10 April 2020

LALUAN UNTUK JADI JURURAWAT ( CARA NAK JADI NURSE)


Assalamualaikum hai korang😊

Hari ni macam semangat sikit nak cerita cara atau laluan nak jadi misi hehehe

I never thought yang I would write this post. Sebab I sejujurnya tak nak jadi nurse dulu. Cita-cita dulu waktu buat diploma yang tak kesampaian tu nak jadi doktor 😂 tapi betul lah orang kata kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.

I punya plan since 2018 punya baik dah untuk the next 5 years. Tapi 2019 was like a rollercoaster years for me. I quit halfway to further study in a nursing school.

Trust me, nursing school is not a joke. Kena kuat mental dan fizikal. Sebab bila kerja nanti, awak kena deal dengan nyawa orang. Lecturers and even diri korang sendiri kena firm habis waktu belajar. Seriously I bagitau, biar menangis kena marah dengan lecturer waktu belajar daripada menangis sebab buat silap bila posting.

Disiplin kena tinggi. Tapi jangan risau, korang akan enjoy the moment. I am starting to love my study in nursing school.
It is tough but exciting. Setiap hari korang akan belajar benda baru. Hands on activities banyak. Best sangat. Jadi, jangan risau okey kalau dapat peluang jadi nurse. Try dulu and korang akan tahu best ke tak😊

So okey proceed hahaha sorry bebel banyak. First laluan adalah selepas SPM, korang boleh mohon UPU untuk jurusan diploma kejururawatan. Banyak je course ni ada dekat IPTA. Kalau korang ada rezeki lebih, boleh la mohon di IPTS. Contohnya kalau di kawasan I tinggal ada AIMST. Lagi satu yang popular Asian Metropolitan University (if I not mistaken la).

So korang boleh sambung belajar diploma dan lepas graduate insyaAllah kalau ada rezeki korang dapat posting untuk jadi nurse yeay😊



Saja letak gambar acah cross leg😂 



Lagi satu cara adalah korang mohon SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam). Cara yang ni sebenarnya susah sikit tapi exciting la sebab korang kena hadir temuduga dulu. Once dah pass, tunggu panggilan dari pihak KKM bahagian pengambilan pelatih untuk posting belajar di mana.


Untuk cara kedua ni, korang akan ditaja mostly oleh KKM. Kira macam biasiswa la. Tapi sebagai ganti korang kena kerja dengan kerajaan selama 4 tahun kalau tak salah. Tapi rasanya okey je kena kerja dengan kerajaan sebab sekarang pun kalau tak salah I banyak hospital dan klinik perlukan staff bidang kesihatan😃


I kan personally memang tabik la dengan KKM (bukan bodek eh) sebab efisien kerja dorang. I boleh kata even dari peringkat latihan pun dorang sangat teliti bayangkan la perkhidmatan dorang macam mana. Superb beb. Memang untung sangat duduk Malaysia ni😊


Alamak I nak tulis lagi tapi ada kerja pulak hahaha. Okey-okey penutup, I boleh tolong setakat ni je dulu. Kalau ada apa-apa soalan komen kat bawah okey byeee salam😊



Takda gambar proper lain so kita letak je la gambar oxymeter yang ada ni ha😝

TAK BOLEH TUKAR ATAU UPDATE NOMBOR TELEFON BSN? MACAM MANA NI 🤔



Assalamualaikum hi peeps!

Okey korang ada masalah tak bila dah pergi kaunter untuk update nombor telefon tapi dah seminggu or setahun still nombor tak bertukar? Bank simpanan nasional ni servis kat kaunter dia okey tapi when its come to online services ni macam tak best sangat la bagi I. Taktau la maybe sebab I tak biasa guna kut😅


I ada masalah nak log in tau. Berbulan-bulan. Sebab I dah pergi kaunter untuk update dalam bulan july kalau tak salah tahun 2019. Pastu pegawai bank kata tunggu dalam 24hours gitu la. Bila check still tak update. Then I sabar sampai dekat sebulan lebih pastu pergi kaunter lagi. Then dia kata dah update. Tapi bila check still nombor telefon lama I.



Waktu tu I taktau kata kena telefon hotline bsn. Cari kat internet pun takda orang cakap kena call hotline untuk sahkan nombor. Kebanyakan cuma ulang info kalau nak update nombor telefon kena pergi kaunter sebab dah tak valid buat dekat atm😂 Time rasa geram jugak la sebab daftar guna nombor telefon lama kan. Tapi nak buat macam mana, waktu tu mana tukar nombor lagi😂


Satu hari tu memang I urgent sangat nak kena guna online banking tau. Tapi nak buat macam mana tak lepas lah nak daftar sebab OTP number tu akan masuk kat nombor telefon lama. So I tanya cousin macam mana nak buat. Guess what? Dia kata memang kena call hotline jugak. By hook or by crook, kena call pegawai bank sebab nanti dia bantu untuk check dalam system.


So I call. Tapi nak dijadikan cerita kelam kabutnya, phone pulak buat hal. Call hotline tak dapat. Biasalah bila guna line tutttt ni memang mencabar kesabaran sikit. Sim card problem rupanya. So alang-alang nak keluar pergi centre kan I settle je la urusan I kat atm terus. I try jugak tukar nombor dekat atm walupun tau dah tak valid. Dan ya, memang tak valid. Kena pergi kaunter.


Pastu I fikir sampai bila nak sabar kan. Dibuatnya urgent tengah malam macam mana kan. Memang la I jarang sangat guna bsn tapi incase la kan. We dont know what future holds kan 😊


One day I decide call hotline bsn pinjam phone orang 😂 pastu tunggu jap ada pegawai receive call dan tanya la soalan-soalan yang relevan untuk tolong I punya problem tu.


Soalan dia contohnya nama, card number, phone number etc la and then, dia cakap tunggu dalam 2 atau 3 hari lebih kurang untuk check balik. Masalah I tu sebenarnya bukan salah I pun😂 system tak update nombor telefon baru I. Sabar je lah. Dari 2019 tunggu adoii. Takpa lah pengalaman ajar I untuk sabar😂

So tu je la pengalaman I hahaha harap membantu😊 bye asslamualaikum

04 March 2020

PAKAI BRACES SAKIT TAK? (PENGALAMAN)



Assalamualikum hai peeps!

Okay kalini I nak update kehidupan  I march 2020 ni ahahaha

Alhamdulillah I dah settle sem 1 diploma in nursing. And now doakan I habiskan sem 2 I dengan berjaya dan lancar insyaAllah😊

Okeyy paling latest I nak update adalah I nak pakai braces!

First of all memang kapak duit🤣 ahahaha macam air je keluarnya tu 

Tapi I niat la ni hadiah reward untuk I hahaha sbb tinggalkan uni I. Alasan ntah pape je kan😂 

Takdelah sebenarnya sebab utama I adalah nak boost confident I je. I jarang senyum nampak gigi. Tapi mcm tak bestlah sebab insyaAllah nanti I kerja, I akan jadi front-liners. Mana boleh kan muka tarak sinyum langsung😂 I rasa segan sebenarnya sebab gigi banyak spacing and I ada london teeth ke apa ntah orang cakap tu. I rasa less confident tau hahaha so I kuatkan hati pejam mata nah doktor take my money n get me my biutipul smile🤣 acah macam banyak duit je kan padahal aku dah kekurangan pitis dah ni🤣 hahahaha



4/3/2020
2.15pm 

I DAH PAKAI BRACES GAIS!

Okey first impression pakai adalah yaAllah berat rasa gigi aku ni😂

First few hours tu tak rasa sakit pun. Cuma berat. Lepastu bibir asyik terkena brackets dan saliva production mmg meriah😂.
Overall, okey je alhamdulillah.

Doktor ada jugak ckp nanti pakai wax kalau wire tu cucuk mulut. Kang tak pasal ulcer. Tapi tak kuasa la nak pakai. I buka ja mulut luas-luas hahaha so tak ada la terkena sangat.

Pastu sekarang I rasa mulut I besar sangat tau. But thank Allah gigi I tak payah cabut sebab doktor cakap banyak spacing🤣 alhamdulillah la kan. Sekarang ayuhlah tolong doakan brackets ni tak tercabut sampai la waktu yang sepatutnya😂 I risau ni sebab klinik dekat dengan rumah tapi I dah nak balik JB ni alahaiiii

5/3/2020



Sorry susunan gigi I tak lawa. Mulut time ni memang kering sangat. Air liur je keluar banyak😂



Bangun pagi tu dah rasa berattt sangat gigi. Pastu setiap kali lidah tersentuh gigi, I rasa kebas-sakit sikit gitu ja la. 

Okey kalau bagai I, rasa terhiris pisau tu lagi sakit la daripada rasa sakit gigi ni sekarang😝

Betul ni tak tipu. Tapi doktor ada jugak prescribe ubat painkiller kat I. Ada 3 tablets untuk dimakan if only rasa sakit yang tak tahan sangat-sangat.

Tapi buat masa sekarang I totally tak boleh gigit makanan. Literally nak gigit tu tak sampai gigi atas dengan bawah😂 adoi la. Tahan je la diri tengok orang makan sedap-sedap.

Okey first thing yang I beli lepas keluar je dari klinik semalam adalah I pergi watsons/guardian untuk beli berus gigi dengan interdental brush. 

Sebenarnya kan, boleh je nak beli dekat klinik tapi I kan #cheapskate😂 hahahaha mahal oh interdental brush saja pun dah dekat belas-belas harga. I beli interdental brush 5 pieces(?) for Rm7+

Untuk berus gigi, I pilih berus <0.01 ke 0.1 mm ntah😂 sorry korang I lupa la. Tapi korang pilih  je yang paling halus hujung dia pastu soft brittles. Sebab pilih yang kasar-kasar kang tercabut brackets tu tak memasal je kan😂

Oh lupa doktor ada pesan jugak better berus gigi lepas makan sebab nak elak kejadian memalukan berlaku hahahaha ye lah dah makan kari lah, sambal lah, sayur lah apa melekat kat celah brackets tu malu la weh🤣 
Jatuh saham I tau. So I dah jadi malas nak makan hahaha 

Okey nanti I update lagi eh. Ni I buat e-diary je so sorry tak ada sangat gambar nak tunjuk untuk post kali ni . Byee korang

13 December 2019

BEST KE BELAJAR DIPLOMA KEJURURAWATAN?



Hi assalamualaikum

So baru-baru ni resault penempatan untuk students baru under SPA baru keluar. So I rasa nak cerita lagi lah pasal ILKKM ni.

Selalu la kan kalau jumpa, mesti orang tanya best tak belajar jadi nurse atau macam mana rasa study diploma di ILKKM. I sendiri rasa clueless jugak sebab ye lah I tinggal baki lagi 1 sem je nak habis diploma di uitm. Tapi kena quit sebab masuk situ.

Apa I boleh cakap, sebelum masuk prepare mental dan fizikal. Jangan nanti dah masuk baru nak complain itu ini. Macam I, I set dah untuk expect for the worst. Sebab kita taktau future macam mana kan. Contohnya, I dah expect untuk I rasa susah nak study sebab perbezaan umur jugak kan.

So apa yang I buat, I kena tunjuk I usaha lebih sikit dari orang lain. Study lebih sikit, tak faham terus tanya dan paling penting JANGAN JADI BODOH SOMBONG. Senior tu okey je kalau korang okey. Percaya lah dorang okey je. Either korang berani ke tak nak tegur hai ke bagi salam ke dengan dorang.

Sebab mostly senior suka buat hal masing - masing. Tapi kalau korang tanya soalan apa-apa, insyaAllah dorang boleh je tolong. Lepastu, nanti kalau dah masuk praktikal di hospital, praktis apa yang dah diajar. Cara bercakap, cara handle masalah, tolong staff nurse. JANGAN BERAT TULANG😂 itu je yang I boleh cakap.




Rindu lif kolej😂 berebut nak naik. Lagi-lagi bila balik klinikal. 




Hmm lagi, pengajar I selalu cakap jangan biasakan diri untuk buat kerja semata-mata nak lepaskan diri awak sendiri je. Hmm macam mana eh nak terangkan. Okey, contohnya, korang lulus exam tapi ada kawan korang kurang bernasib baik, ha korang tolong la ajar dia. Jangan la lepaskan diri awak sendiri je. Ajak sekali kawan-kawan sebabbb korang kan datang sekali, so kena la grad sekali :') aa gituu

Kalau dari segi tempat tinggal tu, dekat ILKKM JB alhamdulillah okey je. Bangunan still nampak baru. Ada lif tapi naik jangan lelebih orang eh😂 ada guard yang tolong jaga kolej, bilik kuliah, makmal semua.semua baik-baik. Ada koperasi jual makanan, ais krim, air semua tu, printing pun ada. Cafe pun ada. Harga makanan pun murah sikit dari kedai luar.

Okey tu je nak share byee


30 November 2019

NAK BELI APA DI SHOPEE?


Hi assalammualaikum gaisss

So harini petang - petang hujan macam ni, I bukak la segala apps yang I ada kat phone sebab taknak tidur😂 then shoppee came across and I just thought boleh jugak share barang-barang RANDOM yang I rasa berguna dan murah je kalau nak beli😂

Don't worry sebab I pun student so mostly memang mampu milik punya hahahaha I faham cewahhh



Okey cekidaut these ideas!



1. FAIRY LIGHT

Ya ampunn cantik sangat okey. Dahtu long enough untuk letak from study table sampai ke bahagian katil I 😂
Price: RM 8+ ( asalnya RM5+ plus shipping fees RM3+)

I beli sebab bilik tak ada lampu tidur so kalau jaga malam-malam nak ke toilet mengagau cari flashlight phone😂 So instead of table lamp, I beli fairy light la baru nampak cantik sikit hahaha

I beli yang guna power source batteries tau (3 batteries double AA). Kalau korang prefer guna usb pun ada. Tapi I malas nak ambik risiko trip plug tengah-tengah malam jadi I beli yang guna batteries je la😉

Nama shoppee shop ni xinzhan2.my(warm station). Seller respond laju. Mostly barang-barang best tapi kena tengok reviews tau. Reviews sangat penting kalau nak beli barang online.



Sorry pic quality low sebab gambar ambik time dah ngantuk nak tidur semalam hahaha tapi worth it!



2. PHONE CASE

Sejak I kenal shoppee dan sewaktu dengannya, I tak pernah beli casing phone kat kedai fizikal hahaha 😝 semua online je. Harga pun mostly bawah RM 10 dah boleh dapat yang cantik-cantik. 

Kadang tu I tengok dekat kedai sama je bentuk dengan material dia. Beza harga dalam +-RM3 jugak #cheapskate detected 😂


I suka yang cover plain sebenarnya. Nampak lawa dan kemas. Cover ni bukan jenis keras tau. Dia lembut flexible. I anti betul cover yang keras tahap kuku nak tercabut cungkil nak keluarkan phone tu😂  so yang ini, I approved !



3. CANVAS BEG

Teenagers sekarang kan memang trend tau pakai canvas beg ni. Lagipun I rasa praktikal sangat pakai beg ni. Material jenis kain canvas(dah nama pun canvas kan hahaha)  best dan senang nak basuh. Harga kurang dari Rm 10 ni. Beli banyak dapat free shipping guys 😉


Separuh geng I beli lepastu cewi sama- sama hahaha tapi memang lawa beg ni. Cons dia, beg nipis sikit lah dan design dekat most kedai sama. Tapi okey la berpatutan dengan harga😊


4. COSMETIC/ MAKE UP

Okey I sebenarnya tak galakkan beli cosmetics yang kita sendiri taktahu apa bahan dia tau. Cuma macam I, untuk belajar make up (cewahh🤮) I beli yang kat shoppee dulu sebab murah kut. 

Kang beli yang barang mahal sayang pulak nak pakai. Dahtu bilanya nak belajar make up kan hahaha😂 tapi I akan make sure baca dulu review atau pun chat seller untuk tanya apa yang I nak tahu sampai puas hati. Only then, baru I proceed.

Harga pun murah je tapi kena pandai cari jugak tau. Range start RM3+ ke atas




5. Kasut

Sebelum tu disclaimer I orang kedah jadi sorry tau sebab kadang- kadang I tulis sandal tu kasut tau 😂

I suka survey sandal di shoppee dan mostly I tak boleh letak high expectation la kalau nak beli dari shoppee/ online shop. Unless kalau reviews shop tu best- best.

Sebetulnya I lagi prefer beli sendiri kat luar sebab jenis orang yang suka physical materials. Tambah lagi kalau melibatkan saiz kan. Contohnya kasut ke baju ke seluar ke ha.


Tapi due to MCO haritu tak boleh keluar so I spend almost 1 weeks nak survey untuk beli kasut nak pakai ke kedai 😂 kasut I semua tak bawak balik sebab kena 'halau' balik rumah😝 so kelam kabut la semua benda tinggal. Takkan nak pergi kedai depan tu pun ber-sneaker ye dak😂 kelas kau jah 😝



Okey I nak share ada satu shopee shop ni yang bagi I trusted seller la. Reviews pun not bad. I punya review pun okey not bad. Seller respond cepat. Stars pun banyak. 


Nama shop tu heus_ . Shop ni jual mostly kasut/sandal. Cantik-cantik kasut dia. Murah pun murah. I order 2 pasang and paling best adalah bila harini order lusa sampai depan rumah😃 pastu cewi la pakai kasut ni buang sampah kat luar sebab tak boleh keluar kan hahahaha😂 (cewi tu maksudnya macam bangga la nak menunjuk pun ye jugak 😂)



I rasa satu pasang RM 10 exclude postage tau. Kasut ni lembut sesuai la pakai pergi kedai. I suggest kalau nak beli ukur dulu kaki sebab kasut ni betul-betul ikut length yang diberi.



6. Ring light

Sapa-sapa yang suka makeup tu boleh la try beli ring light ni. Boleh ambik video atau gambar yang cantik sebab lighting on point😉 Tapi mostly setakat yang survey ni agak mahal la bagi I yang tak ada keperluan untuk beli ni😂 Paling murah I jumpa harga dalam RM45 macam tu. Itu pun harga time flash sale😆 Tapi jenis dari plastic lah. Tak pasti kalau ada lagi murah ke tak.


Tapi kalau korang berniaga ke apa cantik juga kalau nak photoshoot barang/bahan niaga online. Eye catches faster gituu😝
Okey penat dah la nak tulis hahaha tapi actually banyak lagi ni barang yang I tak mention sebab mostly kena cari balik gambar.


7. Nail polish


Okey, nail polish setahu I ada 2 jenis. Satu jenis yang guna remover untuk buang dan satu lagi jenis peel off. Bagi I untuk mudah buang, guna peel off. Dia macam getah sikit atau kalau korang pakai inai tiub tu kan, bila kering korang kopek. Ha macam tu la😅

Bezanya inai, bila cabut buang layer tu ada kaler. Nail polish peel off ni kalau korang pakai pastu kopek layer, tak lekat warna. 

Macam I, bila klinikal tak boleh pakai pewarna kuku/inai. Jadi, yang jenis peel off ni onz😂 nak melawa tapi kena klinikal, terpaksa cari option😅

I ada order dari kedai shopee Beautyqueen2u . Seller ni peramah sangat-sangat dan helpful. Walaupun I beli 1 botol je tapi sebelum pos, seller rajin hantar gambar barang pos kat I. So, I boleh nampak seller ni komited dengan bisnes dia😁 I baru first try beli dari shopee shop ni. So disebabkan servis memang 💯 tiptop, I highly recommend pada sesiapa yang nak beli peel off nail polish/ nail polish biasa ni.

Seller ni based in Penang tau. Barang-barang banyak readystock. Kalau ada apa-apa soalan, boleh terus chat sebab seller helpful sangat😊



Beli 1 je dulu sebab nak try😂 kalau beli sikit tapi kerap tak rugi kan?😝


Warna hitam mostly banyak habis. I jumpa a few shops je yang available. Harapnya kalau sellers nampak ni, please restock banyak black please😂



Sorry tau sebab ada certain yang tak ada gambar tapi I tulis je. Nanti I free I tambah-tambah lagi okey? Apa-apa pun saja la nak cakap nanti ada sale 12.12 kat Shopee hahahaha😝 selamat berhabis duit gaiss


p/s: nak minta tolong korang boleh? Tolong tekan iklan kat atas bawah tepi kiri dan kanan hahaha (untuk tabung simpanan I gitu😅) tenkiuu kind-souls!

Assalamualaikum byee😉