01 August 2018

CARA : MACAM MANA NAK AMBIL KAD SISWA BANK RAKYAT?




Assalammulaikum hai

Okay harini saya nak share cara nak ambil kad siswa di Bank Rakyat. Baru baru ni heboh kata 31Julai 2018 tu tarikh akhir pengambilan kad siswa. Saya pun cuak terus pergi bank petang tu jugak. Rasa macam kartun 😂 lepas tanya pegawai bank tu rupanya diorang pun belum dapat makluman apa apa pasal tarikh akhir tu.  Haihh penat je cuak 😅

Taklama lepas tu saya tengok di Twitter rupanya pihak bank lanjutkan pengambilan kad siswa sebulan dari tarikh akhir yang sepatutnya. Sebarang perubahan mungkin berlaku jadi better refer laman web diorang dari semasa ke semasa.

  • Firstly, sebelum pergi ambil kad siswa korang kena mohon dulu di laman web Bank Rakyat.
  • Tunggu email dari Bank Rakyat dan semak permohonan selalu di laman web Bank Rakyat. Kadang ada yang semak di web Bank Rakyat dan Rm250 dah dikreditkan dalam akaun tapi tak dapat email.  Korang kena tunggu email. 
  • Dah dapat email? Screenshot email yang orang dapat tu. Nanti ada setengah pegawai bank nak tengok bukti.  So senang lah tak payah kalut kalut dah. 
  • Pergi photostat kad pengenalan(ic) dan kad pelajar korang. 
  • Nak senang bawak satu fail. Letak salinan i/c dan kad pelajar dan yang asli dalam tu. (ini yang untuk dah umur 18 tahun ke atas tau) yang belum cukup 18 banyak sikit kena bawaknyer
  • Oh lupa better bawak pen hitam sendiri takut pen kat bank habis dakwat lah ramai orang nak guna lah. 
  • Dan lagi satu fikir siap siap nombor pin korang. Nanti senang tak 'loading' depan pegawai bank tu. 
  • Pergi BANK RAKYAT masuk je tanya mana mana pegawai/polis bantuan/pengawal 'Saya nak buat kad siswa macam mana ye? '
  • Nanti dorang bagi borang. Haa isi lah. banyak giler. 
  • Dah isi pergi check dekat pegawai takut terlepas pandang maklumat belum isi. 
  • Dah cun. Tunggu giliran. Main lah game ke apa. 
  • Pegawai bank panggil. Pergi dengan senyuman(nak dapat duit weii) tunggu jap bagi dia isi data. Masukkan nombor pin yang korang fikir siap kat rumah tu. Okay done cakap TERIMA KASIH. Tu common sense😂

Disclaimer : lain bank mungkin berbeza sikit prosedurnya. Ini berdasarkan seratus peratus pengalaman saya.
Hahaha tu je gambar malas letak. Lain kali lah ya 😁byee



No comments:

Post a Comment