16 July 2019

Pengalaman Lulus Temuduga SPA8i (latihan jururawat)


Assalamualaikum hi


So time I tulis ni I still dalam mood swing. Sebab ye lah I dapat result tu time tengah study untuk final exam haritu. Rasanya dah kering air mata sebab fikir lagi satu sem je nak grad😢


So I terus je lah eh straight to the point. Oh sebelum tu I mungkin akan update dari masa ke masa sebab I kena tanya mak I apa yang I cerita time I baru keluar interview haritu hahaha sebab I dah banyak lupa.


I memang dah niat kalau I dapat, memang I nak share je info apa-apa yang I tau.


So let's start.



1) PEMAKAIAN


Pemakaian ni first impression orang kat kita. Jadi, jangan buat silap benda simple okey? Key dia adalah keep it simple. Tapi jangan lah simple sangat. Ada tu I baca kat blog-blog kena pakai tudung bawal hitam je. I macam okeyyy kalau semua orang pakai tudung hitam, habis siapa yang nak menyerlah kan😂 hahaha okey takpelah tu opinion dia dan i terima.


Hari interview tu I pakai tudung oren/chrome gelap sikit dengan baju kurung hijau corak bunga besar bahagian bawah baju warna chrome+light orange. 😂 kontra okey dengan tips tu. Sebab opinion I kalau nak pakai baju gelap-gelap sapa nak ingat awak ha gituu.


Oh lupa I pakai baju kurung moden kain duyung. Kasut HITAM BERTUTUP. Dan untuk tudung, please jangan pakai shawl yang pashmina ke apa ntah orang panggil tu. Sebab I rasa nampak tak kemas. Tapi still, terpulang pada diri korang lah yang itu😊 Okey tu je untuk pemakaian. 



2) DOKUMEN


Dokumen ni I rasa macam nak buat post asing sebab banyak benda nak kena bagitau 😂 tapi apa yang pasti, mesti bawak clear file tu. Clear folder yang jenis boleh selak sehelai-sehelai muka surat.



3) SOALAN INTERVIEW



Ni part yang banyak orang nak tau kan😂 I di interview dengan matron(perempuan) sendiri dan pegawai dari SPA(lelaki).


Okey, soalan interview yang I ditanya.
 

- kenalkan diri dan latar belakang

So i cakap nama, asal dari mana, adik-beradik, sambung belajar di mana ( cara I jawab memang cliche habis. Spontan je korang🤣 nervous sangat dah masa tu)


- kenapa pilih nurse

I nak je cakap sebenarnya dah 3 kali interview mintak MA tapi tak lepas di mulut hahaha😂 idokler teman cakap cenggitu. I cakap ya sebab ada pengalaman jaga arwah tokwan saya(tolong sedekahkan al fatihah ya kat arwah, tenkiuu). Walaupun tak jaga sangat tapi saya selalu tengok dari sudut pesakit, apa keperluan dan perubahan yang berlaku terhadap dia.



- oh, itu lain ya. Sebab jaga orang ni bukan macam tu je. Nanti banyak lagi kerenah pesakit yang awak akan jumpa.

Ya, saya faham tentang itu dan saya yakin saya boleh buat sebab minat saya bahagian itu.



- nanti awak kena cucuk orang, jangan tak berani ya. Sebab ramai sebrlum ni takut-takut.

Ya, insyaAllah saya memang tak sabar nak masuk ward untuk belajar. Hands on activity ni paling saya tunggu sebab di universiti didedahkan dengan suasana dalam lab sahaja.



- macam mana dengan kerja berkumpulan. Saya tak mahu nanti ada yang bergaduh dan sebagainya. Macam mana awak nak pastikan awak boleh bekerja dalam kumpulan?

Saya okey bekerja dalam kumpulan. Saya boleh aplikasikan apa yang saya lalui di universiti dalam situasi ni. Kami akan selalu bekerja dalam kumpulan jadi saya terbiasa pastikan setiap ahli kumpulan faham dan jelas tentang kerja masing-masing sebelum semua mulakan tugas Sebab tak mahu ada yang curi tulang dan elak dari tugas. (ni ambik contoh group assignments. Time ni bersyukur ya Allah sebab selalu ada groupmates yang the best)



- kalau tak keberatan boleh bagitau pointer awak?

*.** (jawab je la jujur sebab dekat clear file tu ada slip/keputusan exam. Nak tipu pun taraguna🤣)



- okey, macam mana awak nak pastikan pointer awak elok sepanjang pengajian?

Saya selalu ada jadual atau plan sebelum mulakan hari. Contohnya, hari minggu, pukul 10 saya akan ulang kaji subjek tertentu dan rest 30 minit sebelum sambung subjek lain pula. Saya akan pastikan jadual saya tidak bertindih. Saya boleh aplikasikan apa yang saya buat di universiti dengan situasi ini. Sebab bagi saya, bila ada perancangan, saya akan jelas dengan matlamat saya.




- okey tu saja terima kasih.

Terima kasih (salam pegawai wanita) lepastu ambik fail, undur kebelakang, bukak pintu, senyum balik, keluar.



Hahaha memang baku la jawapan I. Actually semua tu spontan je keluar dari mulut. Takda hafal-hafal. Maybe sebab preparation pun ala-ala je. Tak beria macam first time dulu. Rezeki I, I dapat walaupun I dah nak grad lagi satu sem je lagi. Takpelah alhamdulillah.



Itu lah kan orang kata pengalaman tu mahal. Lain pengalaman untuk lain-lain orang. 



Okey tu je kut dulu doakan I dapat penempatan dekat dengan rumah🤗 sebab I belum dapat penempatan lagi ni. Apa-apa soalan nanti, just drop down. Nanti I reply insyaAllah😊



Warna hijau baju yang I pakai tu terang lagi sikit dari warna baju ni (light green)