Korang pakai moisturizer tak dalam skincare routine? Kalau I, dulu I tak pakai. Sebabnya, bila pakai kulit muka naik tiny bumps. Tak kira la produk keluaran apa pun. Jenis kulit I adalah berminyak dan agak sensitif. Bila stress ke atau salah pakai produk, senang jadi breakout atau inflammation. Tapi kulit I tak sampai jadi macam jerawat hormon yang besar tu. Cuma naik jerawat nanah dan merah-merah😅
Susah tau dulu bila nak cari produk. I pernah jugak giveup. Tapi kejap je la. Sebab lagi rasa stress bila skin tak nampak elok. I tak ada la harap sampai kulit jadi 'cing' cuma nak bersih je. Jerawat seketul dua tu bagi I okey je😊
So lepas I nampak dalam youtube channel Maisarah Mahmud, dia ada suggest moisturizer dari rosken's ni. Cuma setakat yang I tau, range produk dari Rosken's ni adalah untuk dry skin. So, bila I nampak ada produk untuk sensitive skin, I terus nak try walaupun ia tak berapa nak ngam dengan oily skin.😂
Nak tau tak kenapa I kata tak ngam? Sebab bila I yang memang kulit berminyak ni pakai, muka lagi bertambah minyak😂 awal-awal pakai, memang naik tiny bumps yang banyak sangat. Maybe sebab pores blocked kut. Kawan I pun perasan muka jadi macamtu😅
I stop sekejap. Then, I sambung pakai. Throughout the time, makin okey. Alhamdulillah. Jarang naik tiny bumps sekarang. Tapi kena cuci muka betul-betul. Sebab berminyak sangat muka I😂
Sekarang dah nak masuk tube kedua. Okey je, I suka sebab dia tak ada bau. Warna macam losyen. Putih mutiara kut orang panggil. Tak ada mineral oil. Tu penting sebab muka I sekarang tak boleh tolerate dengan mineral oil.
Bagi I, harga time sale memang murah sangatttt. Better beli time sale. Betul ni. Harga asal dia kadang buat I hesitate sikit walaupun bagi orang lain harga tu affordable. Cuma ye la, I student yang nak beli apa-apa kena kumpul dulu🤠jadi, kita cari time sale. Duit yang lebih tu boleh spend untuk benda lain kan? Betul tak😂
Quite good untuk I sebab produk ni claims tak ada mineral oils dan fragrances. I rasa sesuai la untuk produk yang khas bagi sensitive skin. Tak mudah irritate(walaupun awal pakai muka I naik tiny bumps sebab kulit sensitive sangat mungkin😅)
Oh lupa, produk ni ada botol besar dan botol kecil. Kalau korang nak cuba dulu, I suggest beli yang kecil dulu. Sebab kalau tak sesuai, tak la rasa ralat sangat😉 Lagi satu, untuk produk ni, packaging kadang datang dengan combo pack. Dapat 2 botol dengan harga yang I rasa quite nice😂
Untuk star, I bagi 4/5😊 0.5 star sebab yang tak berapa kenan packaging dia. 0.5 lagi untuk kesan yang bagi I quite lambat la😅 kena sabar dan konsisten pakai😊
UPDATE!!!
I dah guna almost banyak bulan juga (lost count dah😅) dan skin I much moreeeeeee better sekarang. Skin I tak flawless pun tau tapi it way more better daripada dulu😠I tak glow pun tapi bila makeup atau pakai foundation je dah shining elok(riak🤣) sebab moisturizer ni herlok. Kira tak mudah crack ke cakey atau apa-apa la. Tapi tiny bumps tu still ada dan tak ada la sebanyak dulu dah😉
Okey itu je I nak share kali ni, byee
No comments:
Post a Comment