20 June 2020

REVIEW : PENCUCI MUKA SENKA PERFECT WHIP GREEN TEA ANTI SHINE UNTUK KULIT BERMINYAK BEST KE?

Hi assalamualaikum😊


Tajuk kemain panjang haa


So, rasanya I dah hampir sebulan pakai pencuci muka daripada Senka ni. Awal tu macam tak rela beli sebab I pakai pencuci muka lain. Tapi I terfikir nak tukar face wash alang-alang yang current pencuci tu dah nak habis.



Bila fikir I pun tengah cuti jadi kalau jadi breakout tu, tak rasa ralat sangat😅. Haritu waktu awal PKP tu Guardian ada buat sale 50% untuk skincare semua tu. I pun pergi jugak walaupun takut dengan keadaan tengah perang musuh tak nampak ni😂 I pergi lepas appointment klinik gigi sebab dah one way jadi tak keluar banyak kali dah.



Pendekkan cerita, I pilih face wash dari Senka ni. Brand Senka ni I perasan selalu cepat habis juga di rak drug stores😂 tipu lah kalau kata tak teringin nak try. Tapi range harga dia bagi I, I tak mampu as a student. So, bila time sale ni, ini lah masa yang sesuaiii😂 berbaloi tau I beli time tu. Satu pencuci muka Senka tu I beli RM 8+ je. Murah tak murah?🤭



Lepas berbulan tak spend untuk skincare semua tu, I spend lah untuk kali ni. Itu pun sebab kebanyakan barang I dah jadi empties. Stok tak ada sebab last keluar beli pun bulan 2 sebelum PKP start lagi😂


Sorry eh gambar tak proper. Ni gambar ambil cepat-cepat. Nanti I ganti gambar proper sikit tau😅


I pilih pencuci muka Senka Perfect Whip Anti Shine. I ada jenis kulit yang berminyak atau oily skin. Bahagian T-zone tu selalu je terlebih 'sinar'😂 Ini pun tinggal last piece di rak tau. Yang lain pun ada la dalam dua tiga pieces lagi.



Benda yang pertama attract I adalah perkataan oil free tu. I kan ada kulit yang berminyak. Jadi, I rasa nak cuba pakai sama ada sesuai dengan kulit I atau tak. Lepas I tengok dan baca, pencuci muka ni claims tak ada mineral oil. I found its good la. Sebab kulit I cannot adapt to high amount of mineral oil😅 selalu naik tiny bump macam tu kalau pakai.




Untuk aspek bau, pencuci muka ni ada bau yang bagi I bau dia tak busuk tapi tak jugak wangi sangat. Nak kata green tea pun tak sangat. Bau tea. Haa betul. Bau teh campur sabun. I tak pasti nak describe baunya. Tapi yang I yakin baunya tak menusuk dengan aroma pelik-pelik seakan pewangi tu. So, I suka🤩



Untuk aspek tekstur, I rasa ni aspek yang nice😂 sebab kalau I guna dalam 0.5 cm pun dah dapat thick texture. Tebal la jugak tekstur foam putih dia tu. Memang kena dengan nama 'PERFECT WHIP'. I pasti memang boleh berjimat betul kalau pandai guna ni😝



Awal penggunaan tu, sebenarnya I rasa tak biasa. Sebabnya kalau tengok di pasaran, untuk oily skin kebanyakan pencuci muka adalah dari jenis gel. Pencuci muka I sebelum ni pun kebanyakan dari jenis gel. I pun tak pasti sangat. Sebabnya sekarang banyak betul produk yang keluar. Jadi, I fokus pada ingredients dan cuba elak guna kalau ada ingredient yang tak sesuai dengan I😊



Untuk pencuci muka dari Senka ni, I rasa okey la setakat penggunaan hingga sekarang tak timbul masalah breakout pada kulit I. Ada la jugak jerawat sikit tapi I rasa sebab hormone imbalance stress online study kut😂



Untuk aspek 'after-cleanse', I tak rasa pun kulit muka tegang. Rasa fresh je lepastu rasa moisturize. Betul ni. I rasa okey la sebab bila pencuci muka tu bagi efek 'tegang' kulit lepas cuci tu, mungkin akan ganggu natural skin barrier. Pencuci muka Senka ni just nice ha. Kalau dia ni orang, maybe dia yang jenis baik, cool , playsafe dan tak buat banyak masalah 🤭 haa sampai gitu I terangkan😂



Untuk kesan 'oily-free' tu pulak, bagi I mungkin tak berapa sesuai dengan kulit I. Kulit muka I berminyak jugak lepas beberapa jam je cuci. Tapi I tak kata 100% dari pencuci muka ni. Maybe faktor persekitaran I kut. Sebabnya kawasan I tinggal ni memang panas jadi mungkin trigger lagi kulit jadi dehydrated so keluarlah sebum yang banyak tu😅



So, I jugak tak kata pencuci muka Perfect Whip Senka ni tak bagus. Mungkin ianya tak sesuai dengan kulit I je. Kita punya kulit kan tak sama. Tapi apa pun I rasa pencuci muka ni okey je. Kulit I tak naik jerawat banyak atau pun breakout pun dah okey sangat tu. So, hanya untuk efek 'oily-free' je yang I tak 'dapat'😂 Overall I bagi 8.5/10. 1 point sebab I tak dapat efek 'oily-free' tu😂 dan 0.5 point sebab tekstur dia. Tapi actually its really a good facewash. Ni personal preference je. Setiap orang kan hasilnya tak sama sebab lain-lain kulit.



Bagi I, asalkan ingredients sesuai dengan korang, cuba je dulu. Review ni sebenarnya korang tengok/baca dari perspektif orang lain. Korang mungkin dapat hasil yang sama atau lain haa gitu😊 Cuma, I boleh cakap kalau nak beli produk untuk cuba, baik tunggu masa sale. Memang serius berbaloi💯😂




Haa lagi satu kalau nak kata I membazir beli skincare semua tu walaupun student, I tak rasa jugak macam tu. Sebabnya in my case, I cut down expenses untuk makanan(I tak boleh makan normal sebab gigi 'under construction')😅 Jadi, kalau dulu duit selalu habis ke makanan. Tapi bila keadaan macam ni, mostly bagi sikit kepada parents. Yang lebih baru spend dan selepas ditolak untuk simpanan. Haa gitu. Sorry la ter mengarut pulak. Okey, I nak share tu je. Nanti gambar I tambah lagi kalau sempat🤭 bye

No comments:

Post a Comment