24 January 2019

TIPS : MACAM MANA NAK BAYAR BIL UITM GUNA ONLINE BANKING

Hi.

Korang pernah tak tertanya macam mana nak bayar bil uitm guna online transaction? Tak ada transport nak pergi bank? Busy tak sempat nak curi masa pergi bank? Ke I sorang je😂

Dulu I macam blur-blur jugak tak reti apa sebab I tak berminat nak ambik tau pasal online banking ni. Lepastu, sekarang baru terbuka sikit minda sebab online banking ni memudahkan (kena cara yang betullah).

Sekarang I dah reti guna dan nak simpan kat blog sebab nanti senang nak refer balik 😁 Untuk settle bil pelajar UITM guna online banking (bank Islam), korang boleh guna smartphone atau laptop tu untuk settle yuran-yuran yang ada. Tapi kena make sure dalam account ada chingg chingg lah😁

Okay macam ni I tunjuk dari first step eh? Tapi sebelum tu, sorry sebab I guna phone jadi display tu macam tak sejelas guna laptop. Harapnya korang faham lah tau

Log in dulu student portal uitm ni. Lepastu pilih dekat kotak baris ketiga lajur pertama (pergh, tak sia-sia geografi pt3 dapat A. Okey dak-dak melawak ja). Pilih kotak yang untuk bil, yuran pelajar semua tu. I tak ingat sangat.


Okey, dia akan keluar macam ni kan lepas korang tekan pop-up yes/no tu kan? Ha betul dah tu. Sekarang tekan MENU UTAMA tu.


Ha keluar dah macam ni. Lepastu, tekan TRANSAKSI ATAS TALIAN.

Sebelum tu, kalau korang nak check dulu berapa korang kena bayar atau jumlah bil korang, korang tekan BIL PELAJAR. So dekat BIL PELAJAR tu ada senarai bil pelajar yang kat hujungnya ada tulis TELAH DIBAYAR/ BELUM DIBAYAR. Jadi please take note okay?



Ni macam ni. Yang contoh ni I alhamdulillah dah settle jadi dia naik tulisan biru telah dibayar. Kalau belum, tulisan merah bertulis belum dibayar. Okey, now jom tengok step untuk jadikan tulisan merah tu ke tulisan biru 😉



Ni step LEPAS tekan TRANSAKSI ATAS TALIAN tu. Okey now isi maklumat korang. Nombor matrik dan IC korang.


Okey dia keluar yang ini kan. Ni I screenshot bahagian tengah display tu. Kat atas tu ada nama korang. Jangan lupa TICK kat kotak tu sebelum proceed. Lepas tu tekan VIEW CART.



Keluar gini. Aa betullah tu. Sorry korang, I edit asal boleh je ni hahaha


Tekan PAY. MAKE SURE BETUL JUMLAH BIL TUU


Tekan BAYAR SEKARANG



Lepastu korang kena pilih PAYMENT METHOD. Kalau macam I yang guna kad bank biasa tu, pilih VISA. TEKAN KAT GAMBAR tu.



Keluar macam ni tak? Kalau ya, ha betullah tu. Sekarang kad bank Islam tu kena ada depan korang unless korang ingat details dia. Baca arahan tu betul-betul.



CARD NUMBER tu adalah digit-digit yang banyak kat bahagian depan kad bank tu. EXPIRY DATE tu adalah nombor yang dia tulis via thru ke apa ntah tu. SECURITY CODE tu digit sikit kat belakang kad bank tu.


Lepastu, SABAR kejap. Tengah processing.


Okey alhamdulillah settle.



Ni sambungan yang atas tau. I guna phone je jadi gini lah. Okey please TAKE NOTE yang korang at least kena screenshot sebagai bukti transaksi ni incase kat senarai bil korang still naik tulisan merah walaupun korang sebenarnya dah bayar. Untuk dijadikan bukti, kertas tu kena ada cap bermohor uitm tu tau. So apa yang I buat, I screenshot dan save as PDF. Tak reti? Takpa I ajar kat bawah ni.

Dekat gambar atas, ada button PRINT kan? So, korang tekan PRINT tu dulu walaupun korang pakai phone. Kalau korang pakai laptop, terus print je lah.



Naik macam ni lepas tekan PRINT. Then, korang tekan select printer. Tekan je dulu walaupun korang guna phone/laptop yang tak connect dengan printer. Trust me okay?


Pilih save as PDF. Lepastu tekan BUTTON HIJAU TULIS PDF tu. Then save je lah kat google drive. Nanti bila-bila free pergilah print lepas korang bukak gmail korang.

Okey lepastu alhamdulillah selesai bayar bil/yuran. Hopefully korang faham dan sorry kalau korang tak faham sangat yang I tulis. Nanti tanya je kalau tak faham. Kalau nak tegur I salah kat mana-mana pun boleh. Goodluck result nanti ! Assalamualaikum bye!




23 January 2019

REVIEW : BIO-LIFE NON ACIDIC VITAMIN C AND BIOFLAVONOIDS


Hi peeps!

Okay, untuk kali ni I nak share pasal satu vitamin C yang I dah try almost a month ago.


Sebab apa I makan vitamin C?🤔

Sebab pagi-pagi selalu lesu badan walaupun luar nampak okay then kat universiti I jaranggg sangat makan buah atau sayur dan kulit pun kusam dengan sunburn yang tak hilang.


Vitamin C jugak bantu untuk tingkatkan sistem imuniti badan. Mesti pernah dengar kan orang cakap jarang demam sebab makan vitamin. Sebenarnya jangan salah faham. Vitamin bukan ubat untuk lega demam. Vitamin C hanya enhance tubuh badan tingkatkan imuniti badan😊 (betulkan saya kalau saya salah tau)


Okay nak cerita pasal sunburn ni, I join Xsis punya family day ( family day fakulti saya belajar). Dari pagi sampai 2 petang dekat padang join game😂 Boleh bayang tak garing macam roti bom kedai mamak. Lepastu gelabah lah sebab sunburn I sangat lah susah hilang kalau kena.


I dah buat macam - macam sebelum ni. Lepas double cleanse, I moisturize semua pun still tak hilang. Every week I exfoliate pun tak jalan. Muka dah jadi dua benua tau😄

Lepastu, satu hari ni I singgah Guardian dan masa tu tengah nak cari vitamin untuk mak I sebab selalu macam lesu badan (doakan kesihatan mak ayah I okay? Thanks) then tengah cari tu, I ternampak Biolife punya vitamin.

I teringat lah sebab roommates I pernah makan dan I rasa I nak try la satu dulu. Kebetulan 1 pack tu ada dua botol 30 capsules each. So cukuplah untuk sebulan. Harga pun not bad sebab ada sale pulak, tak sampai Rm50 pun. Approximately, rm48+ rasanya.

First impression :

1. Besar gila capsule dia. Dekat kotak bahagian tepi tu dorang ada letak actual size capsule tu tau. Dan kalau korang jenis cepat tercekik, tolong sediakan air yang banyak masa nak makan vitamin atau bahagi dua capsule tu.

2. Botol plastik so selamat lah kalau jenis letak merata macam I. Ada certain vitamin jenis botol kaca yang mana lebih berat dan I pun jenis tak berapa rela bawak benda berat dalam beg. So kalau plastik ni mudah sikit nak bawak tu. Orang kata macam easy to handle lah gitu.

3.  Vitamin ni tak ada rasa gais. Okay I tipu 😂 Ada la rasa tapi tak sedap. Maksud I walaupun kotak dia orange tapi percayalah dia bukan perasa orange. Dia rasa macam ubat tak ubat gitu. Tapi tak pahit sangat pun tau. Jangan risau. Boleh diterima la untuk tekak I.

4. Vitamin C ni non acidic so I rasa okay kut kalau I try sebab bila tak acidic kurang lah kemungkinan untuk acid reflux. Badan I senang jadi reflux bila makan so takut termuntah balik.

Okey untuk kesan vitamin ni, I boleh nampak dalam masa lebih kurang seminggu lebih


1. BURN I PUDAR gaissss. Ni paling best gila.


2. Parut pudar. Parut hitam tu pudar weh. Kalah lepas berbulan practicing exfoliate muka tau.


3. Jerawat still ada tapi maybe faktor kulit I berminyak dan malas cuci muka hahaha


4. I taktau lah ni faktor vitamin ni ke memang hormon badan I tapi I kuat makan. Maksud I, I macam pantang tengok makanan lah mesti kena jugak menguyah hahaha


5. Badan I still rasa macam letih² tapi macam ada lah kurang sikit - sikit. Jarang sakit jugak 😊


6. Ha kalau korang ada constipation, jangan risau vitamin ni akan tolong melancarkan digestive system badan korang😉




Ha ni la vitamin C tu. I ambik gambar - gambar dari google tau sebab vitamin tu tak ada dekat I masa I tulis ni. Tapi sama lah dengan I punya. 


Sekarang mak I dengan I makan vitamin ni so far okay alhamdulillah. So korang kalau dalam perancangan nak try vitamin C boleh lah tambah dalam wishlist korang hehe 😉


Okey tu je kut review I dan I would buy this again insyaAllah after finished my first bottle.



  • Thanks sudi baca☺

Disclaimer : I am not a doctor, pharmasict or anyone who has professional skills in beauty fields. I am just a person who loves sharing about beauty related things.  Do share or communicate with me at nabilahzaini894@gmail.com . I love to learn and share with others 🌼 This reviewed products is not sponsored. I bought this product 100% using my own money and this is written with my own ideas ™

28 December 2018

DIPLOMA : LAB AS120 PART 3 (PHOTOS EDITION)


Lab chemistry. Tak pernah tak serabut lepas lab hahaha lepastu buat discussion guna ayat sukati je. Time ni lab report satu je untuk setiap group so tak gelabah sangat bila kena buat calculation, questions, conclusion semua tu sebab boleh bahagi tasks. Serious lab organic chemistry ni paling- keluar je lab tak macam orang dah lepastu kena masuk lecture hahaha





Lab bioo..! Kena 'bedah' bunga time ni




Bunga taktau nama lepastu gelabah google sebab nak buat lab report. Orchid ni rasanya


Bunga ada banyak so boleh ambik sorang satu


Lab bio. Guna kacang apa ntah. Soak beans 24h dgn 48h kut kalau tak salah.


Lepas rebus aka boiling process. Nak tengok presence of starch rasanya.


Cantik kan? Under microscope. Striated epithelium cells kut ni. Lepastu kan kena lukis hahahaha mampus.. Yang lukis tu kawan se-group tolong lukis. 


Ni ha cell yang kat atas tu.. Eh ke bukan? Sebab banyak sample kena observe pening dah


Oh ni yang boil soak beans tu. Benda tu panggil hot plate. Kira no more bunsen burner gitu.

TIPS : LEPAS PT3 NAK PILIH ALIRAN APA?


Hi assalamualaikum😊

Sapa ada masalah dilema lepas PT3 nanti nak masuk aliran apa? Sejujurnya dulu I pun ada masalah ni. Tambah lagi bila ada sepupu terdekat yang sebaya. Pressure sangat kalau kena compare😂


Okey lepas habis form 3, I tau mesti ramai yang confuse lagi nak ambik aliran apa lepas ni kan? Sebenarnya ada banyak aliran yang korang boleh ambik selain akaun dan sains. Tapiii kena ingat tak semua sekolah sediakan aliran yang sama.

So, first step kena rajin survey. Pro dengan cons sekolah yang korang nak further. Contohnya, tanya orang ke, baca pengalaman ke haa jadi nanti banyak info yang boleh dapat. Kena ambik kira jugak jarak sekolah dengan rumah, kalau jauh ada transport tak. Kalau sekolah berasrama senang sikit kalau tempat tu jauh😊


I bagi contoh dulu I sekolah di SMK Amanjaya. Sekolah ni ada banyak lagi aliran selain akaun dan sains macam tasawwur islam, perdagangan dan kemahiran (something yangg macam tu sebab dah lupa dah). Ha tapi ada jugak aliran yang tak ada kat situ contohnya, aliran sastera. I ambik kira jugak jarak sekolah sebab sekolah ni tak ada asrama. Transport pulak kalau nak naik van mahal time tu. Bas sekolah tak masuk area rumah I😅

Banyak faktor kena fikir. Tapi takpa, take it slow. InsyaAllah Tuhan tolong😊


Untuk yang pening kepala lagi nak pilih ni, lepas ni tengok tips kat bawah ni. Sebelum tu, sebenarnya apapun bergantung pada minat dan kecenderungan diri sendiri tau.

1. Buat satu list pro and cons untuk setiap aliran

- Ambik satu kertas dan tulis pro(baik) dan cons(buruk) kalu kita ambik aliran tu.

Contohnya, tulis untuk aliran akaun.
Pro = I boleh buat kira-kira nanti (perniagaan), tak banyak hafal-hafal, tingkatkan kemahiran problem-solving.

Cons = I tak minat akaun, tak suka bermain dengan nombor yang banyak, istilah banyak dalam bahasa melayu(kalau kat sekolah dulu guna BM tapi sekarang I tak pasti) jadi I pening nak tukar terms sebab I adalah antara batch-batch terakhir yang guna silibus dalam BI.

2. Ikut kawan ke tak

- Please jangan ikut kawan sebab kecenderungan kita semua tak sama tau. Rapatlah macam mana pun mesti ada jugak traits yang tak sama dengan kawan.

Sebenarnya kita tau limit diri sendiri. Jadi kalau rasa tak boleh bawak certain subject better cari alternatif lain.

Okey contohnya I tau I tak minat akaun dan kawan baik I pulak memang tak boleh subjek menghafal(sains) jadi kami tetap ikut kemampuan diri sendiri walaupun sedih jugak la kena pisah kelas 😂 biasalah budak-budak remaja jiwa bergelora sikit dulu😂

3. Cita-cita

Setiap orang mesti ada cita-cita kan? Ke ada lagi yang tak pasti nak jadi apa kerja nanti ni? Okey takpa contoh la korang teringin nak jadi jurutera (engineer) jadi korang kena tau untuk jadi engineer ni kena lulus subjek apa atau kena ada basic apa.

Untuk jadi engineer,  dia sangat berkait rapat dengan matematik tau jadi korang kena at least ada basic matematik jugak dan tahu addmath tu ha.

Jadi korang tak boleh lah dari aliran perniagaan contohnya nak jadi engineer. (Sebenarnya ada kemungkinan boleh jugak cuma pathway korang tu nanti susah sikit lah sebab tak ada basic yang kuat so kena struggle lebih sikit). Bukan lah bermakna tak boleh langsung tau.

Percaya dengan takdir. Nanti pusing lah macam mana pun, kalau Tuhan dah tentukan korang dapat jadi apa yang korang nak, insyaAllah dapat😊

Okey tu je, goodluck ! Assalamualaikum bye😉

19 November 2018

TIPS : INTERVIEW SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)


Asalamualaikum haii😊


ni dekat pusat temu duga SPA Alor Setar,Kedah.

So untuk dapat panggilan interview, first sekali MESTI kena apply dulu SPA8i. Pilih jawatan apa yang kita nak. Then, tunggu panggilan interview. Jadi, kalau dah dipanggil untuk interview tu apa yang kita kena buat ?

FIRST thing kena buat adalah prepare mentally dulu. Sebab kita kena tenang dan tak boleh gelabah waktu hari interview tu. Kita mesti kena nampak tenang dan well prepared supaya nampak yakin dan matured.

NOTES/INFORMATION

Sangat wajibbbb. Sebab nanti kalau interviewer tanya soalan berkaitan jawatan yang dipohon tu kita nak jawab apa kalau tak tahu. Contohnya, kalau mohon jawatan Penolong Pegawai Perubatan(MA). Mungkin interviewer boleh tanya, apa tugas MA? pakaian rasmi MA? MA boleh diagnose pesakit ke dan macam-macam lah. Jadi, untuk selamatkan diri daripada terkaku waktu ditanya soalan, prepare diri dua tiga hari sebelum hari interview.

DOKUMEN DIRI/RESUME

Bila dapat tawaran interview, pihak SPA akan emailkan senarai dokumen yang perlu dibawa bersama.  Tolong dapatkan satu clear folder untuk masukkan dokumen tu semua. Jangan pulak pakai pocket file yang colour-colour 50 sen tu. I/C tu penting. Letak sekali dalam clear folder. Sediakan jugak dua tiga paper clips dan pen HITAM kalau-kalau nak guna. Kenapa pen hitam? Pen berwarna hitam adalah untuk tujuan formal. Semak semula dokumen-dokumen tu. Jangan jadi macam orang yang menulis ni. Lupa bawak sijil kelahiran hahaha.. ingat tau, prepare betul-betul.

PAKAIAN

Lepas settle semua kat atas, baru tengok baju apa yang sesuai nak pakai waktu interview. Saya share banyak untuk perempuan je tau. Bagi perempuan, sebaiknya pakai tudung bawal. Simple dan kemas. Shawl, pashmina dan sebagainya kurang sesuai sebab nampak lebih kasual. Baju pulak, jangan ada yang berani pakai jeans. Haritu ada yang yang kena halau dengan guard sebab pakai jeans.

Untuk perempuan, baju kurung biasa would perfectly do. Tak payah fesyen-fesyen sangat sebab first impression penting. Nanti interviewer kata ni fashion show ke apa hahaha tapiii tak fesyen pun kena jugak nampak kemas. Untuk warna baju, pastel colours are the best. Jangan pakai gelap-gelap sangat atau striking sangat. Yang okay-okay je. Kasut sebaiknya jenis bertutup dan warna hitam/gelap.

Satu tips yang saya dapat dari 'Mock Interview' waktu sekolah dulu(lebih kuranglah. Saya pun ingat-ingat lupa), kalau baju kurung bercorak, pastikan corak tu jenis tersusun/menjalar dan sedikit je coraknya. Jangan pilih baju yang corak serabut dan banyak.

Haa.. lagi satu kalau korang mohon jawatan yang berkaitan dengan kesihatan, pastikan BMI normal. Sebab peluang agak tipis kalau sebaliknya(saingan banyak dan sebagainya). Jadi, itu je lah. Goodluck !

Bye salam