22 December 2020

Review : Kedai cermin mata best

 

Hi😊


Sepanjang I buat cermin mata, ada a few shops yang I pergi tapi ada 1 je yang memang I selesa dan puas hati. Lain individu lain cita rasa kan hehe



Its Focus Point✨ (ni bukan review berbayar tau). Kedai spek ni bagi I memang tak boleh lawan. Best gila stok dia. Cantik. Servis pun okey dan spek pun cepat siap😅 But overall, semua okey 💯





Baru ni I pergi satu kedai Focus Point ni cawangan kedah. Servis pun okey😊. Stok pun banyak yang cantik. Tapi yang warna I nak habis pula. So, awal tu pilih je yang ada. Sebab I nak guna cepat dan kalau tunggu stok baru datang tak pasti bila katanya. Pendek cerita, a few hours lepas tempah tu staf situ call cakap stok spek yang nak tu ada. Rezeki betul✨ 





Spek pun siap pun cepat. I rasa dalam 5 - 6 hari je siap😊 Maybe tak banyak request kut musim covid ni so siap cepat sebab kalau tak salah di kedah pun banyak cawangan Focus Point ni so survey dulu tau kalau korang nak siap cepat. Sejujurnya I recommend Focus Point ni kalau korang nak buat spek sebab puas hati. Pakai lama 3 - 4 tahun pun elok lagi spek tak ada patah ke reput apa😂


Setakat ni je dulu I share ye korang. Kalau korang ada info, nasihat, komen ke, korang boleh tulis di bawah😊 terima kasih membaca, kind souls✨




18 December 2020

REVIEW : NIXODERM BEST KE? KRIM NIXODERM OKEY TAK?


Hi assalamualaikum😊


I can't recall actually dah buat review ke belum tentang krim Nixoderm ni. Jadi, I buat je la incase belum(malas nak scroll cari sebenarnya😂). Sebenarnya I dah pakai lama tau Nixoderm ni sebab tu jadi tak sure dah buat atau belum review😆


So, bagi I Nixoderm ni kan best sangat pakai. I dapat tahu pasal Nixoderm ni dari kawan I. Tapi concern I masa tu bukan jerawat/ pimples tapi ruam kecik- kecik tu. Bila naik ruam tu I rasa tak selesa terutama bila berpeluh dan panas. Fuhh, mencabar betul. Nak garu kuat-kuat takut tinggal parut pulak😂


So kawan I suggest beli Nixoderm. Lepastu, I dapat tahu yang Nixoderm ni untuk pimples jugak. I pun awal tu hesistate eh banyak pulak fungsi dia ni betul ke berkesan😆


Long story short, I beli di Guardian kalau tak salah. Waktu I beli tu, tinggal a few kotak je di rak. Seingat I, ada 2 saiz. Satu saiz kecik dan satu saiz besar. I ambik saiz kecik (5.34g NET) sebab I fikir guna untuk ruam time gatal je😂 cukup la kan. Tambah pulak I baru nak try dan takut tak sesuai dengan I.


Tapi rupanya berkesan okey😉 harga pun bagi I mampu milik. Seingat I dalam RM 8+ untuk saiz kecik (I tak ingat sangat sorry tau). Nixoderm ni kan I guna untuk pimples jugak. I pakai waktu malam. Selalunya 2-3 hari jerawat dah kecut🤩


 
Lighting gambar tak membantu hence the low quality picture😆 



Active ingredients :


Benzoic acid 6% w/w , salicylic acid 2.5% w/w, precipitated sulphur 4.6% w/w (no wonder ada rasa tekstur biji-biji sikit😄)


PROS:


1. Berkesan untuk ruam dan jerawat (kesan mungkin berbeza untuk lain individu. What work on me doesn't means work for you😉)


2. Saiz kecik jadi senang simpan dalam beg dan mudah bawak travel🤩


3. Krim kegunaan luar badan. Lega tak payah kena telan ke apa hahahaha😝


4. Kegunaan banyak untuk 1 krim Nixoderm. Contohnya, it claims for pimples, blackheads, itching, ringworm on skin.



CONS :


1. Bau tak best. Stress kalau jerawat naik area hidung sebab bila pakai Nixoderm ni bau dia jadi kuat😂




Okey, bagi I tu je cons dia. Hahaha bau dia I tak suka. Tapi its okey sebab its not that bad. Boleh tahan lagi. Okey lah, setakat ni je I boleh share. Kalau ada apa-apa info/ nasihat/soalan, boleh komen di bawah tau😉 thanks for reading kind souls😊✨



Tips : kalau nak try krim ni sesuai atau sebaliknya dengan kulit, better beli saiz kecik dulu. Jadi, tak rugi sangat kalau tak sesuai😁 Tapi I rasa worth it beli ni sebab I guna untuk 2 fungsi ; ruam dan jerawat✨ (funfact: I ada krim tretinon dan nixoderm sebagai krim jerawat I dan krim tretinon tu I dah buat review )



01 December 2020

Memories : pre - OSCE 2020



Hi assalamualaikum😊


Just thought of blogging about the pre- OSCE ( nanti I cerita pasal OSCE kalau ada masa + tak malas😝)

These were times when we spending time together ; eating+ window shopping before we're going busy practicing the OSCEs procedures. I would say its like a 'tradition'; going out to release the stress on exams. So ya, there goes these pictures hahaha☺ I'll documenting all the precious memories here! 




Ootd pening kepala 😝

My flowers ! Ada ramai lagi flowers tak ada dalam gambar😊
 

18 November 2020

Sorry


 Hi.


Lately I'm feeling bit gloomy. Nothing much. I thought I was thinking about many things. Sorry for not answering questions, replying comments and all. Its just me needing some time to heal myself. I am okay and will be back better and wiser. InsyaAllah. Thanks :)


14 October 2020

REVIEW : FREEMAN BARE FOOT BALM (krim kaki)

 

Assalamualaikum hi😊


Lama betul rasanya I tak update blog. I busy habiskan klinikal dengan exam yang akan datang ni ( fuh nervous pulak sebut pasal exam-exam ni haha) so, I ada dapat a few email tapi sorryyyy I tak perasan. Jadi I reply lambat☹️ tak sempat buka pun. Most of my days habis dekat tempat klinikal je. Tak sempat nak buka satu-satu. Sorry tau korang tapi jangan risau, I mesti reply jugak walaupun lambettt😂



Okey back to main topic. Harini I nak review tentang satu produk yang I baru discover. Produk ni adalah untuk kaki. Sebenarnya dah tengok lama tapi macam hesitate nak beli hehe


Selalunya I fokus untuk penjagaan muka saja tapi lepas I start klinikal baru-baru ni, I perasan kaki I macam dah start sakit, mengelupas sikit dan kering. Maybe kurang moisture la kan. I risau dapat cracked heels sebab half of my days memang banyak berdiri lama dan berjalan (also berlari😂) lotion sapu juga tapi biasalah I gedik nak extra 😝 haha tak la gurau je. Tapi I rasa kang dapat tumit pecah nanti susah la sikit kan nak kerja so better cari something untuk prevention😅 


Jadi bila masuk Watsons, I terjumpa satu produk dari Freeman ni untuk penjagaan kaki. 


Freeman foot balm! Banyak tau range produk ni. Contohnya ada juga foot scrub, foot lotion, foot treatment dan foot cream. So I pilih foot balm dulu untuk cuba sebab nak renews dry skin😉


Foot balm ni claims to soften calluses and renews dry skin. Kaki I kering so I pilih balm untuk bantu ganti balik kulit I yang kering tu😊
Selalunya lepas balik kerja, mandi I akan sapu dan terus tidur.




Macam cream je ha😉 cuma satu je la cons dia dalam banyak-banyak pros, bila pakai balm ni jangan pijak air sebab nanti melekit. After all, dia adalah balm dan bukan cream yang meresap tu😉



Cara pengunaan foot balm ni adalah sapu pada kaki yang bersih di bahagian yang kering dan bahagian yang keras contohnya tumit atau buku lali. Selalunya I guna 3 - 4 kali seminggu. Setakat penggunaan ni, I puas hati kaki nampak dah tak kering cuma tumit je belum rasa lembut sangat🤣 ke tumit I memang jenis keras gitu hahahaha



Bau dan warna foot balm ni bagi yang memang soothing dan calming. I suka bau dia sebab tak kuat. Baunya macam bau plum yang light dan tak peningkan kepala😂. Warna pun lawa light purple. Dalam produk ni ada shea butter, peppermint oil, plum extract dan tea tree oil😊
Oh ya, produk ni claims not tested on animals. So I rasa macam bagus jugak kan support product yang animal-cruelty-free hehe













Harga untuk foot balm ni I tak ingat pula sebab beli lama juga. Maybe RM 18 - 20 untuk 150mL. Boleh dapatkan di Watsons😉 oh sebelum lupa, tarikh luput foot balm ni 36 bulan lepas seal di buka tau😊 okey la setakat ni je nak share hehe kalau korang ada info, nasihat atau soalan apa-apa tentang produk ni, boleh komen kat bawah tau😊 I pun masih baru lagi dengan produk ni jadi review terhad berdasarkan pengalaman I je la 😂 tenkiu baca✨ !