24 November 2019

BARANG KEPERLUAN BAWA KE HOSPITAL


Hi assalamualaikum

So hari ni I nak share something yang I dapat lepas keluar masuk hospital ni kan😂



Sedar tak sedar dah nak dekat sebulan di hospital. So I nak share la barang keperluan am apa yg selalu orang terlepas pandang kalau nak bawa ke hospital(warded).



I tak pro lagi tau tapi I bagitau sikit- sikit lah. Kalau korang ada lagi barang lain korang tambah - tambah sendiri tau. Lagi satu, untuk private hospital rasanya sekarang 'advance' sikit la daripada hospital kerajaan. Tapi I rasa normal la bila tengok perbandingan kos admission tu😅




1. Pakaian

* baju ni sebenarnya tak payah pun sebab bila warded kena pakai baju hospital tau. Kalau nak bawak jugak, bawak baju utk discharge nanti je. So I share baju untuk discharge je lah eh☺

- baju jenis berbutang depan (untuk senang pakai). Tak banyak pergerakan sangat pada bahagian anggota tangan terutamanya bagi pesakit selepas pembedahan.


- seluar atau kain (kain lagi senang kalau pesakit tak boleh bangun)


- kalau pesakit perempuan, pakai tudung sarung pun senang juga. Nanti takda lah tudung lari-lari masa sakit/tak selesa😅



2. Kasut


* kalau pesakit boleh berjalan(mobilize) better pakai sandal je. Kalau boleh jangan la pakai kasut tumit tinggi tu.

- selipar atau sandal jenis tak licin ( supaya tak jatuh waktu ke toilet)



3. Barang keperluan peribadi

*ni I share random je tau apa yang I ingat. Incase korang ada list sendiri, nanti korang tambah - tambah je la okey?☺

- Toiletries sendiri. Berus gigi,ubat gigi, pencuci muka. Bawak yang travel pack senang. Kalau tak jumpa travel pack, tak salah I cuba cari di kedai Mr. DIY yang jual botol kecil untuk refill travel size toiletries. Senang bawa dan simpan😉

 - WET TISSUES (sangat penting untuk pesakit yang pakai pampers sebab nanti nak cuci senang)

- pampers (tolong bawa sendiri kalau pesakit tak berupaya nak jalan). Pampers ni ada size tau walaupun untuk dewasa. Jangan beli kecik sangat nanti senang dapat iritasi dan tak boleh beli besar sangat sebab takut leaking/bocor.😅

- tuala muka kecik. Incase demam, boleh guna buat lap-lap badan juga dan berjelum untuk turunkan suhu badan.

- handphone(incase emergency ke apa tapi please jaga barang sendiri baik² kalau nak bawak sebab kalau hilang bukan salah pihak hospital☺)

- barang kemas ke apa ke yang berharga tolong simpan baik² di rumah sebab nanti susah kalau hilang. 

- biskut kering atau roti dan lain² ( ikut atas keadaan diri korang la sebenarnya. Kalau korang pesakit yang kena jaga pengambilan makanan dan minuman, cuba tanya doktor dulu sebab takut diet tak sesuai😉)

- bekas air sendiri/botol air. Selalunya air panas ada disediakan di pantri wad jadi boleh la minum air panas untuk breakfast sebelum makanan pagi sampai tapi ikut keadaan hospital jugak.

- bantal kecik ( kalau perlu. Sebab most hospital gov selalunya provide satu bantal untuk satu pesakit sahaja)


Lepastu, I perasan yang tak perlu pun bawak barang banyak-banyak. Kalau nak kemas, masukkan barang-barang dalam satu beg sebab senang jaga. Ada hospital yang jenis lokernya kecik sikit. Kalau barang banyak, nanti susah hati pula takut hilang masa tidur😅


Okey tu je yang I ingat sekarang ni tapi nanti kalau I ingat apa² I update lagi😄 byeee


P/s : Sorry panjang sikit tulis dan tak ada gambar berkaitan. Thanks baca, kind-souls😊

4 comments:

  1. Terima kasih atas info ni. Anak sy akan warded hujung bulan ni di hkl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama☺

      Semoga dipermudahkan urusan anak puan dan keluarga

      Delete
  2. Tq.. Anak sy akn warded 8hb Nov ni.. Utk operation masuk plate kt kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama☺

      Semoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh

      Delete