25 July 2020

A year older and wiser

Hi assalamualaikum😊


Today mark my *censored* journey on Earth. I would love to thanks my Ibu. She gave birth to me and all this whole life, I really love being her kid😊


Bila ingat balik perjalanan hidup I ni, rasa macam tak sanggup nak ulang semula. Tapi, kalau diberi pilihan untuk swap dengan orang, I taknak. Pengalaman la yang ajar I banyak benda. Walaupun pengalaman I tak sehebat atau sebanyak orang lain, tapi its enough for me. All praises be to Allah.

😊 I am happy enough for this gifts and blessings. All praises be to Allah.




23 July 2020

Derma darah tapi Hb rendah??

Hi assalamualaikum😊



Semalam kan I keluar pergi beli barang dapur sikit. Jalan-jalan dalam supermarket tu nampak la ada kerusi-kerusi untuk derma darah tu. I excited dah nak join tapi tak makan lagi. So pergi la dengan family I ke KFC dulu🤭




Settle makan, terus jalan pergi. Time tu orang dah tak seramai tadi. Alhamdulillah ramai orang derma darah.😉 I timbang berat dulu sebab takut tak cukup(padahal terlebih cukup😂). Berat kena lebih daripada 45kg tau. Then tidur pun kena cukup sebab takut after effect dia pening-pening. So dah isi borang semua, terus finger prick check Hb dan blood group.



Dan yaaa, sangkut weh Hb low. 0.5 je beza syarat lepas hahahaha. Hb kena atas 12.5 baru boleh derma. Dia macam badan sendiri pun tak berapa cukup haemoglobin dah tak payah gatal derma kang pengsan naya😂 first time tau tak cukup Hb. Selama ni okey je. Blood pressure pun elok😂





So doktor in charge bagi I iron tablet dengan folic acid untuk tambahkan RBC I. Rasa macam orang pregnant dah sebab supplement sama. Banyak gila tau iron tab. yang dapat😅 kalau tak makan rasa berdosa pulak sebab dapat free. I ni kalau vitamin takpa, bila dengan ubat ni alahaiii😂 jenuh berdalih. Entah la perangaiii🙈




Tapi I baca ada ramai yang dapat kesan sampingan loya muntah, sembelit. Risau jugak. Tapi I guess cara ambilan pun kena betul jugak. Before makan sebaiknya kalau tak salah.


Okey tu je nak update byeee

14 July 2020

IDEA NAK TENGOK DRAMA KOREA? DRAMA KOREA PALING BEST BAGI SAYA?

Hai Assalamualaikum😊



Sekarang I tengah tunggu episod baru ITS OKAY NOT TO BE OKAY dengan BACKSTREET ROOKIE keluar. Rasa menyesal sikit la tengok awal sebab jenis tak sabar tunggu next episod🤭 Jadi, I fikir boleh je ulang tengok drama-drama yang I pernah tengok hehe😂 Oh ya, untuk 2 drama yang I sebut kat atas tu, I tak tengok habis lagi so tak masuk dalam senarai lagi tau😉




Drama-drama kat bawah ni TAK IKUT SUSUNAN paling best ke apa tau😅 Bagi I benda yang preference ni adalah subjektif. Masing-masing ada pendapat tersendiri😉 terpulang okey?






1. REPLY 1988



- Drama ni bagi I, ada 1001 feel. Lawak ada sedih ada terharu ada😂 pasal friendship dekat neighbourhood dorang. Best sangat. I rasa kalau tengok mesti ter-throwback zaman sekolah dulu dengan kawan-kawan😅 I suka vibe oldschool dalam drama ni.


I tengok juga drama Reply yang lagi satu tu. 1997 ke apa ntah tak ingat pula😅 Kalau I compare, I suka 1988 ni lagi. Sebab best🤭


Oh ya drama ni ada trademark bunyi kambing🤣 lawak la setiap kali bunyi tu muncul. Recommended sangat untuk korang. Tak salah I, drama ni ada 20 episod. Ada Park Bo Gum dengan Hye ri dari group Girls Day.







2. FIGHT FOR MY WAY




- Drama ni bagi I, ada elemen lawak dan bagi vibe inspirational pada penonton. Sesuai la kan dengan tajuk dia😉 Drama ni kisah tentang kawan baik dalam neighbourhood yang sama berjuang untuk cita-cita masing-masing. Hero dan heroin adalah Park Seo Joon dan Kim Ji Won.



Kelakar sangat sebab dorang suka bergaduh. Cuma boleh nampak la hero prioritize heroin walaupun dulu waktu kecik heroin buli hero😂









3. ITAEWON CLASS



- Besttt! I suka😂 kalau korang jenis business person, I rasa lagi menarik perhatian hehe. I boleh nampak evolution kedai pub biasa transform bila Joo Yi Seo datang. I paling suka confidence heroin tu😂 nampak cool. Drama ni ada elemen friendship dan reality of life. Recommended! 😄


Hero dan heroin adalah Park Seo Joon dan Kim Da Mi







4. MY LOVE FROM THE STAR



- Drama ni pasal hero ni adalah alien😂 tapi rupa manusia normal je jangan risau. Pelakon utama adalah Kim Soo Hyun dan Jun Ji Hyun. Lawak sangat Jun Ji Hyun dalam drama ni. Watak dia macam sombong sikit dan acah popular (memang popular pun😂) sebab dia ni artis. 



Recommended untuk tengok. Nanti korang pergh smart la hero sebab ada magical power😂







Okey, I tak boleh fikir drama apa lagi yang best so setakat ni dulu. Nanti insyaAllah I tambah dari masa ke semasa okey?😉



Oh ya, sebelum terlupa, semua drama ni korang boleh tengok di DramaCool, KissAsian atau Netflix😉