19 November 2018

TIPS : INTERVIEW SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)


Asalamualaikum haii😊


ni dekat pusat temu duga SPA Alor Setar,Kedah.

So untuk dapat panggilan interview, first sekali MESTI kena apply dulu SPA8i. Pilih jawatan apa yang kita nak. Then, tunggu panggilan interview. Jadi, kalau dah dipanggil untuk interview tu apa yang kita kena buat ?

FIRST thing kena buat adalah prepare mentally dulu. Sebab kita kena tenang dan tak boleh gelabah waktu hari interview tu. Kita mesti kena nampak tenang dan well prepared supaya nampak yakin dan matured.

NOTES/INFORMATION

Sangat wajibbbb. Sebab nanti kalau interviewer tanya soalan berkaitan jawatan yang dipohon tu kita nak jawab apa kalau tak tahu. Contohnya, kalau mohon jawatan Penolong Pegawai Perubatan(MA). Mungkin interviewer boleh tanya, apa tugas MA? pakaian rasmi MA? MA boleh diagnose pesakit ke dan macam-macam lah. Jadi, untuk selamatkan diri daripada terkaku waktu ditanya soalan, prepare diri dua tiga hari sebelum hari interview.

DOKUMEN DIRI/RESUME

Bila dapat tawaran interview, pihak SPA akan emailkan senarai dokumen yang perlu dibawa bersama.  Tolong dapatkan satu clear folder untuk masukkan dokumen tu semua. Jangan pulak pakai pocket file yang colour-colour 50 sen tu. I/C tu penting. Letak sekali dalam clear folder. Sediakan jugak dua tiga paper clips dan pen HITAM kalau-kalau nak guna. Kenapa pen hitam? Pen berwarna hitam adalah untuk tujuan formal. Semak semula dokumen-dokumen tu. Jangan jadi macam orang yang menulis ni. Lupa bawak sijil kelahiran hahaha.. ingat tau, prepare betul-betul.

PAKAIAN

Lepas settle semua kat atas, baru tengok baju apa yang sesuai nak pakai waktu interview. Saya share banyak untuk perempuan je tau. Bagi perempuan, sebaiknya pakai tudung bawal. Simple dan kemas. Shawl, pashmina dan sebagainya kurang sesuai sebab nampak lebih kasual. Baju pulak, jangan ada yang berani pakai jeans. Haritu ada yang yang kena halau dengan guard sebab pakai jeans.

Untuk perempuan, baju kurung biasa would perfectly do. Tak payah fesyen-fesyen sangat sebab first impression penting. Nanti interviewer kata ni fashion show ke apa hahaha tapiii tak fesyen pun kena jugak nampak kemas. Untuk warna baju, pastel colours are the best. Jangan pakai gelap-gelap sangat atau striking sangat. Yang okay-okay je. Kasut sebaiknya jenis bertutup dan warna hitam/gelap.

Satu tips yang saya dapat dari 'Mock Interview' waktu sekolah dulu(lebih kuranglah. Saya pun ingat-ingat lupa), kalau baju kurung bercorak, pastikan corak tu jenis tersusun/menjalar dan sedikit je coraknya. Jangan pilih baju yang corak serabut dan banyak.

Haa.. lagi satu kalau korang mohon jawatan yang berkaitan dengan kesihatan, pastikan BMI normal. Sebab peluang agak tipis kalau sebaliknya(saingan banyak dan sebagainya). Jadi, itu je lah. Goodluck !

Bye salam

26 October 2018

TIPS : AS120 BIOLOGY SEMESTER 3 SUSAH TAK?

Hai

Semester 3 ni dia banyakkk sangat sangat untuk subjek Biology. Dulu, code dia BIO260 tapi batch baru ni kena tukar jadi BIO270. Susah pun ye jugak. Tapi sebenarnya kalau diikutkan apa benda je yang tak susah kalau kita nak mendalami tu. So, untuk yang baru nak kenal, nak study siap-siap sebelum semester baru start tu, goodluck !


EXCRETORY SYSTEM

Homeostasis

Definition - maintenance of a constant internal environment when dealing with external changes.

(maksudnya kat sini, homeostasis ni adalah satu cara untuk maintain environment dalam badan kita bila berlaku perubahan di luar badan. Nanti kita terangkan lagi so baca dulu).

Three components of homeostatic control system
- receptor
- control center
- effector

(ni semua kira components wajib dalam system ni. Jadi, kalau one of them tak ada so tak complete lah system ni)

Regulatory mechanism
- negative feedback
- positive feedback

Example of homeostatic regulation
- thermoregulation
- glucose regulation
- osmoregulation
- excretion

(ini siap kena illustrate lagi. kalau pandai melukis tu kira bonus lah)

Definition of:
- osmoconformers
- osmoregulators
- stenohaline
- euryhaline


okey sampai sini dulu lah. bye !




16 September 2018

TIPS: STUDENTS SELALU BUAT APA JE DI UNI?




Students sini sama je macam students lain.  Berbeza sikit - sikit saja.

So harini saya share gambar-gambar yang mana ada dalam phone dulu.  Sebenarnya banyak je lagi memories yang diambil tapi dalam phone orang lain. Alahaii



Movie night. Selalunya malam-malam kumpul ramai-ramai. Ee seronoknya !
Tapi saya dan roommate akan tengok half movie waktu makan. Ambik feel macam kat rumah sambil makan tengok tv. 


Ini masa dalam bilik. Nampak pink light kan? Sebab roommate bawa lampu tidur warna pink ! Lawa je bilik rasa. 


Ini adalah bae. Saya dan junk foods tak dapat berpisah. Ralit makan sampai tak sedar dah habis the whole keropok sorang-sorang. 



Kawasan parking kereta tepi kolej. Seberang sana ada banyak pokok kelapa. Risau jatuh atas kereta.  Tambah-tambah atas kepala hahah


Ambik gambar story orang je hahaha. Lawa kan warna dia?  Ini loker baru. Loker besi untuk ganti loker kayu yang tak ada kayu kat bahagian belakang hahahaha


Makanan lagi.  Oh sini ada kedai coklat tau. Best dan yang penting ada port untuk ambik gambar yang lawa !



Dekat dengan lecture theatre dan library.



Sini dekat dengan kedai Mr. Diy


Ini masa nak celebrate birthdate kawan. Last minit punya plan. Tau pukul 9 macam tu terus call org minta tolong belikan.  Dan taraa makan kek malam-malam ! Hahaha


Ini hadiah birthday saya yang roommate  bagi. Wohooo


Tunggu lecturer lambat masuk. Dan wifi pulak laju hahahaha apalagi download itu ini la


Ini scenery waktu malam.


Pagiiiii. Lampu jalan pun tak padam lagi dah pergi kelas hahaha


Kipas ada dua. Lampu total 4. Kalau musim hujan bukak satu kipas je. Tak tahan sejuk hahaha

Okay itu je bye. 

11 September 2018

TIPS : AS120 BIOLOGY SEM 3


Hai assalammulaikum

Okay untuk sem 3 code course untuk biology dah bertukar. Kalau sebelum ni Bio260 tapi sekarang dah tukar Bio270. Jadi past years paper memang tak ada kalau cari pun. Bio260 adalah biological systems while bio270 adalah animal and plants physiology.  I find it quite interesting.

Awak akan belajar structure dalam badan ikan contohnya, katak, manusia dan macam-macam la. Seronok tau. Saya punya notes dari lecturer memang superb gambarnya. Macam real je dengan colour terangnya.

Ingat tau apa awak belajr di sem 1 dan sem 2 berkait sampai lah awak habis semester. Contohnya sem 2 belajar Kreb's cycle kan..  Waktu sem 3 pun dia masuk sikit. So kalau awak tahu awak kurang faham dari awal,  cepat-cepat minta tolong lecturer untuk terangkan balik pada awak. Lecturer tak makan orang.

Kalau takut jugak, cari kawan. Ada yang ajar laju. Jadi cari kawan yang boleh ajar awak sesuai dengan momentum awak. InsyaAllah awak boleh.

Oh lupa,  untuk Bio270 ada 13 chapters untuk dihabiskan. Kalau sebelum ni Bio260, ada 14 chapters. Diorang kurangkan satu chapter saja. Takpe lah asalkan yakin insyaAllah boleh lulus cemerlang aamiin

Okeytujebye

07 August 2018

TIPS : MASUK UITM?! MACAM MANA NIII (PART 1)



Assalamualaikum hai

Harini saya nak share pasal pengalaman saya belajar di Uitm. Lebih spesifik di Uitm Perlis. Okay Perlis ada satu je Uitm. Tapi dengar dengar mungkin masa kedepan akan dibina satu lagi. Taktahu lah kebenarannya. Hmmm saya share pengalaman tak seberapa saya ni dulu, nanti insyaAllah saya share tips study di sini pulak.  InsyaAllah 🌼

Uitm Perlis ni antara uitm yang paling tua tapi takde lah berhantu pun hahaha jangan risau.  Kalau kena gaya, insyaAllah takde apa apa sampai habis belajar 😊 oh ya Uitm Perlis adalah zon bebas asap. Jadi tak boleh merokok dan bakar sampah. Semua orang hormat peraturan ni. Jadi untuk yang baru mula belajar di sini tolong take note okay ☺

Di sekitar Uitm ni paling popular CMart Arau lah untuk beli macam macam. Nanti bila bila saya share tempat yang best di sini. Kalau nak lagi jauh boleh naik train pergi Aman Central di Kedah hehe

Di Uitm Perlis, secara totalnya ada 4 Cafe (termasuk Cafe di kolej perempuan). Cafe Chu,  Cafe Apple, Cafe Dahlia/Bangchik(di kolej perempuan) dan Cafe Damai/Mangga. Selalunya orang paling suka Cafe Apple dan Cafe Mangga. Memang sedap rasa addictive sangat. Harga pun murah je berbanding di luar. Saya nampak ramai pensyarah sarapan di dalam Uitm terutama di Cafe Mangga sebab dekat dengan pejabat pentadbiran.

Untuk pengangkutan,  jangan risau. Di sebelah Cafe Apple ada satu kawasan lapang untuk teksi teksi. Cakap saja mana awak nak pergi,  pakcik tu akan bawa. Dulu,  stesen teksi di sebelah Cafe Mangga tapi atas sebab tertentu diorang diberi tempat baru. Oh ya, Grab pun ada tau. Cuma berita buruknya,  Grab hanya boleh hantar sampai ke Gate A atau Gate B sahaja.  Diorang dilarang masuk sebab orang luar.  Uitm Perlis sangat menjaga kemasukan orang kedalam kawasan universiti. Ada polis bantuan yang bertugas di pos kawalan .

Itu sebabnya saya rasa selamat di universiti ini berbanding universiti lain. Pengangkutan lain adalah student cab! Student cab ni maksudnya student di uitm yang ada kereta akan buat perkhidmatan seperti teksi. Tapi pihak Uitm dah larang perkhidmatan ini sebab katanya tiada insurans jika berlaku apa apa. Bayarannya tak semahal teksi tapi tak semudah Grab.

 Oh ya polis bantuan juga akan saman sesiapa yang berpakaian ketat,  tak memakai kad matrik, dan sebagainya.  Maksudnya sesiapa yang tak ikut sahsiah rupa diri yang ditetapkan Rm 50 bakal terbang dari beg duit anda 😂

 Untuk port lepak pulak selalunya dia Mushroom.  Haaa mesti pelik kenapa pulak cendawan 😂 sebab di sini ada satu tempat yang bentuk macam cendawan. Kira macam ruang legar gitu tapi ada setengah bahagian yang disediakan kerusi dan meja. So kalau ada group assignments campur lelaki  perempuan, kebanyakan discussion dibuat di sini. Waktu akhir aktiviti di Mushroom adalah jam 11 malam kalau tak salah.

Kolej paling dekat dengan blok akademik (untuk kolej perempuan) adalah kolej Kesinai. Kesinai adalah kolej lama yang baru jugak di-renovate dan yang g bestnya sebelah dia Cafe Chu. Ok la setakat ni dulu saya share. Nanti sambung part 2 pulak 😉 gambar takde banyak yang cantik so nanti je lah kita share byeee