22 January 2021

Resepi Mudah Korean Pancake Kedai Eco RM 2.10 sedap atau tidak?

 

Hi assalamualaikum😊





Baru- baru ni I ada buat review tentang produk makanan dari Eco shop. Salah satunya adalah tepung campuran Korean Pancake jenama Nooraini. Hmm sedap atau tidak?🤔




Ini tepungnya ✨ 


Bagi I, berbaloi juga dengan harga RM2.10 tu. Okey I nak share resipi/cara I masak Korean Pancake dari kedai eco ni😊 Tapi sebelum tu, I nak beritahu ada bahan yang I tak masukkan ke dalam resepi ni tau sebab waktu tu I tengah ada allergic reaction😅 I pun masa ni tak cukup bahan so I guna je apa yang ada hahaha


Korean Pancake versi asal boleh🤣

Bahan

1. Tepung Korean Pancake (I guna 1 paket) 

2. Air (air ni I agak-agak je macam kita nak bancuh tepung cucur udang tu)

3. Telur 1 biji (tapi I tak masukkan sebab allergic)

4. Sosej (kuantiti terpulang. I guna 3 😊)

5. Kobis (sebab sayur tak lain tak ada😂)

6. Cili (kalau taknak guna pun boleh)

7. Daun sup (I guna sikit je)


Cara buat Korean Pancake versi asal boleh😂

1. Masukkan semua bahan yang I highlight merah tu dalam 1 bekas dan gaul sampai semua sebati.

2. Sambil gaul tu, I rebus dulu sosej tadi. Lepastu I potong kecil- kecil sosej tu.

3. Masukkan semua bahan lain termasuk sosej dan gaul rata.

4. Sambil tu, panaskan pan atau apa-apa je yang boleh diguna (I guna kuali je. Maleh nak menyelongkar cari pan🤣)

5. Panaskan pan dengan planta/ minyak masak.

6. Senduk sedikit adunan ke atas pan bila pan dah panas.

7. Terbalikkan pancake dan masak sehingga korang rasa dia dah okay😂

8. Siap untuk dihidang. I makan cicah dengan sos cili sebab nak rasa 'kick' sikit😝





Bancuh adunan dengan air (dan telur)



I guna sosej, daun sup, kobis dan cili. Kalau korang nak masukkan ayam/daging pun boleh. Tapi better rebus/goreng dulu sedikit supaya masak rata😉



Masukkan ke dalam adunan dan gaul rata.




Macam ni kejadiannya. Jangan buat tebal sangat tau sebab nanti risau tepung tak masak pula di bahagian tengah.




Tadaaa..! Siap. Sorry la macam tak appetizing sangat gambarnya😂 tapi I masak sendiri okey gimme some chance🤣



Okey, tu je yang I nak share. Resepi biasa-biasa je korang sebab I tengah lapar dan tak boleh makan sembarangan😅 stay safe dan selamat ber-PKP, kind-souls✨













17 January 2021

PENGALAMAN : LUPA PASSWORD/ID PENGGUNA MYASNB

 

Hi assalamulaikum😊



Siapa ada MyASNB? Korang selalu bukak tak? I lama sangat tak bukak sampai lah satu hari bila orang tanya ada online account ASNB atau tak. I jadi tergamam sebab setahu I, I ada buat tapi I completely lupa semua details🤣



So, I pun buka web dan try log in banyak kali sebab I memang tak ingat any details😂 The next I know, I kena block! 🤣 puncanya I try log in banyak kali so akaun I dah disekat. Aduh😅






Asyik kena block je I ni😂 jadi, apa yang I buat adalah I call Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 - 77308899 😊 Tapi bila call waktu busy ni memang mendapat la kan hahaha talian busy. I call 3 kali baru dapat😊 so cara call pun lebih kurang sama je mana-mana khidmat pelanggan.



1. Call dan dengar arahan dari operator.


2. Buka keypad tekan nombor ikut arahan. Contoh, arahan operator tekan 1 untuk Bahasa Melayu. So, korang buka keypad dan tekan nombor 1. 


3. Lepas tu ada lagi beberapa arahan lain yang operator akan beri. Seingat I, I tekan nombor 2 untuk urusan tentang Portal ASNB/ applikasi ASNB dan kemudian I tekan nombor 3 untuk cakap dengan pegawai bertugas.


4. So I bagitau pegawai tentang akaun online ASNB I disekat sebab percubaan beberapa kali tidak berjaya. 



Then, pegawai bank suggest untuk dia tolong unblock akaun online I dan suruh I cuba log in semula dalam tempoh 1 jam selepas tamat call tu. Masa tu dia minta nombor IC , nama dan some other particulars lain tentang diri😁 


Guess what? Dah boleh guna semula yeayy!  Alhamdulillah😊 so kalau korang ada masalah yang sama dengan I, jangan risau. Call je. Kadang line dorang busy, its okay. Sabar dan cuba call lagi 😉  okey setakat ni dulu I share. Kalau korang ada info tambahan/ nasihat/ soalan, korang boleh tulis dekat ruang komen (do expect for late reply sebab I busy sikit lately💛)



07 January 2021

REVIEW BARANG KEDAI ECO ( FOOD EDITION) : NAK BELI APA DI ECO SHOP (RM 2.10)


Hi assalamualaikum😊


Sapa kat sini suka pergi kedai eco? I salah sorang yang suka pergi😂 dulu pergi sebab teman parents beli barang plastik je. Mula dari beli baldi, botol semua tu. Sekarang macam- macam ada di eco shop tau. Setahu I, ada certain eco shop di kawasan tertentu jual frozen foods. Bestnyaaa tempat I tak ada lagi tau😭


So, disebabkan I selalu sangat beli makanan atau kudapan(mostly beli jajan lah😝), I rasa I nak mula compile semua barang makanan yang I pernah cuba. Nanti boleh tengok balik atau ambil idea nak beli apa di eco shop😂


Dalam post kali ni, I nak compile barang makanan sahaja sebab eco shop ni banyak range produknya. So I ambik range untuk produk makanan untuk review sebab I suka beli makanan dari barang lain😂



DISCLAIMER : I REVIEWED ALL THE FOODS BASED ON MY OWN PREFERENCE AND EXPERIENCES. ALSO I BOUGHT IT USING MY OWN MONEY. THE PREFERENCE OF TASTE AND OTHERS MIGHT VARY IN MOST OF THE ASPECTS. THANK YOU😄


Okey, cekidaut !😉

1. KEK BULAN (PES KACANG MERAH)








- 6/10✨


- I baru first time cuba. Okey la untuk harga RM 2.10 sebab setahu I mooncake ni mahal kan😅 Pes kacang merah tu sedap. Tak manis sangat. Just nice orang kata. Cuma I tak berapa minat doh luar tu. I rasa macam lack of something gitu. Tapi no worries sebab bila makan, korang dah tak rasa doh sangat. Pes tu memang rich in flavour jadi korang tak rasa sangat doh tu.


Mooncake eco ni bila makan rasa chewy. Macam korang makan brownies yang chewy tu cuma dalam versi kuih bulan la😅 overall, just nice to try.



2. DORAYAKI (INTI KACANG/PEANUT)




- 4/10✨


- First impression nampak macam sedap dan saiz pun besar. I ingat ada 1 piece je rupanya ada 2 pieces ( ada 4 keping 'pancake' tu tapi setiap 2 'pancake' diapit dengan pes kacang). 


- Inti kacang tu I tak minat sangat sebab I dapat yang macam beku, keras( boleh tengok dalam gambar macam ada 1 line putih sikit tengah inti tu😅)  maybe faktor perubahan tempat/ cuaca kut masa loading barang sampai ke kedai maybe la. Takpa lah rezeki dapat yang tu😉


- 'Pancake' tu sangat 'sponge-y' dan lembut sangat macam 'rapuh'. I thought dorayaki sepatutnya rasa macam 'mampat' sikit 'pancake' nya tu. Thus one tak. Tapi okey la untuk RM 2.10 dapat 2 dorayaki. Lebih kurang 1 piece  RM 1😊 overall, okey je dan boleh makan (dan kenyang jugak!😂)




3. MINUMAN SUSU SOYA YEO'S





- 8/10✨


- Siapa je tak kenal produk Yeo's kan 😉 antara minuman yang suka dalam banyak- banyak range minuman Yeo's ni adalah air cincau dia. Sedap. This time I review susu soya dia pulak okey?😉


- I memang peminat setia susu soya hehe almost every produk minuman susu soya I try. Yeo's punya susu soya ni kira okey la pada tekak I ( paling best, homesoy dan f&n season. Yang tu sedap sangat pada tekak I😍)


- cuma untuk Yeo's ni I tak kenan rasa 'after taste' dia. Bagi I rasanya macam pelik sikit tapi takda la tak boleh telan. Okey je boleh minum macam biasa sebab rasanya normal dan memang soya🤣😉 




4. NORAINI'S KOREAN PANCAKE MIX ( TEPUNG CAMPURAN)




- 8/10✨

- Tepung mixture ni kena bancuh sendiri sampai dia jadi bater ala-ala kita nak buat jemput-jemput. Jangan bancuh pekat sangat atau cair sangat nanti keras atau lembik sangat kejadiannya😅


- I campur bater(tepung yang dibancuh dengan air dan telur) ni dengan sosej, sayur dan cili je. Kalau nak masukkan ayam ke daging ke terpulang ikut citarasa masing-masing😉 I ikut resepi dekat packaging tu je 😂


- rasanya normal je. Tak la terlampau sedap atau tak sedap. Biasa-biasa saja. Boleh buat untuk minum petang😁 





Okey, setakat ni dulu ye korang. I tak banyak ambil gambar makanan sebab sebelum ni tak terfikir pun nak review barang makanan dari eco shop😅 Nanti I review lagi yang mana sempat okey? Thanks sudi baca kind-souls😊









MEMORIES : HADIAH HARI LAHIR IBU (GIFT IN ADVANCE)

 Hi assalamualaikum😊



Rasa macam lama tak update blog. Tapi last update still tak jauh, jadi okey la kan? Takda lah berhabuk sangat😂



Okey, I nak share sikit since first time I dapat payment dari google adsense ni kan😉(alhamdulillah), I excited tau nak bagi something untuk parents. Ye la sebab first duit dari blog kan😅 walaupun tak banyak macam orang lain tapi alhamdulillah ada hihi. 



So, kebetulan birthday mak I memang around the corner dah. I pun macam tak terfikir nak beli apa- apa yang sesuai. Then, satu hari tu I keluar dengan mak I lalu dekat kedai jam😊 since mak I tak ada jam yang dia suka lagi, so I bawa mak I masuk kedai untuk beli. 




Beli yang biasa - biasa je lagipun tengah ada sale juga hihi😁



Waktu tu kan rasa macam bahagia tau sebab boleh sebut ' pilih je mana yang nak😊 '. Entah la kenapa😅 walaupun beli yang biasa-biasa je tapi tetiba rasa proud of diri sendiri sebab selama ni asyik guna duit mak je nak beli apa-apa dan bila boleh cakap macam tu rasa macam 'okey, you done it right' 😂 poyo je kan😂 takda lah. We are all do it right selagi kita hidup, we are all should proud of diri sendiri okey?😉 



P/s : sapa lagi nak puji diri sendiri kalau bukan kita sendiri kan😝🤣 



Okey lah nak update ini je, since I will be busy for the rest of the month, bila ada 'lopak-lopak' waktu terluang macam ni je la yang boleh update🤣 semoga 10 tahun dan tahun - tahun seterusnya I boleh baca balik memori ni lagi amiin✨