10 August 2019

ILKKM JOHOR BAHRU

Hi assalamualaikum






Okey post sebelum ni I ada cakap kan I belum dapat penempatan lagi. So yes, I dapat ILKKM Johor Bahru. Nama lain untuk ILKKM ni adalah KSKB Johor Bahru.


First impression, nangis. Sebab I tak pernah jejak Johor. Dia macam satu pengalaman baru la. Antara rela dan tak rela jejak tempat baru dan I tak ada langsung sedara mara kat situ. Sejujurnya awal-awal dulu I rasa lost. Kawan tak ada, family jauh, sedara terdekat pun tak ada.



Awal-awal tu, I macam tak nak pergi. Tapi bila fikir I dah 3 kali pergi interview SPA dan alhamdulillah lepastu dapat. Dah lah dah susahkan makcik-makcik I nak tolong hantar I pergi interview. So kuatkan hati dan follow the flow je lah🙂



Sampai-sampai je depan main gate, I macam wow banyaknya bangunan. Mana I nak pergi ni. Lagipun jalan kat Johor bahru ni ya Allah berbukit bukit. Langsung tak sama dengan kawasan rumah I. I rasa asing betul dengan Johor ni.




Kalau kat tempat I kan jalan landai je. Tak banyak bukit-bukit. Kira macam steady la kalau baru dapat lesen nak bawak manual pun. Bila sampai je kawasan JB ni terus confident level jatuh merudum. Mana dengan jem, dengan kereta laju dan keadaan jalan berbukit-bukit. Nasib lah time tu bawak auto. New experience kan. Lama-lama dah terbiasa.



So dalam kolej ni ada peraturan lah contohnya outing, dresscode semua tu. Kalau korang dari universiti, mostly akan rasa berat sikit lah sebab kita dah terbiasa bebas. Tambah pulak dengan jadual waktu ikut waktu bekerja (sebab dalam latihan) tapi I dah boleh adapt sikit-sikit. Slowly but surely. Alhamdulillah😊 Contoh lah kan kalau kat universiti kelas pukul 8 pagi, ada je yang relax 8.10 pagi baru masuk. Tapi kat kolej ni jangan berani-berani la. Mendapat la korang kalau lambat walau seminit.



Kolej ni baru je sebenarnya. Infrastruktur dia best best jugak. Tapi ye lah sebab I pun baru lagi. So taktau nak komen lebih lebih. Tu je yang I boleh cakap. Doakan I dengan kawan- kawan yang lain berjaya okey. Nanti insyaAllah I jadi nurse boleh lah cucuk korang hahahaha😜 bye!