24 March 2019

MUET LISTENING EXAMINATION

Hi.

Disclaimer : Semua yang ditulis adalah berdasarkan 100% pengalaman I masa ambik MUET 2019.

Untuk MUET, korang kena buat speaking test dulu sebelum reading, writing dan listening test. So, untuk preparation yang I buat adalah sejak dua tiga hari sebelum test tu. First, I nak share untuk listening test dulu okey?

Untuk muet listening, baca dulu soalan dan hadam. Seriously, tolong baca dulu soalan tu. Bukan takat scanning je tau. Kena faham betul-betul. Sebab nanti korang senang nak predict apa yang akan korang dengar nanti.

Kalau dah hadam soalan tu, time audio dimainkan tu, korang senang nak tangkap point/jawapan kepada soalan tu.

Soalan dibahagikan kepada 3 part. Part 1 bagi I macam susah sikit sebab kena tulis ayat dan not more than 5 words. Part 2 was more easier bagi I. Maybe sebab topic dia lebih catchy kut. I dapat tajuk pasal insomnia ke apa ntah untuk part 2 ni. Part 3 was way more difficult. Sebab setiap dua soalan adalah audio yang berbeza.

Apa yang susah time ni adalah slang dia tu. I susah jugak lah nak faham tu. Tapi maybe sebab practice sebelum exam banyak tolong kut. Plus selalu jugak layan movie english so boleh la acah-acah faham kan😝

Lepas habis je audio last dimainkan kali kedua. Korang kena terus hantar paper. Tak boleh check jawapan dah. This means that waktu audio dimainkan kali kedua tu lah korang kena check jawapan korang. Sebab memang tak sempat dah.

Okey tu je yang I boleh share untuk MUET speaking test ni. Maybe I akan tambah lagi in the future😊

23 March 2019

REVIEW: HIRUSCAR GEL FOR SCAR BERKSESAN TAK?


Assalamualaikum hi😊


I baru beli Hiruscar yang kotak biru kuning tu. Tapi I beli yg kecik je untuk try. Rm19+ each. Sangatt kecik.


Awal tu I dah ambik kotak besar tapi mak I suggest ambik kecik dulu untuk try. Sebab I jenis kalau tak suka barang tu, I biar je tak terpakai. Jadi rugi la😝 so kita ikut cakap mak hehe


I baru tak sampai sebulan pakai. Truthfully, tak nampak lagi kesan. Scars still obvious nampak.


Oh lupa, skin I breakout lepas balik dari mandi pantai sebab masa seronok ber-swimming tu bot mana entah datang pastu keluar la minyak enjin dia. Kitorang yang mandi kat tepi pantai tu mana nak sedar. Dah naik tu baru nampak minyak-minyak tu😅


Lepas tu skin breakout teruk. Dan tinggal lah parut hitam-hitam tu. Balik uni untuk new sem muka dah macam naik merah-merah dengan pedihnya lagi 😅 So now, I on Hiruscar. Selalu tengok iklan dia kat socmed. Macam nak try. Hiruscar ni baru je masuk wishlist I. Selalunya nak dapat wishlist tu sebulan dan keatas baru dapat😂


Awal tu I compare kan dermatix dengan hiruscar. Nampak dermatix more convincing tapi packaging kecik tak ada pulak. So tukar lah ke hiruscar.


So nanti tengok lah macam mana. I akan update sini nanti insyaAllah.




UPDATE !!! (4/6/2019)
Tak work on me pun. Maybe untuk orang lain berkesan tapi untuk I tak. I come out dengan beberapa faktor yang mungkin sebabkan hiruscar gel ni tak berkesan dengan I.

1. I tak konsisten pakai 
2. Tangan tak bersih waktu pakai
3. Tak sesuai dengan kulit muka
4. Amount gel yang dipakai tak cukup


Dalam banyak banyak faktor tu, I rasa sebab I tak konsisten. Maybe I selang seli dengan ubat tretinon yang beli kat farmasi tu so it doesn't work like a magic for me😅


Sebenarnya dah beberapa tahun dok try and error ni, I baru sedar yang skincare ni, syaratnya kalau nak tengok hasil tu sama ada elok ke tak kena konsisten/istiqomah😅


So korang macam mana?😄


25 February 2019

LUPA ID/USERNAME ONLINE BANKING BANK ISLAM


Assalamualaikum hai😊

Tak tau lah I ni nak kata lupa, tak lupa sebab memang ingat semua ID akaun online banking yang ada. So I nak share lah sikit pengalaman I yang 'lupa' online id/password bank islam ni😂


I try log in banyak kali waktu cuti sem yang lepas. Tapi still tak boleh log in. Then I googled dan baca ada orang cakap kena call. I kan macam tak yakin sangat kalau nombor 03 semua ni (takut scammer ke apa) macam paranoid sikit.


Lepastu nampak kat FAQs di web official Bank Islam, kalau lupa ID boleh call 03 26 900 900 atau emel contact center.




I choose to email first. Waktu emel tu hari cuti😂 so I pun tak expect dibalas cepat. Then tak lama diaorang reply bagi option nak call nombor mana. I kan dah cakap I takut sikit bila nak call 03 ni. So I call yang contact center/hotline 24 hours je.

Baca juga : Cara Bayar Yuran UiTM Guna ATM

First nanti ada macam robot eh ke rakaman suara entah tak tau nak explain. (update April2020 : system operator namanya😂 thanks orang  yang komen kat bawah ni)


So korang tekan la ikut pilihan korang. Contohnya tekan keypad 1 untuk bahasa Melayu, tekan keypad 2 untuk English. Lepas tu akan ada lagi arahan lain yang korang perlu ikut. Contohnya tekan untuk IC number. Dah settle korang tunggu sekejap untuk cakap dengan pegawai bank.


I dapat pegawai perempuan yang cakap laju 😂 dah la call tu pagi - pagi. Nasib baik boleh tangkap arahan dia. Dia akan tanya soalan peribadi kat korang so korang kena get ready tau. Lepastu tu dia suruh cuba log in balik sebab account I kena block sementara sebab tak ada aktiviti since last 6 months.


So dia cakap even ID masuk betul pun still tak boleh log in. Kalau korang betul-betul lupa ID, dia akan reset balik untuk korang buat lain. Tapi untuk I, I cakap I ingat dan tak boleh log in. So dia cakap akan unblock account untuk I try log in. Kalau tak boleh jugak / lupa kena call balik sekali lagi untuk reset.

So apa yang boleh I bagitau

1. Please log in online banking korang selalu untuk tak di block
2. Kalau 6 bulan tak aktif, kena block sementara.
3. Kalau 1 tahun tak aktif, kena block terus
4. Tolong ingat details waktu korang daftar online banking.


Okey korang, kalau ada apa-apa soalan/info / nasihat boleh komen kat bawah so that ramai orang boleh dapat info sama-sama😊 thanks korang bye salam.


20 February 2019

NAK PILIH BIOLOGI KE FIZIK ?


Assalamualaikum hai😊

Sebelum ni I ingat dilema pilih bio, fizik, akaun, seni ni habis lepas Form 4. Tapi nope ! Bawak sampai zaman diploma haha

Okey macam ni, pengalaman I untuk pelajar diploma sains AS120, bila dah nak masuk sem 4 kena pilih whether nak further bio atau physics.

Ada sesetengah pelajar masih pening lagi nak ambik apa. Kalau I, I memang dah pilih dari awal nak further biologi sebab I tau, diri I memang tak boleh carry physics😅

Apa yang boleh I cakap, first thing, bertenang. Ambik kertas dan pen. Kalau malas, bukak notes kat phone pun boleh. Lepas tu list pro dan cons kedua aliran tu.


1. You boleh handle tak subjek tu nanti?
2. You minat aliran apa?
3. You boleh siapkan assignment tu tak kalau tak ada orang tolong?
4. You boleh handle lab experiment(kalau ada) tak ?
5. You selalu score subjek yang mana?
6. You okey tak (stress) kalau ada pressure dari subjek tu?
7. You suka mengira ke menghafal ?
8. You cekap math tak? (selalunya physics kena laju sikit kalau nak kira-kira ni)
9. You suka formula ke theory?
10. You rajin mengulang hafal tak?


And the list go on. I bagi contoh je tu.


Bagi I biologi ni lebih dinamik, setiap hari ada benda baru sebab kita belajar benda hidup. Berbanding fizik, fizik dinamik juga yapi lebih kepada bersifat fixed yang mana ada formula-formula perlu di guna.

Its okey, ambil masa. Fikir betul-betul. Semua ilmu bermanfaat yang dibelajar ni berguna dalam hidup tau😉


Setiap kali, jawapan korang cenderung ke arah physics/bio, korang tick la kertas pro and cons physics/bio korang tu.


Ni contoh experiment yang korang akan buat kalau korang masuk diploma AS120 biology branches. Group I swab raw sample dari door knob lab kitorang guna, straight to agar medium😂 Tempoh incubation 1 week rasanya. Tak ingat dah sebab lama. Best gila. 


Yang korang nampak tompok hitam tu adalah colony of microbes. Haa so dah berani pegang macam-macam tanpa basuh tangan pastu terus makan ke?😝 tu baru guna satu swab (swab tu macam putik kapas yang korek telinga kecik tu je). Bayangkan tangan kita haaa😂


Lepas tu tengok yang mana lagi banyak. Setakat ni je yang I boleh tolong. Apa pun, korang lagi kenal diri korang. Dan jangan lupa minta pendapat orang terdekat macam family members ke. Goodluck !



17 February 2019

DIY Compressed Mask Jenama Watsons

Hi.

I ada habit tau lepas keluar pergi mana-mana( I pakai make up waktu keluar), I malas betul nak cuci. Tambah lagi kalau pakai sunscreen je dan tak pakai foundation pun. So, tak lama lepas tu naik la jerawat kecik besar semua ada. Kalau time cuti tu lagilah pemalas. Muka pun cuci gitu-gitu je.

Kulit I pulak jenis berminyak dan kalau cuaca panas, kulit bahagian pipi macam mengelupas sikit. Dan I tau skincare jenis hydrating lah yang paling penting time tu. Baru tau gelabah( tapi tak serik-serik😂). 

Baru ni I ada pergi Watsons untuk topup barang sebab hampir tiga empat bulan tak masuk Watsons(jimat duit weh sebab student lagi niii). Pusing-pusing dalam tu I nampak compressed mask. Brans Watsons. Not bad. Boleh try lah.




So basically, total ada 15 mask yang di-compressed sampai jadi macam bentuk bola kecik. Harganya RM 4+.

I bahagi dengan mak I so dapat la sorang sikit. Serius jimat okey guna cara ni. Korang bayangkan satu mask je dah boleh cecah Rm 4 ke atas. Ni kalau buat sendiri jimat lah. Dan boleh pakai selalu. 

Tapi I tak nafikan yang memang berbeza lah effect mask yang dah siap sedia dengan mask DIY ni. Yang penting, korang kena alert dengan skin needs korang.

So macam mana nak buat DIY dengan compressed mask ni ?

Jangan risau ada banyak options untuk solutions yang korang boleh rendam compressed mask ni. Lepas rendam, korang buka lah compressed mask tu slow-slow.

1. Timun ( gel ke air ke terpulang lah)

2. Aloe vera (okey yang ni best tambah lagi kalau muka burn kan)

3. Toner (kalau toner korang jarang pakai, boleh la guna daripada terbazir sia-sia je)

4. Essence water( alaa sayangnya tapi kalau korang jarang pakai boleh la guna yang ini)

5. Rose water/air mawar ( wangiii je lepas pakai)

So setakat tu je dulu yang boleh I share. Thanks sudi baca.