03 June 2020

REVIEW : PENGALAMAN PAKAI BRACES DAN KLINIK GIGI AL HUSNA SUNGAI PETANI

Hi assalamualaikum


Awal-awal waktu pasang braces dulu I dah ada tulis jugak dekat blog. Lepastu I ingat nak sambung tulis situ je. Tapi rasa tak proper pulak. Jadi, I ambik keputusan untuk buat entri(post) lain😂


I ada dapat beberapa soalan daripada kawan-kawan pasal braces ni. Antaranya sakit tak pakai, berapa harga pakai braces dan macam mana I makan dengan gigi yang pakai braces tu atau share la pengalaman pakai braces ni dari awal. Semua ni kira macam top soalan selalu kena tanya la😂 jadi, I fikir apa kata I tulis je sini. Nanti lagi ramai orang dapat info kan😉


Pertama sekali, I nak cakap yang apa I tulis lepas ni adalah pengalaman I 100%. Jadi, mungkin akan berlainan sikit dengan pemakai-pemakai braces lain. Ada yang sakit extreme, ada yang sakit biasa-biasa. Mungkin sebab lain dari segi struktur gigi, keterukan masalah atau tempat pemasangan braces. Selain tu, faham-faham sajalah harga pun mungkin lari sikit dengan orang lain mengikut rawatan yang diberikan😅



Okey, klinik gigi yang I pergi untuk pasang braces adalah di Klinik Pergigian al Husna. Siapa tinggal area jam besar dekat Kedah mesti pernah dengar atau pun boleh je kalau tengok dekat ig atau facebook klinik ni untuk info lanjut😊

Ni ada details klinik. Ada alamat dan nombor telefon. Nombor telefon tu boleh whatsapp kalau tak salah😊 cuma sekarang waktu rawatan lain sikit sebab PKP. Apa-apa boleh terus call atau whatsapp tanya klinik tu okey?


Macam mana I boleh pilih klinik gigi ni untuk pasang braces? Satu hari tu I balik daripada kolej. On the way nak balik rumah, I terfikir nak singgah klinik gigi untuk check gigi. Check sahaja sebab ingat nak tampal gigi depan yang ada tooth gap tu. Tiada langsung niat nak pasang braces sebab duit pun tak berapa 'ramai' ha😂 I search untuk klinik gigi sungai petani dan keluar la result beberapa klinik. Tapi I tak puas hati sebab payah nak check reviews😂 I search kat facebook sebab senang mostly akan ditunjukkan semua info berkaitan. I baca reviews dan klinik ni banyak dapat good reviews. Doktor baik, servis bagus. Masa tu I memang tak check langsung rate harga pasang braces sebab tak plan langsung😂




Dulu I sebenarnya ada childhood memories tak best dengan klinik gigi(klinik lain tau dan I pun taktau klinik tu wujud lagi ke tak)😂 I pernah lari masa kecik dulu dari klinik sebab doktor tu I rasa macam forceful sikit. Budak lagi time. Menangis nak balik. Umpan coklat pun tak jalan. Nasib baik doktor okey je I balik😂 lepas tu tak jejak dah klinik gigi😂 teman mak je pernah. Jadi, memang kena cari klinik yang 'ngam' sikit la dengan jiwa penakut I ni😝




So, masa check gigi tu, doktor tanya nak pakai braces tak? Kalau tampal je (gigi I jarang-jarang sangat) tak berbaloi. I jawab tak sebab I takut😂 Lepastu, doktor dengan pembantu dia still convince untuk pakai. Jadi, I tanya mak I dulu (nak minta pendapat) dan proceed je😅 boleh bayar ansur-ansur ikut rawatan diambil alhamdulillah. Maksudnya setiap kali visit baru bayar. Atau kalau senang/ada rezeki lebih, sedia 3K , 4K atau lebih rasanya lebih kurang(tapi kena ikut masalah gigi korang la tau, so kena jumpa doktor dulu untuk check😅)




Haritu jugak doktor ambil acuan gigi (RM200 kut I dah tak berapa ingat). Lepastu pergi tempat lain untuk ambik X-ray(RM90) sebab klinik tu tak ada servis X-ray. Tujuan X-ray tu sebab nak tengok akar gigi rasanya. Kalau terlampau dekat atau ada risiko komplikasi, kena cabut gigi la jawabnya😂 I cakap dekat doktor tu, kalau kena cabut gigi, I cancel tau. Ngilu la😂 seriau. Settle hari first tu.




Gigi I jarang kan😂 kecik-kecik pulak. Nak buat macam mana genetik. Semoga pakai braces ni gigi I cepat la rapat balik. Sakit oh gigi taring tu asyik ngap mulut. Lepastu naik ulcer. 



Beberapa hari lepas tu, I pergi lagi ke klinik untuk cuci gigi(RM80). Cuci gigi ni sebab nak pastikan brackets untuk pasang wire tu melekat elok pada permukaan gigi. Tak sakit sangat sebab gigi I alhamdulillah tak banyak masalah selain jarang je lah😂 Cuma I tak suka bunyi mesin air ke apa ntah tu yang spray air ke gigi tu. Ngilu! Tapi tak sakit😂 confuse dah ha. Sekejap je settle.




Esoknya, pasang braces!(RM750 kut I tak ingat) Nama lainnya adalah bonding😉 sweet eh nama. Awal tu tak sakit. Time malam, mula rasa berat sikit gigi. Sengal-sengal macam tu. Tapi okey la alhamdulillah takda sampai kena makan ubat😉 Okey, untuk review bulanan(RM130 rasanya lupa dah lama rasa tak review ni😅) atau kira checkup lah nak tukar getah braces semua tu adalah pada setiap bulan tau. Maybe every 3 weeks atau extra ikut arahan doktor.



Recommended tak klinik gigi al husna ni? Ya, sebab servis bagus. Either face to face atau cara jawab phone bagus sangat. Doktor pun okey walaupun I jenis tak cakap banyak dengan stranger😅 I banyak diam je. Tak angguk mesti I geleng je nak jawab soalan doktor atau pembantu doktor😂 sabar je lah nak buat macam mana I ni dah la mulut berat, gigi pun berat😝 tangan je tulis laju😅




Dan, I suka klinik ni sebab senang tolak ansur pasal appointment. I kadang busy jugak dengan classes lepastu kadang masalah takda transport nak pergi. So bila boleh deal elok-elok ni rasa macam rezekinyaaa dapat klinik best.



Jadi, korang yang mana tinggal area Sungai Petani tu boleh try google info pasal klinik ni okey? Kalau nak survey harga pun boleh pm fb atau ig dorang atau whatsapp je. Sekarang mudah sikit la kan ada whatsapp😅



Okey, sorry tau lagi sekali I nak clarify, HARGA rawatan korang dengan harga rawatan I untuk pakai braces ni MUNGKIN LAIN tau walaupun pergi klinik gigi yang sama😅 kita kan semua gigi lain-lain😉



Haa boleh la start kira bajet ke atau pun macam I 'catu' duit raya😝 nak bayar review bulanan. Students uii tak berapa 'ramai' lah jejiran dalam purse tu😂 Oh, sebelum lupa, I nak minta maaf dulu kalau ada salah info atau ada timbulkan rasa tak senang pada sesiapa dan boleh komen kat bawah kalau tahu lebih info jadi, I boleh tambah kat sini nanti😄


UPDATE(Jun2020)

Waktu visit untuk review gigi haritu, I perasan interior design klinik tu dah berubah. Sebelum ni bagi I agak macam dull sebab tak banyak hiasan dan colour. Sekarang lawa sangat. Sebab cat pun ceria. Pink gitu😊

Sebelum ni guna kipas dekat ruangan menunggu, tapi sekarang dah ada aircond. Best tak panas pun walaupun kadang kena tunggu lama sebab orang ramai😅

Ni pintu masuk klinik dari bahagian dalam klinik. Cantik kan?😉


Update(I nak letak sini warna o ring atau power chain I pernah pakai sebab nanti senang nak baca balik memories💛)

1. Bonding - hitam
2. 1st review - hitam
3. 2nd review - maroon
4. 3rd review - blue black
5. 4th review - light blue + black power chain
6. 5th review - dark purple + black power chain


P/s: I tak dibayar atau disponsor sesiapa untuk review klinik ni😅 dan I harap pihak klinik okey la I review pasal klinik ni atau boleh komen untuk I delete maybe kalau ada some false info atau apa-apa berkaitan😄

Okey tu je nak share. Sorry panjang sikit tulis. Thanks baca😊

No comments:

Post a Comment