07 August 2018
TIPS : MASUK UITM?! MACAM MANA NIII (PART 1)
Assalamualaikum hai
Harini saya nak share pasal pengalaman saya belajar di Uitm. Lebih spesifik di Uitm Perlis. Okay Perlis ada satu je Uitm. Tapi dengar dengar mungkin masa kedepan akan dibina satu lagi. Taktahu lah kebenarannya. Hmmm saya share pengalaman tak seberapa saya ni dulu, nanti insyaAllah saya share tips study di sini pulak. InsyaAllah 🌼
Uitm Perlis ni antara uitm yang paling tua tapi takde lah berhantu pun hahaha jangan risau. Kalau kena gaya, insyaAllah takde apa apa sampai habis belajar 😊 oh ya Uitm Perlis adalah zon bebas asap. Jadi tak boleh merokok dan bakar sampah. Semua orang hormat peraturan ni. Jadi untuk yang baru mula belajar di sini tolong take note okay ☺
Di sekitar Uitm ni paling popular CMart Arau lah untuk beli macam macam. Nanti bila bila saya share tempat yang best di sini. Kalau nak lagi jauh boleh naik train pergi Aman Central di Kedah hehe
Di Uitm Perlis, secara totalnya ada 4 Cafe (termasuk Cafe di kolej perempuan). Cafe Chu, Cafe Apple, Cafe Dahlia/Bangchik(di kolej perempuan) dan Cafe Damai/Mangga. Selalunya orang paling suka Cafe Apple dan Cafe Mangga. Memang sedap rasa addictive sangat. Harga pun murah je berbanding di luar. Saya nampak ramai pensyarah sarapan di dalam Uitm terutama di Cafe Mangga sebab dekat dengan pejabat pentadbiran.
Untuk pengangkutan, jangan risau. Di sebelah Cafe Apple ada satu kawasan lapang untuk teksi teksi. Cakap saja mana awak nak pergi, pakcik tu akan bawa. Dulu, stesen teksi di sebelah Cafe Mangga tapi atas sebab tertentu diorang diberi tempat baru. Oh ya, Grab pun ada tau. Cuma berita buruknya, Grab hanya boleh hantar sampai ke Gate A atau Gate B sahaja. Diorang dilarang masuk sebab orang luar. Uitm Perlis sangat menjaga kemasukan orang kedalam kawasan universiti. Ada polis bantuan yang bertugas di pos kawalan .
Itu sebabnya saya rasa selamat di universiti ini berbanding universiti lain. Pengangkutan lain adalah student cab! Student cab ni maksudnya student di uitm yang ada kereta akan buat perkhidmatan seperti teksi. Tapi pihak Uitm dah larang perkhidmatan ini sebab katanya tiada insurans jika berlaku apa apa. Bayarannya tak semahal teksi tapi tak semudah Grab.
Oh ya polis bantuan juga akan saman sesiapa yang berpakaian ketat, tak memakai kad matrik, dan sebagainya. Maksudnya sesiapa yang tak ikut sahsiah rupa diri yang ditetapkan Rm 50 bakal terbang dari beg duit anda 😂
Untuk port lepak pulak selalunya dia Mushroom. Haaa mesti pelik kenapa pulak cendawan 😂 sebab di sini ada satu tempat yang bentuk macam cendawan. Kira macam ruang legar gitu tapi ada setengah bahagian yang disediakan kerusi dan meja. So kalau ada group assignments campur lelaki perempuan, kebanyakan discussion dibuat di sini. Waktu akhir aktiviti di Mushroom adalah jam 11 malam kalau tak salah.
Kolej paling dekat dengan blok akademik (untuk kolej perempuan) adalah kolej Kesinai. Kesinai adalah kolej lama yang baru jugak di-renovate dan yang g bestnya sebelah dia Cafe Chu. Ok la setakat ni dulu saya share. Nanti sambung part 2 pulak 😉 gambar takde banyak yang cantik so nanti je lah kita share byeee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment