Hi.
Korang pernah tak tertanya macam mana nak bayar bil uitm guna online transaction? Tak ada transport nak pergi bank? Busy tak sempat nak curi masa pergi bank? Ke I sorang je😂
Dulu I macam blur-blur jugak tak reti apa sebab I tak berminat nak ambik tau pasal online banking ni. Lepastu, sekarang baru terbuka sikit minda sebab online banking ni memudahkan (kena cara yang betullah).
Sekarang I dah reti guna dan nak simpan kat blog sebab nanti senang nak refer balik 😁 Untuk settle bil pelajar UITM guna online banking (bank Islam), korang boleh guna smartphone atau laptop tu untuk settle yuran-yuran yang ada. Tapi kena make sure dalam account ada chingg chingg lah😁
Okay macam ni I tunjuk dari first step eh? Tapi sebelum tu, sorry sebab I guna phone jadi display tu macam tak sejelas guna laptop. Harapnya korang faham lah tau
Log in dulu student portal uitm ni. Lepastu pilih dekat kotak baris ketiga lajur pertama (pergh, tak sia-sia geografi pt3 dapat A. Okey dak-dak melawak ja). Pilih kotak yang untuk bil, yuran pelajar semua tu. I tak ingat sangat.
Okey, dia akan keluar macam ni kan lepas korang tekan pop-up yes/no tu kan? Ha betul dah tu. Sekarang tekan MENU UTAMA tu.
Ha keluar dah macam ni. Lepastu, tekan TRANSAKSI ATAS TALIAN.
Sebelum tu, kalau korang nak check dulu berapa korang kena bayar atau jumlah bil korang, korang tekan BIL PELAJAR. So dekat BIL PELAJAR tu ada senarai bil pelajar yang kat hujungnya ada tulis TELAH DIBAYAR/ BELUM DIBAYAR. Jadi please take note okay?
Ni macam ni. Yang contoh ni I alhamdulillah dah settle jadi dia naik tulisan biru telah dibayar. Kalau belum, tulisan merah bertulis belum dibayar. Okey, now jom tengok step untuk jadikan tulisan merah tu ke tulisan biru 😉
Ni step LEPAS tekan TRANSAKSI ATAS TALIAN tu. Okey now isi maklumat korang. Nombor matrik dan IC korang.
Okey dia keluar yang ini kan. Ni I screenshot bahagian tengah display tu. Kat atas tu ada nama korang. Jangan lupa TICK kat kotak tu sebelum proceed. Lepas tu tekan VIEW CART.
Keluar gini. Aa betullah tu. Sorry korang, I edit asal boleh je ni hahaha
Tekan PAY. MAKE SURE BETUL JUMLAH BIL TUU
Tekan BAYAR SEKARANG
Lepastu korang kena pilih PAYMENT METHOD. Kalau macam I yang guna kad bank biasa tu, pilih VISA. TEKAN KAT GAMBAR tu.
Keluar macam ni tak? Kalau ya, ha betullah tu. Sekarang kad bank Islam tu kena ada depan korang unless korang ingat details dia. Baca arahan tu betul-betul.
CARD NUMBER tu adalah digit-digit yang banyak kat bahagian depan kad bank tu. EXPIRY DATE tu adalah nombor yang dia tulis via thru ke apa ntah tu. SECURITY CODE tu digit sikit kat belakang kad bank tu.
Lepastu, SABAR kejap. Tengah processing.
Okey alhamdulillah settle.
Ni sambungan yang atas tau. I guna phone je jadi gini lah. Okey please TAKE NOTE yang korang at least kena screenshot sebagai bukti transaksi ni incase kat senarai bil korang still naik tulisan merah walaupun korang sebenarnya dah bayar. Untuk dijadikan bukti, kertas tu kena ada cap bermohor uitm tu tau. So apa yang I buat, I screenshot dan save as PDF. Tak reti? Takpa I ajar kat bawah ni.
Dekat gambar atas, ada button PRINT kan? So, korang tekan PRINT tu dulu walaupun korang pakai phone. Kalau korang pakai laptop, terus print je lah.
Naik macam ni lepas tekan PRINT. Then, korang tekan select printer. Tekan je dulu walaupun korang guna phone/laptop yang tak connect dengan printer. Trust me okay?
Pilih save as PDF. Lepastu tekan BUTTON HIJAU TULIS PDF tu. Then save je lah kat google drive. Nanti bila-bila free pergilah print lepas korang bukak gmail korang.
Okey lepastu alhamdulillah selesai bayar bil/yuran. Hopefully korang faham dan sorry kalau korang tak faham sangat yang I tulis. Nanti tanya je kalau tak faham. Kalau nak tegur I salah kat mana-mana pun boleh. Goodluck result nanti ! Assalamualaikum bye!
nak tanya. kalau guna kad kredit bayar guna online banking ni ambil masa berapa lama ya?
ReplyDeleteHi 😊 sebenarnya saya tak pernah bayar guna kad kredit. Jadi, saya tak tau prosesnya mcm mana. Rasanya mungkin tak lama. Awak cuma kena isi maklumat yg ditanya shja sampai transaction successful 😊
DeleteSaya tersilap online banking pakai bsn. Macam mana eh? Tapi saya dah print bukti pembayaran tu.
ReplyDeleteHi😊 oh ni first time saya dgr bayar yuran guna bsn ni😅 maksudnya time tu sistem mmg boleh proceed eh kalau guna bsn? Ok mcm ni, awak try call bahagian hal ehwal pelajar/ bendahari uitm awak untuk tanya direct sbb saya pun tak pasti jugak ni. Tapi good for you sebab awak print bukti tu. Sorry saya tak dapat bantu banyak
DeleteNak tanye Kebarangkalian pembayaran melalui online transaction ni utk failed ade X? Maksodnye mmg online transaction ni Akan berjalan dgn lancar ke? Sbb online transaction ni Kan amik masa
ReplyDelete