14 October 2020

REVIEW : FREEMAN BARE FOOT BALM (krim kaki)

 

Assalamualaikum hi😊


Lama betul rasanya I tak update blog. I busy habiskan klinikal dengan exam yang akan datang ni ( fuh nervous pulak sebut pasal exam-exam ni haha) so, I ada dapat a few email tapi sorryyyy I tak perasan. Jadi I reply lambat☹️ tak sempat buka pun. Most of my days habis dekat tempat klinikal je. Tak sempat nak buka satu-satu. Sorry tau korang tapi jangan risau, I mesti reply jugak walaupun lambettt😂



Okey back to main topic. Harini I nak review tentang satu produk yang I baru discover. Produk ni adalah untuk kaki. Sebenarnya dah tengok lama tapi macam hesitate nak beli hehe


Selalunya I fokus untuk penjagaan muka saja tapi lepas I start klinikal baru-baru ni, I perasan kaki I macam dah start sakit, mengelupas sikit dan kering. Maybe kurang moisture la kan. I risau dapat cracked heels sebab half of my days memang banyak berdiri lama dan berjalan (also berlari😂) lotion sapu juga tapi biasalah I gedik nak extra 😝 haha tak la gurau je. Tapi I rasa kang dapat tumit pecah nanti susah la sikit kan nak kerja so better cari something untuk prevention😅 


Jadi bila masuk Watsons, I terjumpa satu produk dari Freeman ni untuk penjagaan kaki. 


Freeman foot balm! Banyak tau range produk ni. Contohnya ada juga foot scrub, foot lotion, foot treatment dan foot cream. So I pilih foot balm dulu untuk cuba sebab nak renews dry skin😉


Foot balm ni claims to soften calluses and renews dry skin. Kaki I kering so I pilih balm untuk bantu ganti balik kulit I yang kering tu😊
Selalunya lepas balik kerja, mandi I akan sapu dan terus tidur.




Macam cream je ha😉 cuma satu je la cons dia dalam banyak-banyak pros, bila pakai balm ni jangan pijak air sebab nanti melekit. After all, dia adalah balm dan bukan cream yang meresap tu😉



Cara pengunaan foot balm ni adalah sapu pada kaki yang bersih di bahagian yang kering dan bahagian yang keras contohnya tumit atau buku lali. Selalunya I guna 3 - 4 kali seminggu. Setakat penggunaan ni, I puas hati kaki nampak dah tak kering cuma tumit je belum rasa lembut sangat🤣 ke tumit I memang jenis keras gitu hahahaha



Bau dan warna foot balm ni bagi yang memang soothing dan calming. I suka bau dia sebab tak kuat. Baunya macam bau plum yang light dan tak peningkan kepala😂. Warna pun lawa light purple. Dalam produk ni ada shea butter, peppermint oil, plum extract dan tea tree oil😊
Oh ya, produk ni claims not tested on animals. So I rasa macam bagus jugak kan support product yang animal-cruelty-free hehe













Harga untuk foot balm ni I tak ingat pula sebab beli lama juga. Maybe RM 18 - 20 untuk 150mL. Boleh dapatkan di Watsons😉 oh sebelum lupa, tarikh luput foot balm ni 36 bulan lepas seal di buka tau😊 okey la setakat ni je nak share hehe kalau korang ada info, nasihat atau soalan apa-apa tentang produk ni, boleh komen kat bawah tau😊 I pun masih baru lagi dengan produk ni jadi review terhad berdasarkan pengalaman I je la 😂 tenkiu baca✨ !



03 September 2020

PENGALAMAN PERTAMA CUCUK ORANG

Assalamualaikum hi 😊


Harini kan first time I try buat prosedur injection. Okey je tapi berpeluh-peluh jugak tangan. Risau kawan sakit jugak kalau salah teknik. Kami memang kena practice injection dan kebetulan kena ambil suntikan Hep B sebelum masuk wad. Jadi lecturer kitorang ajar inject terus.  Best dapat pengalaman baruuu 🤩 alhamdulillah.


Letak gambar blur-blur je😝


I buat pada kawan I and then swap dia pulak inject I. Tapi okey je sebab lecturer ada untuk tengok teknik dan ajar😄. Semoga kawan I pun tak sakit dan menyesal la I injec🤣 Risau jugak kan hehe😝


Tu je nak cerita hehe kenangan ni tau😉


24 August 2020

XX SKIER : Achievement 2020 P1

 Hi assalammulaikum 😊

 

1 achievement accomplished. Alhamdulillah. All praises be to Allah✨




21.




Rutin skincare atau penjagaan muka (Basic skincare) 2020

 Hi assalamulaikum😊


I taknak tulis banyak-banyak. I nak terus letak je produk I guna. Produk- produk ni yang I akan pakai setiap hari. Yang lain sampingan kalau tak malas atau teringat untuk pakai😂 Senang untuk rujukan I sendiri nanti😂 I happy sangat dengan keadaan kulit I sekarang. Tak flawless pun tapi much more better dari dulu. Harapnya kekal lama lah😂





Best pakai ni. Walaupun awalnya tak yakin sebab biasa guna gel-type cleanser.








Best guna. No fragrance dan mineral oil sebab kulit I sensitif dengan bahan tu.







Dulu I pandang rendah pada dia😂 tapi rupanya yang ini work best on my skin. Gigih beli sunscreen berpuluh ringgit sebelum ni tapi tak sesuai dengan kulit😵







Malunya nak share. I hesitate nak share sebenarnya. Banyak kali fikir. Tapi takpa lah untuk kenangan gitu😅 ni ada foundation sikit-sikit rasanya (tak berani pakai banyak) + lipbalm/lipstick.








Sekarang😅 tak flawless pun tapi much better I rasa daripada dulu. Ni pakai foundation tak full coverage pun (sikit-sikit) + lipstick.






Tu je nak share😊 terima kasih baca byee









22 August 2020

REVIEW : MASCARA APA YANG BEST DAN MURAH? MASKARA SILKYGIRL BEST TAK?

Hi assalamualaikum😊


Lama tak tulis pasal review ni kan? Bila sekali tulis terus gian ha😂 okey, kalau perasan dalam previous post, I ada cakap I sempat beli barang time Guardian buat sale 50% tu.


Masa tu, I sempat la tengok barang-barang makeup. Walaupun rak dah banyak kosong, tapi tak apa lah. Kita tengok yang mana boleh sambar, kita sambar😂


So, masa tu I teringat lah maskara I dah nak kering dah. Habis😂 Tapi masalahnya masa tu, I blank taktau nak pilih brand apa. Maskara yang sebelum ni mak I yang belikan sebab I jarang nak pakai sangat jadi I paling tak tau nak pilih maskara apa yang sesuai. Satu trick yang I tau, pilih barang yang hampir habis orang beli. Sebabnya kalau tak bagus, kenapa habis cepat kan?🤭



Tengah cari-cari tu, I terpandang bahagian untuk brand silkygirl. Selalunya I tengok lipstick dia je sebab murah dan cantik-cantik(biasalah I kan #cheapskate😂) time tu I tertarik dengan packaging maskara tu. Mungkin sebab warnanya menyerlah. Warna kuning tau. Tinggal sebatang je😂. Kod 01. Tengok harga maskara silkygirl ni. Rm8+. Ngam. Sambar terus😂



Hahaha simple je trick I beli barang😂 sebabnya macam I cakap lah. Kalau tak elok, kenapa cepat habis. Memang lah murah kan tapi brand lain pun murah apa😅








Untuk maskara ni, bagi I just nice. Wajib guna eyelash curler dulu kalau bulu mata natural korang jenis tak lentik macam I😂 sebabnya kalau tak pakai curler, nanti dia jadi memanjang keras kedepan. Betul ni. I pakai raya first tapi tak ada eyelash curler. Redha je dia keras ke depan😅




Untuk tanggal tu, memang senang sangat. Tak ada sampai tercabut-cabut bulu mata. Guna micellar water dengan kapas muka. Tuang sikit micellar water ke kapas. Lepastu, kepit dekat eyelash. Biar sekejap dalam 30 saat macamtu, korang tarik slowly. Nanti smooth je dia keluar. Kalau guna pencuci muka confirm-confirm keluar jugak sebab sabun kan🤭 okey la bagi I kalau pakai pergi jalan-jalan lepastu singgah solat, nak cuci mekap pun cepat😊




Okey tu je nak share hihi😉 terima kasih baca blog ni😊