04 February 2019

SERANGGA MASUK TELINGA ?


Hi.

Korang pernah tak ada pengalaman serangga masuk telinga? Nightmare kan? Dah la sakit, geli, kepala rasa berdenyut haa semua ada. Last - last menangis jugak lah.

I pernah kena dengan semut kecik tu je. Itu pun meraung jugak lah. Masa tu, I tengah lena dan I terjaga sambil tengah mamai macam tu sebab telinga I sakit. Jadi, I kejut la nenek I sebab rasa sakit. I kata lah maybe sepupu I yang tidur sebelah I tu terletak tangan atas rambut I sebab kepala I rasa sakit padahal telinga I yang sakit tapi ye lah masa tu kecik lagi. Bila fikir balik, kesian sepupu I kena tuduh tak pasal-pasal padahal dia tengah lena tak sedar apa😂

Macam-macam nenek I buat sampai lah dia sapu kapur makan kat telinga I kalau tak salah. Lepas tu tak lama, pap keluar lah bangkai semut kecik tu haa

Okey tu pengalaman I, tapi apa yang I nak share dekat post ni bukan tu je tapi I nak share LANGKAH AWAL YANG PERLU DIAMBIL KALAU SERANGGA MASUK TELINGA.

1. Relax. Jangan gelabah tarik nafas, lepas dulu.

2. Halakan telinga yang dimasuki serangga tu ke bawah(ikut tarikan graviti) dan goyang sikit-sikit kepala.

3. JANGAN guna putik kapas atau pencungkil supaya serangga tak tertolak jauh ke dalam telinga.

4. Kalau serangga tu confirm dah mati, baru boleh guna pengepit untuk tarik keluar.

5. Guna minyak zaitun atau minyak bayi(baby oil) sedikit ke dalam telinga supaya serangga lemas.

6. Guna picagari untuk sembur air secara perlahan supaya gegendang telinga tak rosak dan pastikan keseluruhan serangga keluar

7. Make sure jumpa doktor kalau serangga tak keluar habis, tak keluar, ada nanah, kurang pendengaran dan sebagainya.

Okey tu je yang I boleh share. I ambik maklumat ni dari infografik oleh pegawai perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

No comments:

Post a Comment