10 April 2020

LALUAN UNTUK JADI JURURAWAT ( CARA NAK JADI NURSE)


Assalamualaikum hai korang😊

Hari ni macam semangat sikit nak cerita cara atau laluan nak jadi misi hehehe

I never thought yang I would write this post. Sebab I sejujurnya tak nak jadi nurse dulu. Cita-cita dulu waktu buat diploma yang tak kesampaian tu nak jadi doktor 😂 tapi betul lah orang kata kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.

I punya plan since 2018 punya baik dah untuk the next 5 years. Tapi 2019 was like a rollercoaster years for me. I quit halfway to further study in a nursing school.

Trust me, nursing school is not a joke. Kena kuat mental dan fizikal. Sebab bila kerja nanti, awak kena deal dengan nyawa orang. Lecturers and even diri korang sendiri kena firm habis waktu belajar. Seriously I bagitau, biar menangis kena marah dengan lecturer waktu belajar daripada menangis sebab buat silap bila posting.

Disiplin kena tinggi. Tapi jangan risau, korang akan enjoy the moment. I am starting to love my study in nursing school.
It is tough but exciting. Setiap hari korang akan belajar benda baru. Hands on activities banyak. Best sangat. Jadi, jangan risau okey kalau dapat peluang jadi nurse. Try dulu and korang akan tahu best ke tak😊

So okey proceed hahaha sorry bebel banyak. First laluan adalah selepas SPM, korang boleh mohon UPU untuk jurusan diploma kejururawatan. Banyak je course ni ada dekat IPTA. Kalau korang ada rezeki lebih, boleh la mohon di IPTS. Contohnya kalau di kawasan I tinggal ada AIMST. Lagi satu yang popular Asian Metropolitan University (if I not mistaken la).

So korang boleh sambung belajar diploma dan lepas graduate insyaAllah kalau ada rezeki korang dapat posting untuk jadi nurse yeay😊



Saja letak gambar acah cross leg😂 



Lagi satu cara adalah korang mohon SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam). Cara yang ni sebenarnya susah sikit tapi exciting la sebab korang kena hadir temuduga dulu. Once dah pass, tunggu panggilan dari pihak KKM bahagian pengambilan pelatih untuk posting belajar di mana.


Untuk cara kedua ni, korang akan ditaja mostly oleh KKM. Kira macam biasiswa la. Tapi sebagai ganti korang kena kerja dengan kerajaan selama 4 tahun kalau tak salah. Tapi rasanya okey je kena kerja dengan kerajaan sebab sekarang pun kalau tak salah I banyak hospital dan klinik perlukan staff bidang kesihatan😃


I kan personally memang tabik la dengan KKM (bukan bodek eh) sebab efisien kerja dorang. I boleh kata even dari peringkat latihan pun dorang sangat teliti bayangkan la perkhidmatan dorang macam mana. Superb beb. Memang untung sangat duduk Malaysia ni😊


Alamak I nak tulis lagi tapi ada kerja pulak hahaha. Okey-okey penutup, I boleh tolong setakat ni je dulu. Kalau ada apa-apa soalan komen kat bawah okey byeee salam😊



Takda gambar proper lain so kita letak je la gambar oxymeter yang ada ni ha😝

1 comment:

  1. Menarik artikel dikongsi..kerja nurse ni mulia kan...btw saya merupakan RA atau pembantu kajian.Jika ada perlukan bantuan utk penulisan jurnal/mencari jurnal,thesis writing SPSS dan sebagainya juga menulis untuk buku dan novel bolehla hubungi saya 0166371460.Mana tahu nak upah kan..boleh berbincang nt.

    ReplyDelete