Hai
Semester 3 ni dia banyakkk sangat sangat untuk subjek Biology. Dulu, code dia BIO260 tapi batch baru ni kena tukar jadi BIO270. Susah pun ye jugak. Tapi sebenarnya kalau diikutkan apa benda je yang tak susah kalau kita nak mendalami tu. So, untuk yang baru nak kenal, nak study siap-siap sebelum semester baru start tu, goodluck !
EXCRETORY SYSTEM
Homeostasis
Definition - maintenance of a constant internal environment when dealing with external changes.
(maksudnya kat sini, homeostasis ni adalah satu cara untuk maintain environment dalam badan kita bila berlaku perubahan di luar badan. Nanti kita terangkan lagi so baca dulu).
Three components of homeostatic control system
- receptor
- control center
- effector
(ni semua kira components wajib dalam system ni. Jadi, kalau one of them tak ada so tak complete lah system ni)
Regulatory mechanism
- negative feedback
- positive feedback
Example of homeostatic regulation
- thermoregulation
- glucose regulation
- osmoregulation
- excretion
(ini siap kena illustrate lagi. kalau pandai melukis tu kira bonus lah)
Definition of:
- osmoconformers
- osmoregulators
- stenohaline
- euryhaline
okey sampai sini dulu lah. bye !
26 October 2018
16 September 2018
TIPS: STUDENTS SELALU BUAT APA JE DI UNI?
Students sini sama je macam students lain. Berbeza sikit - sikit saja.
So harini saya share gambar-gambar yang mana ada dalam phone dulu. Sebenarnya banyak je lagi memories yang diambil tapi dalam phone orang lain. Alahaii
Movie night. Selalunya malam-malam kumpul ramai-ramai. Ee seronoknya !
Tapi saya dan roommate akan tengok half movie waktu makan. Ambik feel macam kat rumah sambil makan tengok tv.
Ini masa dalam bilik. Nampak pink light kan? Sebab roommate bawa lampu tidur warna pink ! Lawa je bilik rasa.
Ini adalah bae. Saya dan junk foods tak dapat berpisah. Ralit makan sampai tak sedar dah habis the whole keropok sorang-sorang.
Kawasan parking kereta tepi kolej. Seberang sana ada banyak pokok kelapa. Risau jatuh atas kereta. Tambah-tambah atas kepala hahah
Ambik gambar story orang je hahaha. Lawa kan warna dia? Ini loker baru. Loker besi untuk ganti loker kayu yang tak ada kayu kat bahagian belakang hahahaha
Makanan lagi. Oh sini ada kedai coklat tau. Best dan yang penting ada port untuk ambik gambar yang lawa !
Dekat dengan lecture theatre dan library.
Sini dekat dengan kedai Mr. Diy
Ini masa nak celebrate birthdate kawan. Last minit punya plan. Tau pukul 9 macam tu terus call org minta tolong belikan. Dan taraa makan kek malam-malam ! Hahaha
Ini hadiah birthday saya yang roommate bagi. Wohooo
Tunggu lecturer lambat masuk. Dan wifi pulak laju hahahaha apalagi download itu ini la
Ini scenery waktu malam.
Pagiiiii. Lampu jalan pun tak padam lagi dah pergi kelas hahaha
Kipas ada dua. Lampu total 4. Kalau musim hujan bukak satu kipas je. Tak tahan sejuk hahaha
Okay itu je bye.
11 September 2018
TIPS : AS120 BIOLOGY SEM 3
Hai assalammulaikum
Okay untuk sem 3 code course untuk biology dah bertukar. Kalau sebelum ni Bio260 tapi sekarang dah tukar Bio270. Jadi past years paper memang tak ada kalau cari pun. Bio260 adalah biological systems while bio270 adalah animal and plants physiology. I find it quite interesting.
Awak akan belajar structure dalam badan ikan contohnya, katak, manusia dan macam-macam la. Seronok tau. Saya punya notes dari lecturer memang superb gambarnya. Macam real je dengan colour terangnya.
Ingat tau apa awak belajr di sem 1 dan sem 2 berkait sampai lah awak habis semester. Contohnya sem 2 belajar Kreb's cycle kan.. Waktu sem 3 pun dia masuk sikit. So kalau awak tahu awak kurang faham dari awal, cepat-cepat minta tolong lecturer untuk terangkan balik pada awak. Lecturer tak makan orang.
Kalau takut jugak, cari kawan. Ada yang ajar laju. Jadi cari kawan yang boleh ajar awak sesuai dengan momentum awak. InsyaAllah awak boleh.
Oh lupa, untuk Bio270 ada 13 chapters untuk dihabiskan. Kalau sebelum ni Bio260, ada 14 chapters. Diorang kurangkan satu chapter saja. Takpe lah asalkan yakin insyaAllah boleh lulus cemerlang aamiin
Okeytujebye
07 August 2018
TIPS : MASUK UITM?! MACAM MANA NIII (PART 1)
Assalamualaikum hai
Harini saya nak share pasal pengalaman saya belajar di Uitm. Lebih spesifik di Uitm Perlis. Okay Perlis ada satu je Uitm. Tapi dengar dengar mungkin masa kedepan akan dibina satu lagi. Taktahu lah kebenarannya. Hmmm saya share pengalaman tak seberapa saya ni dulu, nanti insyaAllah saya share tips study di sini pulak. InsyaAllah ๐ผ
Uitm Perlis ni antara uitm yang paling tua tapi takde lah berhantu pun hahaha jangan risau. Kalau kena gaya, insyaAllah takde apa apa sampai habis belajar ๐ oh ya Uitm Perlis adalah zon bebas asap. Jadi tak boleh merokok dan bakar sampah. Semua orang hormat peraturan ni. Jadi untuk yang baru mula belajar di sini tolong take note okay ☺
Di sekitar Uitm ni paling popular CMart Arau lah untuk beli macam macam. Nanti bila bila saya share tempat yang best di sini. Kalau nak lagi jauh boleh naik train pergi Aman Central di Kedah hehe
Di Uitm Perlis, secara totalnya ada 4 Cafe (termasuk Cafe di kolej perempuan). Cafe Chu, Cafe Apple, Cafe Dahlia/Bangchik(di kolej perempuan) dan Cafe Damai/Mangga. Selalunya orang paling suka Cafe Apple dan Cafe Mangga. Memang sedap rasa addictive sangat. Harga pun murah je berbanding di luar. Saya nampak ramai pensyarah sarapan di dalam Uitm terutama di Cafe Mangga sebab dekat dengan pejabat pentadbiran.
Untuk pengangkutan, jangan risau. Di sebelah Cafe Apple ada satu kawasan lapang untuk teksi teksi. Cakap saja mana awak nak pergi, pakcik tu akan bawa. Dulu, stesen teksi di sebelah Cafe Mangga tapi atas sebab tertentu diorang diberi tempat baru. Oh ya, Grab pun ada tau. Cuma berita buruknya, Grab hanya boleh hantar sampai ke Gate A atau Gate B sahaja. Diorang dilarang masuk sebab orang luar. Uitm Perlis sangat menjaga kemasukan orang kedalam kawasan universiti. Ada polis bantuan yang bertugas di pos kawalan .
Itu sebabnya saya rasa selamat di universiti ini berbanding universiti lain. Pengangkutan lain adalah student cab! Student cab ni maksudnya student di uitm yang ada kereta akan buat perkhidmatan seperti teksi. Tapi pihak Uitm dah larang perkhidmatan ini sebab katanya tiada insurans jika berlaku apa apa. Bayarannya tak semahal teksi tapi tak semudah Grab.
Oh ya polis bantuan juga akan saman sesiapa yang berpakaian ketat, tak memakai kad matrik, dan sebagainya. Maksudnya sesiapa yang tak ikut sahsiah rupa diri yang ditetapkan Rm 50 bakal terbang dari beg duit anda ๐
Untuk port lepak pulak selalunya dia Mushroom. Haaa mesti pelik kenapa pulak cendawan ๐ sebab di sini ada satu tempat yang bentuk macam cendawan. Kira macam ruang legar gitu tapi ada setengah bahagian yang disediakan kerusi dan meja. So kalau ada group assignments campur lelaki perempuan, kebanyakan discussion dibuat di sini. Waktu akhir aktiviti di Mushroom adalah jam 11 malam kalau tak salah.
Kolej paling dekat dengan blok akademik (untuk kolej perempuan) adalah kolej Kesinai. Kesinai adalah kolej lama yang baru jugak di-renovate dan yang g bestnya sebelah dia Cafe Chu. Ok la setakat ni dulu saya share. Nanti sambung part 2 pulak ๐ gambar takde banyak yang cantik so nanti je lah kita share byeee
06 August 2018
REVIEW : TRETINON / RETIN A CREAM UNTUK JERAWAT ? BEST KE?
Assalamualaikum hai๐
Harini saya nak share pasal TRETINON cream atau 'kembar' dia Retin A cream yang katanya untuk pimples. TRETINON cream ni dipasarkan di Malaysia sekarang.
AMARAN : TRETINON cream ni teratogenic dan tak sesuai untuk pregnant woman. Pregnancy also must be avoided during treatment.
Saya cerita dari pengalaman saya dengan kawan saya. Okay, waktu saya di semester 2 diploma, saya temankan kawan saya jumpa dengan doktor sebab muka breakout . Alang alang teman tu, saya pun nak tanya jugak produk dan makanan yang sesuai untuk kulit yang bersih.
Sembang punya sembang, doktor bukak komputer dia then tunjuk gambar macam di bawah ni. Tapi untuk cream ni ada percentage yang berlainan. Saya kena pakai yang percentage paling rendah sebab muka saya pimples tak banyak dan okay sikit compared to kawan saya yang mukanya breakout.
Doktor tunjuk gambar ni dan suruh pergi farmasi sebab dekat klinik tu takde stok cream ni. Tapi bila pergi farmasi, pharmasict kata ini packaging lama dan dah tak dihantar ke Malaysia lagi dah.
Pharmasict tu kata ada cream lain yang sama fungsi dengan Retin A cream. Dan taraaa.. namanya TRETINON. Sama je dengan Retin A cream tu. Memang sekarang stock ni je yang sampai ke Malaysia. Sadly, ini je percentage yang ada. Takde 0.025%. Ada 0.05% saja.
Ni belakang packaging dia. Untuk pregnant woman tak boleh pakai tau. Effect dia sampai ke baby. Nampak tak yang racun dia kuat huhu... Untuk yang nak conceived baby pun tak boleh pakai tau. Kalau dah pakai, at least 4 weeks atau lebih kena stop pakai. Takut baby cacat.
Kecik je tapi worth it sebab sikit je pakai kat tempat jerawat. Lupa nak ambil gambar cream tu. Warna dia slightly turquoise-putih dan bau dia a bit kuat. Bau ubat yang macam menusuk sikit.
Belakang tube tu ada ingredients list, directions cara guna semua.
Cara pakainya, letak cream ni dekat tempat jerawat sahaja. Jangan letak satu muka pulak ๐ saya apply guna cotton bud tau. Tak guna jari sebab takut sumbang lagi banyak bacteria ke jerawat tu ๐ Doktor pesan supaya pakai waktu malam sahaja sebab kalau pakai waktu siang, kulit react to sunlight (More exposure lepas tu akan sunburn).
Kesannya, esok tu jerawat jadi lembut (serius ni memang kulit jerawat jadi menipis) jadi senang tak payah picit jerawat kuat kuat sampai tinggal kesan. Kadang tu, lap muka terkuat sikit dengan tuala pun jerawat pecah ๐
mungkin bergantung pada kulit muka masing-masing jugak. Kadang effect dia untuk setengah orang hanya berkesan untuk jerawat saiz besar sahaja. Untuk yang muka breakout, mungkin boleh cuba ๐
Oh ya, saya perasan TRETINON cream ni tak mengeringkan jerawat pada muka saya. Dia lebih kepada menipiskan kulit jerawat supaya senang nanah keluar tanpa kesan picit. Apa pun saya suggest supaya dapatkan nasihat doktor cepat-cepat kalau rasa muka jadi breakout. Kadang kita tak tahu mungkin ada setengah chemicals yang terkandung dalam produk tu tak sesuai dengan kulit. Jadi, mungkin consultation doktor dapat bantu awak☺
Harganya RM18 saya beli di Perlis. Rasanya sama je harga di semua farmasi. Ingat ye, pregnant woman TAKBOLEH pakai TRETINON CREAM ni sebab dia TERATOGENIC. Bahaya kepada baby.
UPDATE !!!! (June2020)
I still guna kalau ada jerawat besar-besar naik. So, semalam I letak sikit dekat jerawat yang baru nak naik(berdenyut dan merah๐). Esoknya tu I check kulit bahagian jerawat tu dah macam 'lembut' sikit. Orang kata dah 'masak' haa sebab I dah boleh nampak exudate warna kuning tu ๐
Sepatutnya, krim ni pakai waktu malam. Tapi tak tahan berdenyut dan ada rasa sakit la jugak๐
I pakai je terus tak kisah siang. Okey la, walaupun bau dia 'tajam' sikit. Oh, I tak letak gambar tau sebab jerawat tu naik dekat bahagian anak rambut๐
Okey tu je nak share. Sorry panjang sikit tulis. Thanks baca kind-souls๐
Disclaimer : I am not a doctor, pharmasict or anyone who has professional skills in beauty fields. I am just a beauty enthusiast who loves sharing about beauty related things. Do share or communicate with me at nabilahzaini894@gmail.com . I love to learn and share with others ๐ผ This reviewed products is not sponsored. I bought this product 100% using my own money and this is written with my own ideas ™
Subscribe to:
Posts (Atom)
















