28 December 2018
TIPS : LEPAS PT3 NAK PILIH ALIRAN APA?
Hi assalamualaikum😊
Sapa ada masalah dilema lepas PT3 nanti nak masuk aliran apa? Sejujurnya dulu I pun ada masalah ni. Tambah lagi bila ada sepupu terdekat yang sebaya. Pressure sangat kalau kena compare😂
Okey lepas habis form 3, I tau mesti ramai yang confuse lagi nak ambik aliran apa lepas ni kan? Sebenarnya ada banyak aliran yang korang boleh ambik selain akaun dan sains. Tapiii kena ingat tak semua sekolah sediakan aliran yang sama.
So, first step kena rajin survey. Pro dengan cons sekolah yang korang nak further. Contohnya, tanya orang ke, baca pengalaman ke haa jadi nanti banyak info yang boleh dapat. Kena ambik kira jugak jarak sekolah dengan rumah, kalau jauh ada transport tak. Kalau sekolah berasrama senang sikit kalau tempat tu jauh😊
I bagi contoh dulu I sekolah di SMK Amanjaya. Sekolah ni ada banyak lagi aliran selain akaun dan sains macam tasawwur islam, perdagangan dan kemahiran (something yangg macam tu sebab dah lupa dah). Ha tapi ada jugak aliran yang tak ada kat situ contohnya, aliran sastera. I ambik kira jugak jarak sekolah sebab sekolah ni tak ada asrama. Transport pulak kalau nak naik van mahal time tu. Bas sekolah tak masuk area rumah I😅
Banyak faktor kena fikir. Tapi takpa, take it slow. InsyaAllah Tuhan tolong😊
Untuk yang pening kepala lagi nak pilih ni, lepas ni tengok tips kat bawah ni. Sebelum tu, sebenarnya apapun bergantung pada minat dan kecenderungan diri sendiri tau.
1. Buat satu list pro and cons untuk setiap aliran
- Ambik satu kertas dan tulis pro(baik) dan cons(buruk) kalu kita ambik aliran tu.
Contohnya, tulis untuk aliran akaun.
Pro = I boleh buat kira-kira nanti (perniagaan), tak banyak hafal-hafal, tingkatkan kemahiran problem-solving.
Cons = I tak minat akaun, tak suka bermain dengan nombor yang banyak, istilah banyak dalam bahasa melayu(kalau kat sekolah dulu guna BM tapi sekarang I tak pasti) jadi I pening nak tukar terms sebab I adalah antara batch-batch terakhir yang guna silibus dalam BI.
2. Ikut kawan ke tak
- Please jangan ikut kawan sebab kecenderungan kita semua tak sama tau. Rapatlah macam mana pun mesti ada jugak traits yang tak sama dengan kawan.
Sebenarnya kita tau limit diri sendiri. Jadi kalau rasa tak boleh bawak certain subject better cari alternatif lain.
Okey contohnya I tau I tak minat akaun dan kawan baik I pulak memang tak boleh subjek menghafal(sains) jadi kami tetap ikut kemampuan diri sendiri walaupun sedih jugak la kena pisah kelas 😂 biasalah budak-budak remaja jiwa bergelora sikit dulu😂
3. Cita-cita
Setiap orang mesti ada cita-cita kan? Ke ada lagi yang tak pasti nak jadi apa kerja nanti ni? Okey takpa contoh la korang teringin nak jadi jurutera (engineer) jadi korang kena tau untuk jadi engineer ni kena lulus subjek apa atau kena ada basic apa.
Untuk jadi engineer, dia sangat berkait rapat dengan matematik tau jadi korang kena at least ada basic matematik jugak dan tahu addmath tu ha.
Jadi korang tak boleh lah dari aliran perniagaan contohnya nak jadi engineer. (Sebenarnya ada kemungkinan boleh jugak cuma pathway korang tu nanti susah sikit lah sebab tak ada basic yang kuat so kena struggle lebih sikit). Bukan lah bermakna tak boleh langsung tau.
Percaya dengan takdir. Nanti pusing lah macam mana pun, kalau Tuhan dah tentukan korang dapat jadi apa yang korang nak, insyaAllah dapat😊
Okey tu je, goodluck ! Assalamualaikum bye😉
19 November 2018
TIPS : INTERVIEW SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
Asalamualaikum haii😊
ni dekat pusat temu duga SPA Alor Setar,Kedah.
So untuk dapat panggilan interview, first sekali MESTI kena apply dulu SPA8i. Pilih jawatan apa yang kita nak. Then, tunggu panggilan interview. Jadi, kalau dah dipanggil untuk interview tu apa yang kita kena buat ?
FIRST thing kena buat adalah prepare mentally dulu. Sebab kita kena tenang dan tak boleh gelabah waktu hari interview tu. Kita mesti kena nampak tenang dan well prepared supaya nampak yakin dan matured.
NOTES/INFORMATION
Sangat wajibbbb. Sebab nanti kalau interviewer tanya soalan berkaitan jawatan yang dipohon tu kita nak jawab apa kalau tak tahu. Contohnya, kalau mohon jawatan Penolong Pegawai Perubatan(MA). Mungkin interviewer boleh tanya, apa tugas MA? pakaian rasmi MA? MA boleh diagnose pesakit ke dan macam-macam lah. Jadi, untuk selamatkan diri daripada terkaku waktu ditanya soalan, prepare diri dua tiga hari sebelum hari interview.
DOKUMEN DIRI/RESUME
Bila dapat tawaran interview, pihak SPA akan emailkan senarai dokumen yang perlu dibawa bersama. Tolong dapatkan satu clear folder untuk masukkan dokumen tu semua. Jangan pulak pakai pocket file yang colour-colour 50 sen tu. I/C tu penting. Letak sekali dalam clear folder. Sediakan jugak dua tiga paper clips dan pen HITAM kalau-kalau nak guna. Kenapa pen hitam? Pen berwarna hitam adalah untuk tujuan formal. Semak semula dokumen-dokumen tu. Jangan jadi macam orang yang menulis ni. Lupa bawak sijil kelahiran hahaha.. ingat tau, prepare betul-betul.
PAKAIAN
Lepas settle semua kat atas, baru tengok baju apa yang sesuai nak pakai waktu interview. Saya share banyak untuk perempuan je tau. Bagi perempuan, sebaiknya pakai tudung bawal. Simple dan kemas. Shawl, pashmina dan sebagainya kurang sesuai sebab nampak lebih kasual. Baju pulak, jangan ada yang berani pakai jeans. Haritu ada yang yang kena halau dengan guard sebab pakai jeans.
Untuk perempuan, baju kurung biasa would perfectly do. Tak payah fesyen-fesyen sangat sebab first impression penting. Nanti interviewer kata ni fashion show ke apa hahaha tapiii tak fesyen pun kena jugak nampak kemas. Untuk warna baju, pastel colours are the best. Jangan pakai gelap-gelap sangat atau striking sangat. Yang okay-okay je. Kasut sebaiknya jenis bertutup dan warna hitam/gelap.
Satu tips yang saya dapat dari 'Mock Interview' waktu sekolah dulu(lebih kuranglah. Saya pun ingat-ingat lupa), kalau baju kurung bercorak, pastikan corak tu jenis tersusun/menjalar dan sedikit je coraknya. Jangan pilih baju yang corak serabut dan banyak.
Haa.. lagi satu kalau korang mohon jawatan yang berkaitan dengan kesihatan, pastikan BMI normal. Sebab peluang agak tipis kalau sebaliknya(saingan banyak dan sebagainya). Jadi, itu je lah. Goodluck !
Bye salam
26 October 2018
TIPS : AS120 BIOLOGY SEMESTER 3 SUSAH TAK?
Hai
Semester 3 ni dia banyakkk sangat sangat untuk subjek Biology. Dulu, code dia BIO260 tapi batch baru ni kena tukar jadi BIO270. Susah pun ye jugak. Tapi sebenarnya kalau diikutkan apa benda je yang tak susah kalau kita nak mendalami tu. So, untuk yang baru nak kenal, nak study siap-siap sebelum semester baru start tu, goodluck !
EXCRETORY SYSTEM
Homeostasis
Definition - maintenance of a constant internal environment when dealing with external changes.
(maksudnya kat sini, homeostasis ni adalah satu cara untuk maintain environment dalam badan kita bila berlaku perubahan di luar badan. Nanti kita terangkan lagi so baca dulu).
Three components of homeostatic control system
- receptor
- control center
- effector
(ni semua kira components wajib dalam system ni. Jadi, kalau one of them tak ada so tak complete lah system ni)
Regulatory mechanism
- negative feedback
- positive feedback
Example of homeostatic regulation
- thermoregulation
- glucose regulation
- osmoregulation
- excretion
(ini siap kena illustrate lagi. kalau pandai melukis tu kira bonus lah)
Definition of:
- osmoconformers
- osmoregulators
- stenohaline
- euryhaline
okey sampai sini dulu lah. bye !
Semester 3 ni dia banyakkk sangat sangat untuk subjek Biology. Dulu, code dia BIO260 tapi batch baru ni kena tukar jadi BIO270. Susah pun ye jugak. Tapi sebenarnya kalau diikutkan apa benda je yang tak susah kalau kita nak mendalami tu. So, untuk yang baru nak kenal, nak study siap-siap sebelum semester baru start tu, goodluck !
EXCRETORY SYSTEM
Homeostasis
Definition - maintenance of a constant internal environment when dealing with external changes.
(maksudnya kat sini, homeostasis ni adalah satu cara untuk maintain environment dalam badan kita bila berlaku perubahan di luar badan. Nanti kita terangkan lagi so baca dulu).
Three components of homeostatic control system
- receptor
- control center
- effector
(ni semua kira components wajib dalam system ni. Jadi, kalau one of them tak ada so tak complete lah system ni)
Regulatory mechanism
- negative feedback
- positive feedback
Example of homeostatic regulation
- thermoregulation
- glucose regulation
- osmoregulation
- excretion
(ini siap kena illustrate lagi. kalau pandai melukis tu kira bonus lah)
Definition of:
- osmoconformers
- osmoregulators
- stenohaline
- euryhaline
okey sampai sini dulu lah. bye !
16 September 2018
TIPS: STUDENTS SELALU BUAT APA JE DI UNI?
Students sini sama je macam students lain. Berbeza sikit - sikit saja.
So harini saya share gambar-gambar yang mana ada dalam phone dulu. Sebenarnya banyak je lagi memories yang diambil tapi dalam phone orang lain. Alahaii
Movie night. Selalunya malam-malam kumpul ramai-ramai. Ee seronoknya !
Tapi saya dan roommate akan tengok half movie waktu makan. Ambik feel macam kat rumah sambil makan tengok tv.
Ini masa dalam bilik. Nampak pink light kan? Sebab roommate bawa lampu tidur warna pink ! Lawa je bilik rasa.
Ini adalah bae. Saya dan junk foods tak dapat berpisah. Ralit makan sampai tak sedar dah habis the whole keropok sorang-sorang.
Kawasan parking kereta tepi kolej. Seberang sana ada banyak pokok kelapa. Risau jatuh atas kereta. Tambah-tambah atas kepala hahah
Ambik gambar story orang je hahaha. Lawa kan warna dia? Ini loker baru. Loker besi untuk ganti loker kayu yang tak ada kayu kat bahagian belakang hahahaha
Makanan lagi. Oh sini ada kedai coklat tau. Best dan yang penting ada port untuk ambik gambar yang lawa !
Dekat dengan lecture theatre dan library.
Sini dekat dengan kedai Mr. Diy
Ini masa nak celebrate birthdate kawan. Last minit punya plan. Tau pukul 9 macam tu terus call org minta tolong belikan. Dan taraa makan kek malam-malam ! Hahaha
Ini hadiah birthday saya yang roommate bagi. Wohooo
Tunggu lecturer lambat masuk. Dan wifi pulak laju hahahaha apalagi download itu ini la
Ini scenery waktu malam.
Pagiiiii. Lampu jalan pun tak padam lagi dah pergi kelas hahaha
Kipas ada dua. Lampu total 4. Kalau musim hujan bukak satu kipas je. Tak tahan sejuk hahaha
Okay itu je bye.
11 September 2018
TIPS : AS120 BIOLOGY SEM 3
Hai assalammulaikum
Okay untuk sem 3 code course untuk biology dah bertukar. Kalau sebelum ni Bio260 tapi sekarang dah tukar Bio270. Jadi past years paper memang tak ada kalau cari pun. Bio260 adalah biological systems while bio270 adalah animal and plants physiology. I find it quite interesting.
Awak akan belajar structure dalam badan ikan contohnya, katak, manusia dan macam-macam la. Seronok tau. Saya punya notes dari lecturer memang superb gambarnya. Macam real je dengan colour terangnya.
Ingat tau apa awak belajr di sem 1 dan sem 2 berkait sampai lah awak habis semester. Contohnya sem 2 belajar Kreb's cycle kan.. Waktu sem 3 pun dia masuk sikit. So kalau awak tahu awak kurang faham dari awal, cepat-cepat minta tolong lecturer untuk terangkan balik pada awak. Lecturer tak makan orang.
Kalau takut jugak, cari kawan. Ada yang ajar laju. Jadi cari kawan yang boleh ajar awak sesuai dengan momentum awak. InsyaAllah awak boleh.
Oh lupa, untuk Bio270 ada 13 chapters untuk dihabiskan. Kalau sebelum ni Bio260, ada 14 chapters. Diorang kurangkan satu chapter saja. Takpe lah asalkan yakin insyaAllah boleh lulus cemerlang aamiin
Okeytujebye
Subscribe to:
Posts (Atom)













