23 January 2019

REVIEW : BIO-LIFE NON ACIDIC VITAMIN C AND BIOFLAVONOIDS


Hi peeps!

Okay, untuk kali ni I nak share pasal satu vitamin C yang I dah try almost a month ago.


Sebab apa I makan vitamin C?๐Ÿค”

Sebab pagi-pagi selalu lesu badan walaupun luar nampak okay then kat universiti I jaranggg sangat makan buah atau sayur dan kulit pun kusam dengan sunburn yang tak hilang.


Vitamin C jugak bantu untuk tingkatkan sistem imuniti badan. Mesti pernah dengar kan orang cakap jarang demam sebab makan vitamin. Sebenarnya jangan salah faham. Vitamin bukan ubat untuk lega demam. Vitamin C hanya enhance tubuh badan tingkatkan imuniti badan๐Ÿ˜Š (betulkan saya kalau saya salah tau)


Okay nak cerita pasal sunburn ni, I join Xsis punya family day ( family day fakulti saya belajar). Dari pagi sampai 2 petang dekat padang join game๐Ÿ˜‚ Boleh bayang tak garing macam roti bom kedai mamak. Lepastu gelabah lah sebab sunburn I sangat lah susah hilang kalau kena.


I dah buat macam - macam sebelum ni. Lepas double cleanse, I moisturize semua pun still tak hilang. Every week I exfoliate pun tak jalan. Muka dah jadi dua benua tau๐Ÿ˜„

Lepastu, satu hari ni I singgah Guardian dan masa tu tengah nak cari vitamin untuk mak I sebab selalu macam lesu badan (doakan kesihatan mak ayah I okay? Thanks) then tengah cari tu, I ternampak Biolife punya vitamin.

I teringat lah sebab roommates I pernah makan dan I rasa I nak try la satu dulu. Kebetulan 1 pack tu ada dua botol 30 capsules each. So cukuplah untuk sebulan. Harga pun not bad sebab ada sale pulak, tak sampai Rm50 pun. Approximately, rm48+ rasanya.

First impression :

1. Besar gila capsule dia. Dekat kotak bahagian tepi tu dorang ada letak actual size capsule tu tau. Dan kalau korang jenis cepat tercekik, tolong sediakan air yang banyak masa nak makan vitamin atau bahagi dua capsule tu.

2. Botol plastik so selamat lah kalau jenis letak merata macam I. Ada certain vitamin jenis botol kaca yang mana lebih berat dan I pun jenis tak berapa rela bawak benda berat dalam beg. So kalau plastik ni mudah sikit nak bawak tu. Orang kata macam easy to handle lah gitu.

3.  Vitamin ni tak ada rasa gais. Okay I tipu ๐Ÿ˜‚ Ada la rasa tapi tak sedap. Maksud I walaupun kotak dia orange tapi percayalah dia bukan perasa orange. Dia rasa macam ubat tak ubat gitu. Tapi tak pahit sangat pun tau. Jangan risau. Boleh diterima la untuk tekak I.

4. Vitamin C ni non acidic so I rasa okay kut kalau I try sebab bila tak acidic kurang lah kemungkinan untuk acid reflux. Badan I senang jadi reflux bila makan so takut termuntah balik.

Okey untuk kesan vitamin ni, I boleh nampak dalam masa lebih kurang seminggu lebih


1. BURN I PUDAR gaissss. Ni paling best gila.


2. Parut pudar. Parut hitam tu pudar weh. Kalah lepas berbulan practicing exfoliate muka tau.


3. Jerawat still ada tapi maybe faktor kulit I berminyak dan malas cuci muka hahaha


4. I taktau lah ni faktor vitamin ni ke memang hormon badan I tapi I kuat makan. Maksud I, I macam pantang tengok makanan lah mesti kena jugak menguyah hahaha


5. Badan I still rasa macam letih² tapi macam ada lah kurang sikit - sikit. Jarang sakit jugak ๐Ÿ˜Š


6. Ha kalau korang ada constipation, jangan risau vitamin ni akan tolong melancarkan digestive system badan korang๐Ÿ˜‰




Ha ni la vitamin C tu. I ambik gambar - gambar dari google tau sebab vitamin tu tak ada dekat I masa I tulis ni. Tapi sama lah dengan I punya. 


Sekarang mak I dengan I makan vitamin ni so far okay alhamdulillah. So korang kalau dalam perancangan nak try vitamin C boleh lah tambah dalam wishlist korang hehe ๐Ÿ˜‰


Okey tu je kut review I dan I would buy this again insyaAllah after finished my first bottle.



  • Thanks sudi baca☺

Disclaimer : I am not a doctor, pharmasict or anyone who has professional skills in beauty fields. I am just a person who loves sharing about beauty related things.  Do share or communicate with me at nabilahzaini894@gmail.com . I love to learn and share with others ๐ŸŒผ This reviewed products is not sponsored. I bought this product 100% using my own money and this is written with my own ideas ™

3 comments: