08 May 2020

APA NAK BUAT KALAU BOSAN MASA PKP? | Idea bila bosan



Assalamualaikum dan hi😊

I terfikir lah, kalau bosan- bosan kat rumah apa idea berfaedah yang boleh I buat. Selain daripada baca buku, study semua tu la kan. I ada jugak google idea untuk lepaskan stress lepas belajar. Tapi banyak yang lebih kurang je😂

So I kumpulkan je idea yang I rasa okey untuk buat di rumah. Tak ada lah mata berpinau asyik membaca buku😂


1. Deko rumah

Selain rumah boleh je kecikkan skop kepada kemas bilik ke, kemas dapur ke. Depends lah kalau korang larat dan tak penat. Tapi jangan lupa korang puasa tau. Jangan overwork sangat. Nanti dahaga haa mendapat la😂


2. Belajar bahasa lain

Contohnya bahasa mandarin ke. Bahasa mandarin ada banyak tau. Hokkien, Cantonese. Pilih la ikut minat korang. Nanti mana tau boleh tambah credit values dalam resume ke😉

Korang boleh je download app di Play Store atau Appstore. Contohnya yang I suka, Memrise, Duolingo dan banyak lagi la. Nanti korang search for learning language app😊


3. Belajar masak

Haa ni ramai orang tengah practice ni. Tambahan pulak bulan puasa. Masing-masing pakat tunjuk skill masak. Sampai dekat facebook tu ada page Masak Apa Tak Jadi Hari Ni😂 Boleh jugak sama- sama tambah pahala sebab sediakan makanan untuk orang berpuasa kan😉

Mana tau boleh jadi youtuber masakan terkenal ke😉 macam kakak Indian yang viral tu. Walaupun orang kata dia suri rumah, dia bijak bila monetize skill yang dia ada. Best tau tengok dia, perut keluarga terjaga dan dia pun boleh bantu pendapatan keluarga sekarang😊


Cuba teka I nak buat apa😂


4. Mula online business

I rasa bangga betul bila ramai kawan - kawan I keluar dari comfort zone dorang. Dorang ada yang mula sebagai dropship promote barang dan slowly jadi agent. Tak srmua orang boleh buat tau. Kena fokus dan betul-betul tekad tak putus asa.

Korang boleh je start jual produk sendiri. Contohnya korang pandai buat kuih raya. Katakan lah cornflakes madu tu. Korang promote la kat jiran-jiran. Letak dalam status ke. Biar awal-awal untung sikit dulu tapi kena jaga kualiti. Baru lah orang suka😉

I tak pandai sangat business😂 I suka baca pengalaman orang jatuh bangun dalam business sebab pengalaman tu kan mahal. Tak semua orang dapat. Take the risk. Bila lagi kan nak belajar😉


5. Buat online tutor

Okey katakan lah korang ni pandai dalam something. Contohnya, buat roti. Tak semua orang pandai buat roti. Ada je yang buat roti keras kejun macam I😂 Haa.. Korang boleh la cuba buat kelas pengajaran jarak jauh (PJJ) . See.. dah boleh buat duit😉

Okey tu je la idea sedikit sebanyak yang I rasa okey dan tak la sangat cliche. Yang lain-lain tu contohnya tolong mak, kemas rumah semua tu jangan pulak tak buat😅


Rajin-rajin kan diri okey😊 I harap semua yang baca ni dalam keadaan sihat wal afiat semua. Jaga diri. Bye assalamualaikum😊

No comments:

Post a Comment