19 November 2018

TIPS : INTERVIEW SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)


Asalamualaikum haii😊


ni dekat pusat temu duga SPA Alor Setar,Kedah.

So untuk dapat panggilan interview, first sekali MESTI kena apply dulu SPA8i. Pilih jawatan apa yang kita nak. Then, tunggu panggilan interview. Jadi, kalau dah dipanggil untuk interview tu apa yang kita kena buat ?

FIRST thing kena buat adalah prepare mentally dulu. Sebab kita kena tenang dan tak boleh gelabah waktu hari interview tu. Kita mesti kena nampak tenang dan well prepared supaya nampak yakin dan matured.

NOTES/INFORMATION

Sangat wajibbbb. Sebab nanti kalau interviewer tanya soalan berkaitan jawatan yang dipohon tu kita nak jawab apa kalau tak tahu. Contohnya, kalau mohon jawatan Penolong Pegawai Perubatan(MA). Mungkin interviewer boleh tanya, apa tugas MA? pakaian rasmi MA? MA boleh diagnose pesakit ke dan macam-macam lah. Jadi, untuk selamatkan diri daripada terkaku waktu ditanya soalan, prepare diri dua tiga hari sebelum hari interview.

DOKUMEN DIRI/RESUME

Bila dapat tawaran interview, pihak SPA akan emailkan senarai dokumen yang perlu dibawa bersama.  Tolong dapatkan satu clear folder untuk masukkan dokumen tu semua. Jangan pulak pakai pocket file yang colour-colour 50 sen tu. I/C tu penting. Letak sekali dalam clear folder. Sediakan jugak dua tiga paper clips dan pen HITAM kalau-kalau nak guna. Kenapa pen hitam? Pen berwarna hitam adalah untuk tujuan formal. Semak semula dokumen-dokumen tu. Jangan jadi macam orang yang menulis ni. Lupa bawak sijil kelahiran hahaha.. ingat tau, prepare betul-betul.

PAKAIAN

Lepas settle semua kat atas, baru tengok baju apa yang sesuai nak pakai waktu interview. Saya share banyak untuk perempuan je tau. Bagi perempuan, sebaiknya pakai tudung bawal. Simple dan kemas. Shawl, pashmina dan sebagainya kurang sesuai sebab nampak lebih kasual. Baju pulak, jangan ada yang berani pakai jeans. Haritu ada yang yang kena halau dengan guard sebab pakai jeans.

Untuk perempuan, baju kurung biasa would perfectly do. Tak payah fesyen-fesyen sangat sebab first impression penting. Nanti interviewer kata ni fashion show ke apa hahaha tapiii tak fesyen pun kena jugak nampak kemas. Untuk warna baju, pastel colours are the best. Jangan pakai gelap-gelap sangat atau striking sangat. Yang okay-okay je. Kasut sebaiknya jenis bertutup dan warna hitam/gelap.

Satu tips yang saya dapat dari 'Mock Interview' waktu sekolah dulu(lebih kuranglah. Saya pun ingat-ingat lupa), kalau baju kurung bercorak, pastikan corak tu jenis tersusun/menjalar dan sedikit je coraknya. Jangan pilih baju yang corak serabut dan banyak.

Haa.. lagi satu kalau korang mohon jawatan yang berkaitan dengan kesihatan, pastikan BMI normal. Sebab peluang agak tipis kalau sebaliknya(saingan banyak dan sebagainya). Jadi, itu je lah. Goodluck !

Bye salam