. So kalau ada group assignments campur lelaki  perempuan, kebanyakan discussion dibuat di sini. Waktu akhir aktiviti di Mushroom adalah jam 11 malam kalau tak salah.

Kolej paling dekat dengan blok akademik (untuk kolej perempuan) adalah kolej Kesinai. Kesinai adalah kolej lama yang baru jugak di-renovate dan yang g bestnya sebelah dia Cafe Chu. Ok la setakat ni dulu saya share. Nanti sambung part 2 pulak ๐Ÿ˜‰ gambar takde banyak yang cantik so nanti je lah kita share byeee

06 August 2018

REVIEW : TRETINON / RETIN A CREAM UNTUK JERAWAT ? BEST KE?



Assalamualaikum hai๐Ÿ˜Š

Harini saya nak share pasal TRETINON cream atau 'kembar' dia Retin A cream yang katanya untuk pimples. TRETINON cream ni dipasarkan di Malaysia sekarang.


AMARAN :  TRETINON cream ni teratogenic dan tak sesuai untuk pregnant woman. Pregnancy also must be avoided during treatment.


Saya cerita dari pengalaman saya dengan kawan saya. Okay, waktu saya di semester 2 diploma, saya temankan kawan saya jumpa dengan doktor sebab muka breakout . Alang alang teman tu,  saya pun nak tanya jugak produk dan makanan yang sesuai untuk kulit yang bersih.


Sembang punya sembang, doktor bukak komputer dia then tunjuk gambar macam di bawah ni. Tapi untuk cream ni ada percentage yang berlainan.  Saya kena pakai yang percentage paling rendah sebab muka saya pimples tak banyak dan okay sikit compared to kawan saya yang mukanya breakout.





Doktor tunjuk gambar ni dan suruh pergi farmasi sebab dekat klinik tu takde stok cream ni. Tapi bila pergi farmasi, pharmasict kata ini packaging lama dan dah tak dihantar ke Malaysia lagi dah. 





Pharmasict tu kata ada cream lain yang sama fungsi dengan Retin A cream. Dan taraaa.. namanya TRETINON. Sama je dengan Retin A cream tu. Memang sekarang stock ni je yang sampai ke Malaysia. Sadly, ini je percentage yang ada. Takde 0.025%. Ada 0.05% saja. 





Ni belakang packaging dia. Untuk pregnant woman tak boleh pakai tau. Effect dia sampai ke baby. Nampak tak yang racun dia kuat huhu...  Untuk yang nak conceived baby pun tak boleh pakai tau. Kalau dah pakai, at least 4 weeks atau lebih kena stop pakai. Takut baby cacat. 




Kecik je tapi worth it sebab sikit je pakai kat tempat jerawat. Lupa nak ambil gambar cream tu. Warna dia slightly turquoise-putih dan bau dia a bit kuat. Bau ubat yang macam menusuk sikit.



Belakang tube tu ada ingredients list, directions cara guna semua.  


Cara pakainya, letak cream ni dekat tempat jerawat sahaja. Jangan letak satu muka pulak ๐Ÿ˜‚ saya apply guna cotton bud tau. Tak guna jari sebab takut sumbang lagi banyak bacteria ke jerawat tu ๐Ÿ˜‚ Doktor pesan supaya pakai waktu malam sahaja sebab kalau pakai waktu siang, kulit react to sunlight (More exposure lepas tu akan sunburn). 


Kesannya, esok tu jerawat jadi lembut (serius ni memang kulit jerawat jadi menipis) jadi senang tak payah picit jerawat kuat kuat sampai tinggal kesan. Kadang tu, lap muka terkuat sikit dengan tuala pun jerawat pecah ๐Ÿ˜… mungkin bergantung pada kulit muka masing-masing jugak. Kadang effect dia untuk setengah orang hanya berkesan untuk jerawat saiz besar sahaja. Untuk yang muka breakout, mungkin boleh cuba ๐Ÿ˜‰


 Oh ya, saya perasan TRETINON cream ni tak mengeringkan jerawat pada muka saya. Dia lebih kepada menipiskan kulit jerawat supaya senang nanah keluar tanpa kesan picit. Apa pun saya suggest supaya dapatkan nasihat doktor cepat-cepat kalau rasa muka jadi breakout.  Kadang kita tak tahu mungkin ada setengah chemicals yang terkandung dalam produk tu tak sesuai dengan kulit.  Jadi, mungkin consultation doktor dapat bantu awak☺ 


Harganya RM18 saya beli di Perlis. Rasanya sama je harga di semua farmasi. Ingat ye, pregnant woman TAKBOLEH pakai TRETINON CREAM ni sebab dia TERATOGENIC. Bahaya kepada baby. 



UPDATE !!!! (June2020)

I still guna kalau ada jerawat besar-besar naik. So, semalam I letak sikit dekat jerawat yang baru nak naik(berdenyut dan merah๐Ÿ˜‚). Esoknya tu I check kulit bahagian jerawat tu dah macam 'lembut' sikit. Orang kata dah 'masak' haa sebab I dah boleh nampak exudate warna kuning tu ๐Ÿ˜‚

Sepatutnya, krim ni pakai waktu malam. Tapi tak tahan berdenyut dan ada rasa sakit la jugak๐Ÿ˜… I pakai je terus tak kisah siang. Okey la, walaupun bau dia 'tajam' sikit. Oh, I tak letak gambar tau sebab jerawat tu naik dekat bahagian anak rambut๐Ÿ˜…


Okey tu je nak share. Sorry panjang sikit tulis. Thanks baca kind-souls๐Ÿ˜Š


Disclaimer : I am not a doctor, pharmasict or anyone who has professional skills in beauty fields. I am just a beauty enthusiast who loves sharing about beauty related things.  Do share or communicate with me at nabilahzaini894@gmail.com . I love to learn and share with others ๐ŸŒผ This reviewed products is not sponsored. I bought this product 100% using my own money and this is written with my own ideas ™

01 August 2018

CARA : MACAM MANA NAK AMBIL KAD SISWA BANK RAKYAT?




Assalammulaikum hai

Okay harini saya nak share cara nak ambil kad siswa di Bank Rakyat. Baru baru ni heboh kata 31Julai 2018 tu tarikh akhir pengambilan kad siswa. Saya pun cuak terus pergi bank petang tu jugak. Rasa macam kartun ๐Ÿ˜‚ lepas tanya pegawai bank tu rupanya diorang pun belum dapat makluman apa apa pasal tarikh akhir tu.  Haihh penat je cuak ๐Ÿ˜…

Taklama lepas tu saya tengok di Twitter rupanya pihak bank lanjutkan pengambilan kad siswa sebulan dari tarikh akhir yang sepatutnya. Sebarang perubahan mungkin berlaku jadi better refer laman web diorang dari semasa ke semasa.

  • Firstly, sebelum pergi ambil kad siswa korang kena mohon dulu di laman web Bank Rakyat.
  • Tunggu email dari Bank Rakyat dan semak permohonan selalu di laman web Bank Rakyat. Kadang ada yang semak di web Bank Rakyat dan Rm250 dah dikreditkan dalam akaun tapi tak dapat email.  Korang kena tunggu email. 
  • Dah dapat email? Screenshot email yang orang dapat tu. Nanti ada setengah pegawai bank nak tengok bukti.  So senang lah tak payah kalut kalut dah. 
  • Pergi photostat kad pengenalan(ic) dan kad pelajar korang. 
  • Nak senang bawak satu fail. Letak salinan i/c dan kad pelajar dan yang asli dalam tu. (ini yang untuk dah umur 18 tahun ke atas tau) yang belum cukup 18 banyak sikit kena bawaknyer
  • Oh lupa better bawak pen hitam sendiri takut pen kat bank habis dakwat lah ramai orang nak guna lah. 
  • Dan lagi satu fikir siap siap nombor pin korang. Nanti senang tak 'loading' depan pegawai bank tu. 
  • Pergi BANK RAKYAT masuk je tanya mana mana pegawai/polis bantuan/pengawal 'Saya nak buat kad siswa macam mana ye? '
  • Nanti dorang bagi borang. Haa isi lah. banyak giler. 
  • Dah isi pergi check dekat pegawai takut terlepas pandang maklumat belum isi. 
  • Dah cun. Tunggu giliran. Main lah game ke apa. 
  • Pegawai bank panggil. Pergi dengan senyuman(nak dapat duit weii) tunggu jap bagi dia isi data. Masukkan nombor pin yang korang fikir siap kat rumah tu. Okay done cakap TERIMA KASIH. Tu common sense๐Ÿ˜‚

Disclaimer : lain bank mungkin berbeza sikit prosedurnya. Ini berdasarkan seratus peratus pengalaman saya.
Hahaha tu je gambar malas letak. Lain kali lah ya ๐Ÿ˜byee