07 January 2021

REVIEW BARANG KEDAI ECO ( FOOD EDITION) : NAK BELI APA DI ECO SHOP (RM 2.10)


Hi assalamualaikum😊


Sapa kat sini suka pergi kedai eco? I salah sorang yang suka pergi😂 dulu pergi sebab teman parents beli barang plastik je. Mula dari beli baldi, botol semua tu. Sekarang macam- macam ada di eco shop tau. Setahu I, ada certain eco shop di kawasan tertentu jual frozen foods. Bestnyaaa tempat I tak ada lagi tau😭


So, disebabkan I selalu sangat beli makanan atau kudapan(mostly beli jajan lah😝), I rasa I nak mula compile semua barang makanan yang I pernah cuba. Nanti boleh tengok balik atau ambil idea nak beli apa di eco shop😂


Dalam post kali ni, I nak compile barang makanan sahaja sebab eco shop ni banyak range produknya. So I ambik range untuk produk makanan untuk review sebab I suka beli makanan dari barang lain😂



DISCLAIMER : I REVIEWED ALL THE FOODS BASED ON MY OWN PREFERENCE AND EXPERIENCES. ALSO I BOUGHT IT USING MY OWN MONEY. THE PREFERENCE OF TASTE AND OTHERS MIGHT VARY IN MOST OF THE ASPECTS. THANK YOU😄


Okey, cekidaut !😉

1. KEK BULAN (PES KACANG MERAH)








- 6/10✨


- I baru first time cuba. Okey la untuk harga RM 2.10 sebab setahu I mooncake ni mahal kan😅 Pes kacang merah tu sedap. Tak manis sangat. Just nice orang kata. Cuma I tak berapa minat doh luar tu. I rasa macam lack of something gitu. Tapi no worries sebab bila makan, korang dah tak rasa doh sangat. Pes tu memang rich in flavour jadi korang tak rasa sangat doh tu.


Mooncake eco ni bila makan rasa chewy. Macam korang makan brownies yang chewy tu cuma dalam versi kuih bulan la😅 overall, just nice to try.



2. DORAYAKI (INTI KACANG/PEANUT)




- 4/10✨


- First impression nampak macam sedap dan saiz pun besar. I ingat ada 1 piece je rupanya ada 2 pieces ( ada 4 keping 'pancake' tu tapi setiap 2 'pancake' diapit dengan pes kacang). 


- Inti kacang tu I tak minat sangat sebab I dapat yang macam beku, keras( boleh tengok dalam gambar macam ada 1 line putih sikit tengah inti tu😅)  maybe faktor perubahan tempat/ cuaca kut masa loading barang sampai ke kedai maybe la. Takpa lah rezeki dapat yang tu😉


- 'Pancake' tu sangat 'sponge-y' dan lembut sangat macam 'rapuh'. I thought dorayaki sepatutnya rasa macam 'mampat' sikit 'pancake' nya tu. Thus one tak. Tapi okey la untuk RM 2.10 dapat 2 dorayaki. Lebih kurang 1 piece  RM 1😊 overall, okey je dan boleh makan (dan kenyang jugak!😂)




3. MINUMAN SUSU SOYA YEO'S





- 8/10✨


- Siapa je tak kenal produk Yeo's kan 😉 antara minuman yang suka dalam banyak- banyak range minuman Yeo's ni adalah air cincau dia. Sedap. This time I review susu soya dia pulak okey?😉


- I memang peminat setia susu soya hehe almost every produk minuman susu soya I try. Yeo's punya susu soya ni kira okey la pada tekak I ( paling best, homesoy dan f&n season. Yang tu sedap sangat pada tekak I😍)


- cuma untuk Yeo's ni I tak kenan rasa 'after taste' dia. Bagi I rasanya macam pelik sikit tapi takda la tak boleh telan. Okey je boleh minum macam biasa sebab rasanya normal dan memang soya🤣😉 




4. NORAINI'S KOREAN PANCAKE MIX ( TEPUNG CAMPURAN)




- 8/10✨

- Tepung mixture ni kena bancuh sendiri sampai dia jadi bater ala-ala kita nak buat jemput-jemput. Jangan bancuh pekat sangat atau cair sangat nanti keras atau lembik sangat kejadiannya😅


- I campur bater(tepung yang dibancuh dengan air dan telur) ni dengan sosej, sayur dan cili je. Kalau nak masukkan ayam ke daging ke terpulang ikut citarasa masing-masing😉 I ikut resepi dekat packaging tu je 😂


- rasanya normal je. Tak la terlampau sedap atau tak sedap. Biasa-biasa saja. Boleh buat untuk minum petang😁 





Okey, setakat ni dulu ye korang. I tak banyak ambil gambar makanan sebab sebelum ni tak terfikir pun nak review barang makanan dari eco shop😅 Nanti I review lagi yang mana sempat okey? Thanks sudi baca kind-souls😊









No comments:

Post a Comment