18 December 2020

REVIEW : NIXODERM BEST KE? KRIM NIXODERM OKEY TAK?


Hi assalamualaikum😊


I can't recall actually dah buat review ke belum tentang krim Nixoderm ni. Jadi, I buat je la incase belum(malas nak scroll cari sebenarnya😂). Sebenarnya I dah pakai lama tau Nixoderm ni sebab tu jadi tak sure dah buat atau belum review😆


So, bagi I Nixoderm ni kan best sangat pakai. I dapat tahu pasal Nixoderm ni dari kawan I. Tapi concern I masa tu bukan jerawat/ pimples tapi ruam kecik- kecik tu. Bila naik ruam tu I rasa tak selesa terutama bila berpeluh dan panas. Fuhh, mencabar betul. Nak garu kuat-kuat takut tinggal parut pulak😂


So kawan I suggest beli Nixoderm. Lepastu, I dapat tahu yang Nixoderm ni untuk pimples jugak. I pun awal tu hesistate eh banyak pulak fungsi dia ni betul ke berkesan😆


Long story short, I beli di Guardian kalau tak salah. Waktu I beli tu, tinggal a few kotak je di rak. Seingat I, ada 2 saiz. Satu saiz kecik dan satu saiz besar. I ambik saiz kecik (5.34g NET) sebab I fikir guna untuk ruam time gatal je😂 cukup la kan. Tambah pulak I baru nak try dan takut tak sesuai dengan I.


Tapi rupanya berkesan okey😉 harga pun bagi I mampu milik. Seingat I dalam RM 8+ untuk saiz kecik (I tak ingat sangat sorry tau). Nixoderm ni kan I guna untuk pimples jugak. I pakai waktu malam. Selalunya 2-3 hari jerawat dah kecut🤩


 
Lighting gambar tak membantu hence the low quality picture😆 



Active ingredients :


Benzoic acid 6% w/w , salicylic acid 2.5% w/w, precipitated sulphur 4.6% w/w (no wonder ada rasa tekstur biji-biji sikit😄)


PROS:


1. Berkesan untuk ruam dan jerawat (kesan mungkin berbeza untuk lain individu. What work on me doesn't means work for you😉)


2. Saiz kecik jadi senang simpan dalam beg dan mudah bawak travel🤩


3. Krim kegunaan luar badan. Lega tak payah kena telan ke apa hahahaha😝


4. Kegunaan banyak untuk 1 krim Nixoderm. Contohnya, it claims for pimples, blackheads, itching, ringworm on skin.



CONS :


1. Bau tak best. Stress kalau jerawat naik area hidung sebab bila pakai Nixoderm ni bau dia jadi kuat😂




Okey, bagi I tu je cons dia. Hahaha bau dia I tak suka. Tapi its okey sebab its not that bad. Boleh tahan lagi. Okey lah, setakat ni je I boleh share. Kalau ada apa-apa info/ nasihat/soalan, boleh komen di bawah tau😉 thanks for reading kind souls😊✨



Tips : kalau nak try krim ni sesuai atau sebaliknya dengan kulit, better beli saiz kecik dulu. Jadi, tak rugi sangat kalau tak sesuai😁 Tapi I rasa worth it beli ni sebab I guna untuk 2 fungsi ; ruam dan jerawat✨ (funfact: I ada krim tretinon dan nixoderm sebagai krim jerawat I dan krim tretinon tu I dah buat review )



01 December 2020

Memories : pre - OSCE 2020



Hi assalamualaikum😊


Just thought of blogging about the pre- OSCE ( nanti I cerita pasal OSCE kalau ada masa + tak malas😝)

These were times when we spending time together ; eating+ window shopping before we're going busy practicing the OSCEs procedures. I would say its like a 'tradition'; going out to release the stress on exams. So ya, there goes these pictures hahaha☺ I'll documenting all the precious memories here! 




Ootd pening kepala 😝

My flowers ! Ada ramai lagi flowers tak ada dalam gambar😊
 

18 November 2020

Sorry


 Hi.


Lately I'm feeling bit gloomy. Nothing much. I thought I was thinking about many things. Sorry for not answering questions, replying comments and all. Its just me needing some time to heal myself. I am okay and will be back better and wiser. InsyaAllah. Thanks :)


14 October 2020

REVIEW : FREEMAN BARE FOOT BALM (krim kaki)

 

Assalamualaikum hi😊


Lama betul rasanya I tak update blog. I busy habiskan klinikal dengan exam yang akan datang ni ( fuh nervous pulak sebut pasal exam-exam ni haha) so, I ada dapat a few email tapi sorryyyy I tak perasan. Jadi I reply lambat☹️ tak sempat buka pun. Most of my days habis dekat tempat klinikal je. Tak sempat nak buka satu-satu. Sorry tau korang tapi jangan risau, I mesti reply jugak walaupun lambettt😂



Okey back to main topic. Harini I nak review tentang satu produk yang I baru discover. Produk ni adalah untuk kaki. Sebenarnya dah tengok lama tapi macam hesitate nak beli hehe


Selalunya I fokus untuk penjagaan muka saja tapi lepas I start klinikal baru-baru ni, I perasan kaki I macam dah start sakit, mengelupas sikit dan kering. Maybe kurang moisture la kan. I risau dapat cracked heels sebab half of my days memang banyak berdiri lama dan berjalan (also berlari😂) lotion sapu juga tapi biasalah I gedik nak extra 😝 haha tak la gurau je. Tapi I rasa kang dapat tumit pecah nanti susah la sikit kan nak kerja so better cari something untuk prevention😅 


Jadi bila masuk Watsons, I terjumpa satu produk dari Freeman ni untuk penjagaan kaki. 


Freeman foot balm! Banyak tau range produk ni. Contohnya ada juga foot scrub, foot lotion, foot treatment dan foot cream. So I pilih foot balm dulu untuk cuba sebab nak renews dry skin😉


Foot balm ni claims to soften calluses and renews dry skin. Kaki I kering so I pilih balm untuk bantu ganti balik kulit I yang kering tu😊
Selalunya lepas balik kerja, mandi I akan sapu dan terus tidur.




Macam cream je ha😉 cuma satu je la cons dia dalam banyak-banyak pros, bila pakai balm ni jangan pijak air sebab nanti melekit. After all, dia adalah balm dan bukan cream yang meresap tu😉



Cara pengunaan foot balm ni adalah sapu pada kaki yang bersih di bahagian yang kering dan bahagian yang keras contohnya tumit atau buku lali. Selalunya I guna 3 - 4 kali seminggu. Setakat penggunaan ni, I puas hati kaki nampak dah tak kering cuma tumit je belum rasa lembut sangat🤣 ke tumit I memang jenis keras gitu hahahaha



Bau dan warna foot balm ni bagi yang memang soothing dan calming. I suka bau dia sebab tak kuat. Baunya macam bau plum yang light dan tak peningkan kepala😂. Warna pun lawa light purple. Dalam produk ni ada shea butter, peppermint oil, plum extract dan tea tree oil😊
Oh ya, produk ni claims not tested on animals. So I rasa macam bagus jugak kan support product yang animal-cruelty-free hehe













Harga untuk foot balm ni I tak ingat pula sebab beli lama juga. Maybe RM 18 - 20 untuk 150mL. Boleh dapatkan di Watsons😉 oh sebelum lupa, tarikh luput foot balm ni 36 bulan lepas seal di buka tau😊 okey la setakat ni je nak share hehe kalau korang ada info, nasihat atau soalan apa-apa tentang produk ni, boleh komen kat bawah tau😊 I pun masih baru lagi dengan produk ni jadi review terhad berdasarkan pengalaman I je la 😂 tenkiu baca✨ !



03 September 2020

PENGALAMAN PERTAMA CUCUK ORANG

Assalamualaikum hi 😊


Harini kan first time I try buat prosedur injection. Okey je tapi berpeluh-peluh jugak tangan. Risau kawan sakit jugak kalau salah teknik. Kami memang kena practice injection dan kebetulan kena ambil suntikan Hep B sebelum masuk wad. Jadi lecturer kitorang ajar inject terus.  Best dapat pengalaman baruuu 🤩 alhamdulillah.


Letak gambar blur-blur je😝


I buat pada kawan I and then swap dia pulak inject I. Tapi okey je sebab lecturer ada untuk tengok teknik dan ajar😄. Semoga kawan I pun tak sakit dan menyesal la I injec🤣 Risau jugak kan hehe😝


Tu je nak cerita hehe kenangan ni tau😉