17 January 2021

PENGALAMAN : LUPA PASSWORD/ID PENGGUNA MYASNB

 

Hi assalamulaikum😊



Siapa ada MyASNB? Korang selalu bukak tak? I lama sangat tak bukak sampai lah satu hari bila orang tanya ada online account ASNB atau tak. I jadi tergamam sebab setahu I, I ada buat tapi I completely lupa semua details🤣



So, I pun buka web dan try log in banyak kali sebab I memang tak ingat any details😂 The next I know, I kena block! 🤣 puncanya I try log in banyak kali so akaun I dah disekat. Aduh😅






Asyik kena block je I ni😂 jadi, apa yang I buat adalah I call Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 - 77308899 😊 Tapi bila call waktu busy ni memang mendapat la kan hahaha talian busy. I call 3 kali baru dapat😊 so cara call pun lebih kurang sama je mana-mana khidmat pelanggan.



1. Call dan dengar arahan dari operator.


2. Buka keypad tekan nombor ikut arahan. Contoh, arahan operator tekan 1 untuk Bahasa Melayu. So, korang buka keypad dan tekan nombor 1. 


3. Lepas tu ada lagi beberapa arahan lain yang operator akan beri. Seingat I, I tekan nombor 2 untuk urusan tentang Portal ASNB/ applikasi ASNB dan kemudian I tekan nombor 3 untuk cakap dengan pegawai bertugas.


4. So I bagitau pegawai tentang akaun online ASNB I disekat sebab percubaan beberapa kali tidak berjaya. 



Then, pegawai bank suggest untuk dia tolong unblock akaun online I dan suruh I cuba log in semula dalam tempoh 1 jam selepas tamat call tu. Masa tu dia minta nombor IC , nama dan some other particulars lain tentang diri😁 


Guess what? Dah boleh guna semula yeayy!  Alhamdulillah😊 so kalau korang ada masalah yang sama dengan I, jangan risau. Call je. Kadang line dorang busy, its okay. Sabar dan cuba call lagi 😉  okey setakat ni dulu I share. Kalau korang ada info tambahan/ nasihat/ soalan, korang boleh tulis dekat ruang komen (do expect for late reply sebab I busy sikit lately💛)



No comments:

Post a Comment