25 July 2020

A year older and wiser

Hi assalamualaikum😊


Today mark my *censored* journey on Earth. I would love to thanks my Ibu. She gave birth to me and all this whole life, I really love being her kid😊


Bila ingat balik perjalanan hidup I ni, rasa macam tak sanggup nak ulang semula. Tapi, kalau diberi pilihan untuk swap dengan orang, I taknak. Pengalaman la yang ajar I banyak benda. Walaupun pengalaman I tak sehebat atau sebanyak orang lain, tapi its enough for me. All praises be to Allah.

😊 I am happy enough for this gifts and blessings. All praises be to Allah.




23 July 2020

Derma darah tapi Hb rendah??

Hi assalamualaikum😊



Semalam kan I keluar pergi beli barang dapur sikit. Jalan-jalan dalam supermarket tu nampak la ada kerusi-kerusi untuk derma darah tu. I excited dah nak join tapi tak makan lagi. So pergi la dengan family I ke KFC dulu🤭




Settle makan, terus jalan pergi. Time tu orang dah tak seramai tadi. Alhamdulillah ramai orang derma darah.😉 I timbang berat dulu sebab takut tak cukup(padahal terlebih cukup😂). Berat kena lebih daripada 45kg tau. Then tidur pun kena cukup sebab takut after effect dia pening-pening. So dah isi borang semua, terus finger prick check Hb dan blood group.



Dan yaaa, sangkut weh Hb low. 0.5 je beza syarat lepas hahahaha. Hb kena atas 12.5 baru boleh derma. Dia macam badan sendiri pun tak berapa cukup haemoglobin dah tak payah gatal derma kang pengsan naya😂 first time tau tak cukup Hb. Selama ni okey je. Blood pressure pun elok😂





So doktor in charge bagi I iron tablet dengan folic acid untuk tambahkan RBC I. Rasa macam orang pregnant dah sebab supplement sama. Banyak gila tau iron tab. yang dapat😅 kalau tak makan rasa berdosa pulak sebab dapat free. I ni kalau vitamin takpa, bila dengan ubat ni alahaiii😂 jenuh berdalih. Entah la perangaiii🙈




Tapi I baca ada ramai yang dapat kesan sampingan loya muntah, sembelit. Risau jugak. Tapi I guess cara ambilan pun kena betul jugak. Before makan sebaiknya kalau tak salah.


Okey tu je nak update byeee

14 July 2020

IDEA NAK TENGOK DRAMA KOREA? DRAMA KOREA PALING BEST BAGI SAYA?

Hai Assalamualaikum😊



Sekarang I tengah tunggu episod baru ITS OKAY NOT TO BE OKAY dengan BACKSTREET ROOKIE keluar. Rasa menyesal sikit la tengok awal sebab jenis tak sabar tunggu next episod🤭 Jadi, I fikir boleh je ulang tengok drama-drama yang I pernah tengok hehe😂 Oh ya, untuk 2 drama yang I sebut kat atas tu, I tak tengok habis lagi so tak masuk dalam senarai lagi tau😉




Drama-drama kat bawah ni TAK IKUT SUSUNAN paling best ke apa tau😅 Bagi I benda yang preference ni adalah subjektif. Masing-masing ada pendapat tersendiri😉 terpulang okey?






1. REPLY 1988



- Drama ni bagi I, ada 1001 feel. Lawak ada sedih ada terharu ada😂 pasal friendship dekat neighbourhood dorang. Best sangat. I rasa kalau tengok mesti ter-throwback zaman sekolah dulu dengan kawan-kawan😅 I suka vibe oldschool dalam drama ni.


I tengok juga drama Reply yang lagi satu tu. 1997 ke apa ntah tak ingat pula😅 Kalau I compare, I suka 1988 ni lagi. Sebab best🤭


Oh ya drama ni ada trademark bunyi kambing🤣 lawak la setiap kali bunyi tu muncul. Recommended sangat untuk korang. Tak salah I, drama ni ada 20 episod. Ada Park Bo Gum dengan Hye ri dari group Girls Day.







2. FIGHT FOR MY WAY




- Drama ni bagi I, ada elemen lawak dan bagi vibe inspirational pada penonton. Sesuai la kan dengan tajuk dia😉 Drama ni kisah tentang kawan baik dalam neighbourhood yang sama berjuang untuk cita-cita masing-masing. Hero dan heroin adalah Park Seo Joon dan Kim Ji Won.



Kelakar sangat sebab dorang suka bergaduh. Cuma boleh nampak la hero prioritize heroin walaupun dulu waktu kecik heroin buli hero😂









3. ITAEWON CLASS



- Besttt! I suka😂 kalau korang jenis business person, I rasa lagi menarik perhatian hehe. I boleh nampak evolution kedai pub biasa transform bila Joo Yi Seo datang. I paling suka confidence heroin tu😂 nampak cool. Drama ni ada elemen friendship dan reality of life. Recommended! 😄


Hero dan heroin adalah Park Seo Joon dan Kim Da Mi







4. MY LOVE FROM THE STAR



- Drama ni pasal hero ni adalah alien😂 tapi rupa manusia normal je jangan risau. Pelakon utama adalah Kim Soo Hyun dan Jun Ji Hyun. Lawak sangat Jun Ji Hyun dalam drama ni. Watak dia macam sombong sikit dan acah popular (memang popular pun😂) sebab dia ni artis. 



Recommended untuk tengok. Nanti korang pergh smart la hero sebab ada magical power😂







Okey, I tak boleh fikir drama apa lagi yang best so setakat ni dulu. Nanti insyaAllah I tambah dari masa ke semasa okey?😉



Oh ya, sebelum terlupa, semua drama ni korang boleh tengok di DramaCool, KissAsian atau Netflix😉




30 June 2020

TUKAR/BUAT IC BARU TAPI CAP IBU JARI ROSAK? NAK KENA BAWA APA KE JPN?

Hi assalamualaikum😊


Disclaimer dulu😂 I tulis 100% pengalaman I dan I tak pandai sangat pasal urusan-urusan rasmi ni, jadi I nak minta tolong kalau I ada silap info tolong komen eh? Supaya nanti orang lain dapat info yang betul😉 terima kasih korang.



Okey korang pernah dengar tak atau pernah jadi tak bila nak thumbprint, mesin tak boleh detect cap jari? Haa.. Itu la yang jadi kat I bila nak tukar IC.




IC I guna masih muka 12 tahun tau😂 memang jauh beza la sebab sekarang I dah umur 20 lebih. Kalau tak salah I, katakan la within 18 hingga 25 tahun masih tak tukar IC lama, korang boleh kena denda tau😉




Dulu ceritanya awal 2020 tu, I dah pergi JPN untuk tukar IC sebab susah buat urusan rasmi bila muka tak sama dengan gambar IC. Maksud I, bila ke pejabat kerajaan, pegawai selalu cakap 'awak tak tukar IC lagi ke ni? Muka lain ni.' Awal-awal cuak jugak. Sebab ye lah bila urusan rasmi ni, kita kalau boleh nak cepat. Bila jadi macam ni, takut juga kalau tersangkut. Jadi, nak selamat kena tukar secepat yang boleh😅




Tapi bila pertama kali pergi, macam I cakap cap jari I rosak. Rosak dalam erti kata tak nampak urat cap jari sebab tangan I berpeluh😅 kalau jari kering, solusinya boleh cuba pakai losyen. Ini jari yang peluh overproduction. Bila lap dengan tisu pun masih tak kering. Kalau nak tau lagi jauh pasal masalah ni, korang boleh search hiperhidrosis 😉



Jadi, last-last I balik je tanpa buat sebab bila ada masalah ni, paling maksimum IC boleh dapat dalam 3 bulan sedangkan I dah nak balik kolej untuk ambik exam😅 Bila ambik exam, I kena bawa masuk IC bersama. Susah la sikit.




Sekarang bila dah mula PKPP, I cuba la pergi lagi sekali untuk tanya jalan penyelesaian. So, alhamdulillah everything went so smooth😊. Sekarang I cuma harap IC I siap secepatnya sebelum sebulan. Sebab I kena balik ambik exam yang kena tangguh tu😂




Okey la kan 7 orang tapi tak sampai 30 minit tunggu pun. Lama sebab beratur di luar je. Sebab tu I cakap servis khidmat pelanggan kali ni memang puas hati sangat👍


So, I nak share apa yang I bawa untuk tukar IC lama kepada IC baru untuk orang yang cap jari rosak😉 its okay tau korang. Jangan rasa down, sebab tadi ramai je yang macan I jugak.😊 kita ada cuma tak nampak gitchuuu😂




Okey mula² pemakaian korang. Tudung kalau nak selamat, pakai warna gelap. I pakai tudung bawal coklat gelap. Sebabnya background putih😅 nanti tak nampak kepala pulak sebab lighting padu. I dekat situ guna 2 lampu😂 berpinar mata ha.




Untuk baju pula, I tak pasti sangat. Tapi kalau nak selamat, pilih warna gelap juga la. I pakai Tshirt biru jersey je sebab panas kena beratur nak masuk😂. Lagipun dalam gambar nanti, nampak sipi-sipi je baju😅



Dari segi dokumen, pegawai tu minta IC lama(yang nak tukar) je daripada I. Tapi I spare juga bawa surat beranak. Incase perlu la kan. Takut satu hal nak balik dan beratur semula pulak😝 Tapi tak diminta pun😅




Untuk bayaran, setahu I, bagi yang antara 18 hingga 25 tahun, kena bayar RM 10. Tapi kalau terlebih umur baru nak tukar, kena bayar RM 40 kalau tak salah😅 I lupa tanya pegawai tu.





Lepas settle ambil gambar, tunggu dulu tau sampai pegawai bagi Surat Pengenalan Sementara(ganti IC sementara siap yang baru) dan juga resit bayaran. Selagi tak dapat 2 tu jangan balik😂 nanti kena cop pendatang sebab tak ada pengenalan diri warganegara😅





Untuk kes normal, cap jari boleh detect, boleh dapat dalam masa sehari kalau buat di UTC(pengalaman family I). Tapi kalau kes yang special macam I ni🤭, pegawai tu cakap dalam masa sebulan macam tu. Lambat sikit la😅 I cakap la I risau kena balik ambik exam sebelum dapat kad. Lepastu I tanya parents boleh ambikkan kad bila dah siap atau tak. Dan ya, boleh katanya.





Cuma sekarang jadi masalah sebab kalau nak ambik, kena ada Surat Pengenalan Sementara tu dan juga resit bayaran. Susah lah sebab jauh. Kalau I tinggal kat rumah surat tu, nanti I jadi pendatang la lepastu tak boleh masuk exam😅 pening fikir. Jadi, boleh tolong doakan IC I cepat siap tak sebelum I kena balik? Pleasee😅




Untuk review tempat I buat IC, I sejujurnya puas hati sangat berbanding yang sebelum ni. Kalau dulu servis, okey-okey je. Layanan khidmat pelanggan yang sebelum ni I bagi 4/5. Yang kali ni I bagi 5/5. Lembut sangat cara cakap pegawai wanita tu. I ingat kaunter 13 atau 14 gitu la. Sangat membantu dan tak pandang 'slek' la walaupun I pakai Tshirt lusuh dgn selekeh berpeluh je pergi sebab malas bersiap😅



Takpa kan ambik gambar tapi blur kan muka sipi-sipi nampak tu. I ambik cepat-cepat gambar masa pegawai bangun sebab nak tunjuk kaunter buka semua😅 tak pandai fokus angle la😂



Rela yang jaga pun membantu sangat. Masa beratur tu, Rela tanya sorang-sorang tujuan datang sebab dia nak ambikkan borang supaya boleh isi sebelum masuk. Urusan pun jadi cepat. Kaunter pun tadi semua buka, tak macam sebelum ni🤭 Puas hati sangat. SOP dijaga.




Dalam premis, tempat duduk jarak-jarak. Mana yang orang tua-tua, Rela tolong guide supaya dorang tak lost taktau pergi mana😉 Bagus sangat. Taktau nak cakap la walaupun panas sebab ramai orang(I berpeluh walaupun UTC airconditioned😂)




Okey incase ada yang tertanya macam mana nak cakap, masa ambik nombor giliran I cakap 'Good morning(pegawai bertugas non muslim), saya nak tukar IC baru dan saya ada masalah cap jari rosak'. Lepastu bagi IC sebab pegawai nak daftarkan.



Dah settle ambil nombor, di kaunter ambil gambar pulak, cakap yang sama juga😊


UPDATE!!!

16/6/20 IC I dah siap. Tempoh masa IC siap dalam 2 minggu je rasa. Tapi I call lewat sebab I anggap IC I siap lambat. Ye la I kan special case hehe katanya boleh sampai sebulan tempoh siap. Rupanya siap awal. Alhamdulillah lega siap awal IC tu😊



Okey tu je nak share 😊 bye tenkiu baca.

26 June 2020

KAD WATSONS UNTUK RELOAD TOUCH N GO? BOLEH KE?

Hi assalamualaikum😊


Pernah tak tertanya macam mana nak reload touch n go? Untuk orang yang macam I yang memang 100% tak pernah guna sebab tak ada keperluan. I tak ulang alik guna tol guna kereta persendirian sorang-sorang. Mostly I guna kenderaan awam contohnya, komuter, ets atau bas. Kalau tak pun, I pergi dengan parents dan guna kad touch n go parents 😅



Sampai la satu ketika, I kena guna kad touch n go sebab nak guna MRT. Awal-awal tu cuak tau sebab esok nak guna, harini baru gelabah nak reload😂 Sebenarnya senang je nak reload.



Pertama sekali, kalau korang tak ada kad touch n go, korang ada pilihan paling mudab. Korang boleh guna IC je. Haah identification card tu. Cuba tengok bahagian belakang kad tu ada perkataan touch n go kan?😉



Pilihan kedua, ini orang perempuan kebanyakannya ada😂 Korang boleh guna kad watson. Haah betul. Cuba belek kad tu. Mesti ada perkataan touch n go😉




I guna kad watsons je. Sebab mudah. Guna IC kang I jenis cuai takut tercicir waktu tengah kalut-kalut😅 Depends on you.




Cara nak reload pulak mudah je. Cari any kedai (di Shell, Petronas, 7-eleven) yang ada sign 'boleh reload touch n go di sini' 😂 I reload di stesen minyak je. Dorang charge fees 50 sen. Okey la kan?😅 business is business gitu😝



Okey, apa nak cakap waktu berdiri di kaunter tu? Cakap je 'encik, saya nak reload touch n go'. Lepastu sua kad dan duit korang pada cashier. Tunggu jap. Nanti dia bagi resit macam tu.



Lepastu tak payah daftar online apa-apa pun. Memang I boleh terus guna kad Watsons untuk touch&go tu😂


Okey tu je nak share byee😊