28 December 2018

DIPLOMA : LAB AS120 PART 3 (PHOTOS EDITION)


Lab chemistry. Tak pernah tak serabut lepas lab hahaha lepastu buat discussion guna ayat sukati je. Time ni lab report satu je untuk setiap group so tak gelabah sangat bila kena buat calculation, questions, conclusion semua tu sebab boleh bahagi tasks. Serious lab organic chemistry ni paling- keluar je lab tak macam orang dah lepastu kena masuk lecture hahaha





Lab bioo..! Kena 'bedah' bunga time ni




Bunga taktau nama lepastu gelabah google sebab nak buat lab report. Orchid ni rasanya


Bunga ada banyak so boleh ambik sorang satu


Lab bio. Guna kacang apa ntah. Soak beans 24h dgn 48h kut kalau tak salah.


Lepas rebus aka boiling process. Nak tengok presence of starch rasanya.


Cantik kan? Under microscope. Striated epithelium cells kut ni. Lepastu kan kena lukis hahahaha mampus.. Yang lukis tu kawan se-group tolong lukis. 


Ni ha cell yang kat atas tu.. Eh ke bukan? Sebab banyak sample kena observe pening dah


Oh ni yang boil soak beans tu. Benda tu panggil hot plate. Kira no more bunsen burner gitu.

TIPS : LEPAS PT3 NAK PILIH ALIRAN APA?


Hi assalamualaikum😊

Sapa ada masalah dilema lepas PT3 nanti nak masuk aliran apa? Sejujurnya dulu I pun ada masalah ni. Tambah lagi bila ada sepupu terdekat yang sebaya. Pressure sangat kalau kena compare😂


Okey lepas habis form 3, I tau mesti ramai yang confuse lagi nak ambik aliran apa lepas ni kan? Sebenarnya ada banyak aliran yang korang boleh ambik selain akaun dan sains. Tapiii kena ingat tak semua sekolah sediakan aliran yang sama.

So, first step kena rajin survey. Pro dengan cons sekolah yang korang nak further. Contohnya, tanya orang ke, baca pengalaman ke haa jadi nanti banyak info yang boleh dapat. Kena ambik kira jugak jarak sekolah dengan rumah, kalau jauh ada transport tak. Kalau sekolah berasrama senang sikit kalau tempat tu jauh😊


I bagi contoh dulu I sekolah di SMK Amanjaya. Sekolah ni ada banyak lagi aliran selain akaun dan sains macam tasawwur islam, perdagangan dan kemahiran (something yangg macam tu sebab dah lupa dah). Ha tapi ada jugak aliran yang tak ada kat situ contohnya, aliran sastera. I ambik kira jugak jarak sekolah sebab sekolah ni tak ada asrama. Transport pulak kalau nak naik van mahal time tu. Bas sekolah tak masuk area rumah I😅

Banyak faktor kena fikir. Tapi takpa, take it slow. InsyaAllah Tuhan tolong😊


Untuk yang pening kepala lagi nak pilih ni, lepas ni tengok tips kat bawah ni. Sebelum tu, sebenarnya apapun bergantung pada minat dan kecenderungan diri sendiri tau.

1. Buat satu list pro and cons untuk setiap aliran

- Ambik satu kertas dan tulis pro(baik) dan cons(buruk) kalu kita ambik aliran tu.

Contohnya, tulis untuk aliran akaun.
Pro = I boleh buat kira-kira nanti (perniagaan), tak banyak hafal-hafal, tingkatkan kemahiran problem-solving.

Cons = I tak minat akaun, tak suka bermain dengan nombor yang banyak, istilah banyak dalam bahasa melayu(kalau kat sekolah dulu guna BM tapi sekarang I tak pasti) jadi I pening nak tukar terms sebab I adalah antara batch-batch terakhir yang guna silibus dalam BI.

2. Ikut kawan ke tak

- Please jangan ikut kawan sebab kecenderungan kita semua tak sama tau. Rapatlah macam mana pun mesti ada jugak traits yang tak sama dengan kawan.

Sebenarnya kita tau limit diri sendiri. Jadi kalau rasa tak boleh bawak certain subject better cari alternatif lain.

Okey contohnya I tau I tak minat akaun dan kawan baik I pulak memang tak boleh subjek menghafal(sains) jadi kami tetap ikut kemampuan diri sendiri walaupun sedih jugak la kena pisah kelas 😂 biasalah budak-budak remaja jiwa bergelora sikit dulu😂

3. Cita-cita

Setiap orang mesti ada cita-cita kan? Ke ada lagi yang tak pasti nak jadi apa kerja nanti ni? Okey takpa contoh la korang teringin nak jadi jurutera (engineer) jadi korang kena tau untuk jadi engineer ni kena lulus subjek apa atau kena ada basic apa.

Untuk jadi engineer,  dia sangat berkait rapat dengan matematik tau jadi korang kena at least ada basic matematik jugak dan tahu addmath tu ha.

Jadi korang tak boleh lah dari aliran perniagaan contohnya nak jadi engineer. (Sebenarnya ada kemungkinan boleh jugak cuma pathway korang tu nanti susah sikit lah sebab tak ada basic yang kuat so kena struggle lebih sikit). Bukan lah bermakna tak boleh langsung tau.

Percaya dengan takdir. Nanti pusing lah macam mana pun, kalau Tuhan dah tentukan korang dapat jadi apa yang korang nak, insyaAllah dapat😊

Okey tu je, goodluck ! Assalamualaikum bye😉

19 November 2018

TIPS : INTERVIEW SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)


Asalamualaikum haii😊


ni dekat pusat temu duga SPA Alor Setar,Kedah.

So untuk dapat panggilan interview, first sekali MESTI kena apply dulu SPA8i. Pilih jawatan apa yang kita nak. Then, tunggu panggilan interview. Jadi, kalau dah dipanggil untuk interview tu apa yang kita kena buat ?

FIRST thing kena buat adalah prepare mentally dulu. Sebab kita kena tenang dan tak boleh gelabah waktu hari interview tu. Kita mesti kena nampak tenang dan well prepared supaya nampak yakin dan matured.

NOTES/INFORMATION

Sangat wajibbbb. Sebab nanti kalau interviewer tanya soalan berkaitan jawatan yang dipohon tu kita nak jawab apa kalau tak tahu. Contohnya, kalau mohon jawatan Penolong Pegawai Perubatan(MA). Mungkin interviewer boleh tanya, apa tugas MA? pakaian rasmi MA? MA boleh diagnose pesakit ke dan macam-macam lah. Jadi, untuk selamatkan diri daripada terkaku waktu ditanya soalan, prepare diri dua tiga hari sebelum hari interview.

DOKUMEN DIRI/RESUME

Bila dapat tawaran interview, pihak SPA akan emailkan senarai dokumen yang perlu dibawa bersama.  Tolong dapatkan satu clear folder untuk masukkan dokumen tu semua. Jangan pulak pakai pocket file yang colour-colour 50 sen tu. I/C tu penting. Letak sekali dalam clear folder. Sediakan jugak dua tiga paper clips dan pen HITAM kalau-kalau nak guna. Kenapa pen hitam? Pen berwarna hitam adalah untuk tujuan formal. Semak semula dokumen-dokumen tu. Jangan jadi macam orang yang menulis ni. Lupa bawak sijil kelahiran hahaha.. ingat tau, prepare betul-betul.

PAKAIAN

Lepas settle semua kat atas, baru tengok baju apa yang sesuai nak pakai waktu interview. Saya share banyak untuk perempuan je tau. Bagi perempuan, sebaiknya pakai tudung bawal. Simple dan kemas. Shawl, pashmina dan sebagainya kurang sesuai sebab nampak lebih kasual. Baju pulak, jangan ada yang berani pakai jeans. Haritu ada yang yang kena halau dengan guard sebab pakai jeans.

Untuk perempuan, baju kurung biasa would perfectly do. Tak payah fesyen-fesyen sangat sebab first impression penting. Nanti interviewer kata ni fashion show ke apa hahaha tapiii tak fesyen pun kena jugak nampak kemas. Untuk warna baju, pastel colours are the best. Jangan pakai gelap-gelap sangat atau striking sangat. Yang okay-okay je. Kasut sebaiknya jenis bertutup dan warna hitam/gelap.

Satu tips yang saya dapat dari 'Mock Interview' waktu sekolah dulu(lebih kuranglah. Saya pun ingat-ingat lupa), kalau baju kurung bercorak, pastikan corak tu jenis tersusun/menjalar dan sedikit je coraknya. Jangan pilih baju yang corak serabut dan banyak.

Haa.. lagi satu kalau korang mohon jawatan yang berkaitan dengan kesihatan, pastikan BMI normal. Sebab peluang agak tipis kalau sebaliknya(saingan banyak dan sebagainya). Jadi, itu je lah. Goodluck !

Bye salam

26 October 2018

TIPS : AS120 BIOLOGY SEMESTER 3 SUSAH TAK?

Hai

Semester 3 ni dia banyakkk sangat sangat untuk subjek Biology. Dulu, code dia BIO260 tapi batch baru ni kena tukar jadi BIO270. Susah pun ye jugak. Tapi sebenarnya kalau diikutkan apa benda je yang tak susah kalau kita nak mendalami tu. So, untuk yang baru nak kenal, nak study siap-siap sebelum semester baru start tu, goodluck !


EXCRETORY SYSTEM

Homeostasis

Definition - maintenance of a constant internal environment when dealing with external changes.

(maksudnya kat sini, homeostasis ni adalah satu cara untuk maintain environment dalam badan kita bila berlaku perubahan di luar badan. Nanti kita terangkan lagi so baca dulu).

Three components of homeostatic control system
- receptor
- control center
- effector

(ni semua kira components wajib dalam system ni. Jadi, kalau one of them tak ada so tak complete lah system ni)

Regulatory mechanism
- negative feedback
- positive feedback

Example of homeostatic regulation
- thermoregulation
- glucose regulation
- osmoregulation
- excretion

(ini siap kena illustrate lagi. kalau pandai melukis tu kira bonus lah)

Definition of:
- osmoconformers
- osmoregulators
- stenohaline
- euryhaline


okey sampai sini dulu lah. bye !




16 September 2018

TIPS: STUDENTS SELALU BUAT APA JE DI UNI?




Students sini sama je macam students lain.  Berbeza sikit - sikit saja.

So harini saya share gambar-gambar yang mana ada dalam phone dulu.  Sebenarnya banyak je lagi memories yang diambil tapi dalam phone orang lain. Alahaii



Movie night. Selalunya malam-malam kumpul ramai-ramai. Ee seronoknya !
Tapi saya dan roommate akan tengok half movie waktu makan. Ambik feel macam kat rumah sambil makan tengok tv. 


Ini masa dalam bilik. Nampak pink light kan? Sebab roommate bawa lampu tidur warna pink ! Lawa je bilik rasa. 


Ini adalah bae. Saya dan junk foods tak dapat berpisah. Ralit makan sampai tak sedar dah habis the whole keropok sorang-sorang. 



Kawasan parking kereta tepi kolej. Seberang sana ada banyak pokok kelapa. Risau jatuh atas kereta.  Tambah-tambah atas kepala hahah


Ambik gambar story orang je hahaha. Lawa kan warna dia?  Ini loker baru. Loker besi untuk ganti loker kayu yang tak ada kayu kat bahagian belakang hahahaha


Makanan lagi.  Oh sini ada kedai coklat tau. Best dan yang penting ada port untuk ambik gambar yang lawa !



Dekat dengan lecture theatre dan library.



Sini dekat dengan kedai Mr. Diy


Ini masa nak celebrate birthdate kawan. Last minit punya plan. Tau pukul 9 macam tu terus call org minta tolong belikan.  Dan taraa makan kek malam-malam ! Hahaha


Ini hadiah birthday saya yang roommate  bagi. Wohooo


Tunggu lecturer lambat masuk. Dan wifi pulak laju hahahaha apalagi download itu ini la


Ini scenery waktu malam.


Pagiiiii. Lampu jalan pun tak padam lagi dah pergi kelas hahaha


Kipas ada dua. Lampu total 4. Kalau musim hujan bukak satu kipas je. Tak tahan sejuk hahaha

Okay itu je bye. 

11 September 2018

TIPS : AS120 BIOLOGY SEM 3


Hai assalammulaikum

Okay untuk sem 3 code course untuk biology dah bertukar. Kalau sebelum ni Bio260 tapi sekarang dah tukar Bio270. Jadi past years paper memang tak ada kalau cari pun. Bio260 adalah biological systems while bio270 adalah animal and plants physiology.  I find it quite interesting.

Awak akan belajar structure dalam badan ikan contohnya, katak, manusia dan macam-macam la. Seronok tau. Saya punya notes dari lecturer memang superb gambarnya. Macam real je dengan colour terangnya.

Ingat tau apa awak belajr di sem 1 dan sem 2 berkait sampai lah awak habis semester. Contohnya sem 2 belajar Kreb's cycle kan..  Waktu sem 3 pun dia masuk sikit. So kalau awak tahu awak kurang faham dari awal,  cepat-cepat minta tolong lecturer untuk terangkan balik pada awak. Lecturer tak makan orang.

Kalau takut jugak, cari kawan. Ada yang ajar laju. Jadi cari kawan yang boleh ajar awak sesuai dengan momentum awak. InsyaAllah awak boleh.

Oh lupa,  untuk Bio270 ada 13 chapters untuk dihabiskan. Kalau sebelum ni Bio260, ada 14 chapters. Diorang kurangkan satu chapter saja. Takpe lah asalkan yakin insyaAllah boleh lulus cemerlang aamiin

Okeytujebye

07 August 2018

TIPS : MASUK UITM?! MACAM MANA NIII (PART 1)



Assalamualaikum hai

Harini saya nak share pasal pengalaman saya belajar di Uitm. Lebih spesifik di Uitm Perlis. Okay Perlis ada satu je Uitm. Tapi dengar dengar mungkin masa kedepan akan dibina satu lagi. Taktahu lah kebenarannya. Hmmm saya share pengalaman tak seberapa saya ni dulu, nanti insyaAllah saya share tips study di sini pulak.  InsyaAllah 🌼

Uitm Perlis ni antara uitm yang paling tua tapi takde lah berhantu pun hahaha jangan risau.  Kalau kena gaya, insyaAllah takde apa apa sampai habis belajar 😊 oh ya Uitm Perlis adalah zon bebas asap. Jadi tak boleh merokok dan bakar sampah. Semua orang hormat peraturan ni. Jadi untuk yang baru mula belajar di sini tolong take note okay ☺

Di sekitar Uitm ni paling popular CMart Arau lah untuk beli macam macam. Nanti bila bila saya share tempat yang best di sini. Kalau nak lagi jauh boleh naik train pergi Aman Central di Kedah hehe

Di Uitm Perlis, secara totalnya ada 4 Cafe (termasuk Cafe di kolej perempuan). Cafe Chu,  Cafe Apple, Cafe Dahlia/Bangchik(di kolej perempuan) dan Cafe Damai/Mangga. Selalunya orang paling suka Cafe Apple dan Cafe Mangga. Memang sedap rasa addictive sangat. Harga pun murah je berbanding di luar. Saya nampak ramai pensyarah sarapan di dalam Uitm terutama di Cafe Mangga sebab dekat dengan pejabat pentadbiran.

Untuk pengangkutan,  jangan risau. Di sebelah Cafe Apple ada satu kawasan lapang untuk teksi teksi. Cakap saja mana awak nak pergi,  pakcik tu akan bawa. Dulu,  stesen teksi di sebelah Cafe Mangga tapi atas sebab tertentu diorang diberi tempat baru. Oh ya, Grab pun ada tau. Cuma berita buruknya,  Grab hanya boleh hantar sampai ke Gate A atau Gate B sahaja.  Diorang dilarang masuk sebab orang luar.  Uitm Perlis sangat menjaga kemasukan orang kedalam kawasan universiti. Ada polis bantuan yang bertugas di pos kawalan .

Itu sebabnya saya rasa selamat di universiti ini berbanding universiti lain. Pengangkutan lain adalah student cab! Student cab ni maksudnya student di uitm yang ada kereta akan buat perkhidmatan seperti teksi. Tapi pihak Uitm dah larang perkhidmatan ini sebab katanya tiada insurans jika berlaku apa apa. Bayarannya tak semahal teksi tapi tak semudah Grab.

 Oh ya polis bantuan juga akan saman sesiapa yang berpakaian ketat,  tak memakai kad matrik, dan sebagainya.  Maksudnya sesiapa yang tak ikut sahsiah rupa diri yang ditetapkan Rm 50 bakal terbang dari beg duit anda 😂

 Untuk port lepak pulak selalunya dia Mushroom.  Haaa mesti pelik kenapa pulak cendawan 😂 sebab di sini ada satu tempat yang bentuk macam cendawan. Kira macam ruang legar gitu tapi ada setengah bahagian yang disediakan kerusi dan meja. So kalau ada group assignments campur lelaki  perempuan, kebanyakan discussion dibuat di sini. Waktu akhir aktiviti di Mushroom adalah jam 11 malam kalau tak salah.

Kolej paling dekat dengan blok akademik (untuk kolej perempuan) adalah kolej Kesinai. Kesinai adalah kolej lama yang baru jugak di-renovate dan yang g bestnya sebelah dia Cafe Chu. Ok la setakat ni dulu saya share. Nanti sambung part 2 pulak 😉 gambar takde banyak yang cantik so nanti je lah kita share byeee

06 August 2018

REVIEW : TRETINON / RETIN A CREAM UNTUK JERAWAT ? BEST KE?



Assalamualaikum hai😊

Harini saya nak share pasal TRETINON cream atau 'kembar' dia Retin A cream yang katanya untuk pimples. TRETINON cream ni dipasarkan di Malaysia sekarang.


AMARAN :  TRETINON cream ni teratogenic dan tak sesuai untuk pregnant woman. Pregnancy also must be avoided during treatment.


Saya cerita dari pengalaman saya dengan kawan saya. Okay, waktu saya di semester 2 diploma, saya temankan kawan saya jumpa dengan doktor sebab muka breakout . Alang alang teman tu,  saya pun nak tanya jugak produk dan makanan yang sesuai untuk kulit yang bersih.


Sembang punya sembang, doktor bukak komputer dia then tunjuk gambar macam di bawah ni. Tapi untuk cream ni ada percentage yang berlainan.  Saya kena pakai yang percentage paling rendah sebab muka saya pimples tak banyak dan okay sikit compared to kawan saya yang mukanya breakout.





Doktor tunjuk gambar ni dan suruh pergi farmasi sebab dekat klinik tu takde stok cream ni. Tapi bila pergi farmasi, pharmasict kata ini packaging lama dan dah tak dihantar ke Malaysia lagi dah. 





Pharmasict tu kata ada cream lain yang sama fungsi dengan Retin A cream. Dan taraaa.. namanya TRETINON. Sama je dengan Retin A cream tu. Memang sekarang stock ni je yang sampai ke Malaysia. Sadly, ini je percentage yang ada. Takde 0.025%. Ada 0.05% saja. 





Ni belakang packaging dia. Untuk pregnant woman tak boleh pakai tau. Effect dia sampai ke baby. Nampak tak yang racun dia kuat huhu...  Untuk yang nak conceived baby pun tak boleh pakai tau. Kalau dah pakai, at least 4 weeks atau lebih kena stop pakai. Takut baby cacat. 




Kecik je tapi worth it sebab sikit je pakai kat tempat jerawat. Lupa nak ambil gambar cream tu. Warna dia slightly turquoise-putih dan bau dia a bit kuat. Bau ubat yang macam menusuk sikit.



Belakang tube tu ada ingredients list, directions cara guna semua.  


Cara pakainya, letak cream ni dekat tempat jerawat sahaja. Jangan letak satu muka pulak 😂 saya apply guna cotton bud tau. Tak guna jari sebab takut sumbang lagi banyak bacteria ke jerawat tu 😂 Doktor pesan supaya pakai waktu malam sahaja sebab kalau pakai waktu siang, kulit react to sunlight (More exposure lepas tu akan sunburn). 


Kesannya, esok tu jerawat jadi lembut (serius ni memang kulit jerawat jadi menipis) jadi senang tak payah picit jerawat kuat kuat sampai tinggal kesan. Kadang tu, lap muka terkuat sikit dengan tuala pun jerawat pecah 😅 mungkin bergantung pada kulit muka masing-masing jugak. Kadang effect dia untuk setengah orang hanya berkesan untuk jerawat saiz besar sahaja. Untuk yang muka breakout, mungkin boleh cuba 😉


 Oh ya, saya perasan TRETINON cream ni tak mengeringkan jerawat pada muka saya. Dia lebih kepada menipiskan kulit jerawat supaya senang nanah keluar tanpa kesan picit. Apa pun saya suggest supaya dapatkan nasihat doktor cepat-cepat kalau rasa muka jadi breakout.  Kadang kita tak tahu mungkin ada setengah chemicals yang terkandung dalam produk tu tak sesuai dengan kulit.  Jadi, mungkin consultation doktor dapat bantu awak☺ 


Harganya RM18 saya beli di Perlis. Rasanya sama je harga di semua farmasi. Ingat ye, pregnant woman TAKBOLEH pakai TRETINON CREAM ni sebab dia TERATOGENIC. Bahaya kepada baby. 



UPDATE !!!! (June2020)

I still guna kalau ada jerawat besar-besar naik. So, semalam I letak sikit dekat jerawat yang baru nak naik(berdenyut dan merah😂). Esoknya tu I check kulit bahagian jerawat tu dah macam 'lembut' sikit. Orang kata dah 'masak' haa sebab I dah boleh nampak exudate warna kuning tu 😂

Sepatutnya, krim ni pakai waktu malam. Tapi tak tahan berdenyut dan ada rasa sakit la jugak😅 I pakai je terus tak kisah siang. Okey la, walaupun bau dia 'tajam' sikit. Oh, I tak letak gambar tau sebab jerawat tu naik dekat bahagian anak rambut😅


Okey tu je nak share. Sorry panjang sikit tulis. Thanks baca kind-souls😊


Disclaimer : I am not a doctor, pharmasict or anyone who has professional skills in beauty fields. I am just a beauty enthusiast who loves sharing about beauty related things.  Do share or communicate with me at nabilahzaini894@gmail.com . I love to learn and share with others 🌼 This reviewed products is not sponsored. I bought this product 100% using my own money and this is written with my own ideas ™

01 August 2018

CARA : MACAM MANA NAK AMBIL KAD SISWA BANK RAKYAT?




Assalammulaikum hai

Okay harini saya nak share cara nak ambil kad siswa di Bank Rakyat. Baru baru ni heboh kata 31Julai 2018 tu tarikh akhir pengambilan kad siswa. Saya pun cuak terus pergi bank petang tu jugak. Rasa macam kartun 😂 lepas tanya pegawai bank tu rupanya diorang pun belum dapat makluman apa apa pasal tarikh akhir tu.  Haihh penat je cuak 😅

Taklama lepas tu saya tengok di Twitter rupanya pihak bank lanjutkan pengambilan kad siswa sebulan dari tarikh akhir yang sepatutnya. Sebarang perubahan mungkin berlaku jadi better refer laman web diorang dari semasa ke semasa.

  • Firstly, sebelum pergi ambil kad siswa korang kena mohon dulu di laman web Bank Rakyat.
  • Tunggu email dari Bank Rakyat dan semak permohonan selalu di laman web Bank Rakyat. Kadang ada yang semak di web Bank Rakyat dan Rm250 dah dikreditkan dalam akaun tapi tak dapat email.  Korang kena tunggu email. 
  • Dah dapat email? Screenshot email yang orang dapat tu. Nanti ada setengah pegawai bank nak tengok bukti.  So senang lah tak payah kalut kalut dah. 
  • Pergi photostat kad pengenalan(ic) dan kad pelajar korang. 
  • Nak senang bawak satu fail. Letak salinan i/c dan kad pelajar dan yang asli dalam tu. (ini yang untuk dah umur 18 tahun ke atas tau) yang belum cukup 18 banyak sikit kena bawaknyer
  • Oh lupa better bawak pen hitam sendiri takut pen kat bank habis dakwat lah ramai orang nak guna lah. 
  • Dan lagi satu fikir siap siap nombor pin korang. Nanti senang tak 'loading' depan pegawai bank tu. 
  • Pergi BANK RAKYAT masuk je tanya mana mana pegawai/polis bantuan/pengawal 'Saya nak buat kad siswa macam mana ye? '
  • Nanti dorang bagi borang. Haa isi lah. banyak giler. 
  • Dah isi pergi check dekat pegawai takut terlepas pandang maklumat belum isi. 
  • Dah cun. Tunggu giliran. Main lah game ke apa. 
  • Pegawai bank panggil. Pergi dengan senyuman(nak dapat duit weii) tunggu jap bagi dia isi data. Masukkan nombor pin yang korang fikir siap kat rumah tu. Okay done cakap TERIMA KASIH. Tu common sense😂

Disclaimer : lain bank mungkin berbeza sikit prosedurnya. Ini berdasarkan seratus peratus pengalaman saya.
Hahaha tu je gambar malas letak. Lain kali lah ya 😁byee



20 July 2018

REVIEW : BEST TAK BIORE CLEANSING OIL?


Hi assalammulaikumm

So harini saya nak share pasal oil cleanser dari Biore. Saya ada cerita disebalik ni sebab nak dapatkan benda ni sampai give up dah la saya hahaha

Keseluruhan saya bagi 4/5 stars. Produk ni memang produk selalu kena restock dari Biore. Selalu je habis stock setiap kali pergi drugstore. Kalau time sale tu jangan haraplah nak dapat kalau lambat pergi😂 okay ramai tanya best sangat ke? Apa yang bagusnya oil cleanser ni?  Haaa sekejap nanti saya cerita.

Selain dari jenama Biore, Senka pun selalu jugak dengar. Kalau korang ada bajet lebih, boleh try. Senka punya cleansing oil pun dalam wishlist saya untuk try insyaAllah 😄



Cleansing oil ni untuk apa?
  • Untuk cuci segala minyak dekat muka.  Contohnya sunscreen/sunblock yang kita pakai tu, sebum, foundation ke dan macam macam lah

Ini ke yang orang cakap untuk buat double cleansing tu?
  • Ya.  Guna sebelum cuci muka dengan cleanser biasa.  Make sure cuci denngan gerakan memutar lebih dari seminit at least! Sebab nak impurities dekat muka tu larut dengan cleansing oil.

Kena guna tiap kali cuci muka ke?
  • Depends. Selalunya saya guna waktu malam atau bila saya pakai makeup 😂 kalau waktu pagi tu bagi saya tak perlu pun sebab muka pun fresh je. Saya guna mild cleanser je untuk pagi. 

Cleansing oil ni ada bau ke?
  • Ada.  Best bau dia hahaha tak tahu macam mana nak describe tapi nice lah. Tak kuat sangat bau

Nak beli lagi tak?
  • Yes!  Bagi saya best. Cuma kalau ada yang travel punya pack lagi best

Pros
  • Murah! Bagi saya harga dia mampu milik even if you are a student with no side income macam saya hahaha
  • Tahan lama.  Kalau pandai guna dengan betul
  • Botol dia jenis pump. Jadi tak senang bocor atau tumpah. 
  • Wangiii!
  • Tekstur dia tak la berminyak macam minyak masak tu haa cuma mcam air yang berminyak sikit. 

Cons
  • Stok cepat habis!  Banyak kali pergi ke drugstores nak beli tapi takde stok langsung.
  • Botol tak bentuk bulat. Dia melebar jadi makan ruang sikit bila nak bawa travel. 
  • Mungkin tak sesuai kalau kulit sensitif. Ada setengah orang kulit dia tak sesuai  dengan biore cleansing oil ni. Better do patch test
  • After washing tu mata macam kabur sikit kalau basuh tak bersih-bersih (I don't know why. Mungkin oil masuk mata sikit kut)


Saya beli dengan harga  RM 19+ untuk 150ml time tengah ada sale di Watsons.  Kalau harga biasa rm 23+ kalau tak salah. Better tunggu time sale kalau nak shopping beauty products.  Memang worth it. Kalau saya, saya selalu rujuk  www.watsons.com.my  kalau nak tahu products apa yang ada atau tak. Depends on you okey😉


UPDATE !!! (4/6/2019)
I still pakai sampai sekarang. Not bad sebab kalau pakai lipstick pun senang je nak tanggal guna sikit cleansing oil ni. (kalau guna double triple lipstick tu guna la lebih sikit cleansing oil tu)😅

Kalau travel, I akan letak dalam travel bottle kit(beli kat Mr.DIY atau Kaison atau tempat yang lebih kurang macam tu). Senang dan tak guna banyak space.

Setakat ni, I still tak tukar lagi sebab sesuai dengan kulit muka. So, yang mana nak try korang try lah beli time-time sale macam nak raya ni. Jimat berganda okeyy😂


UPDATE!!! 28/6/2019

Unfortunately, I terpaksa stop pakai sekejap. Ada balance banyak lagi. Sebabnya


1. I ada fungal acne (bahasa Melayu nya kita panggil jerawat pasir).  I SALAH FAHAM sebab fungal acne tu BUKAN lah jerawat pasir sebenarnya. I minta maaf sangat sebab misunderstood perbezaan dua-dua ni. Thanks to ChubbySofea yang bagi info dekat comment💛 Kalau ikutkan, I senang dapat jerawat pasir bila pakai cleansing oil ni.  I guess ada bahan yang tak sesuai bagi kulit I. Cuma I tak boleh cari apa bahan tu😅 

Awal pakai cleansing oil ni okey je naik sikit-sikit jerawat. I ingat sebab faktor lain(stress etc). Rupanya makin lama makin banyak pulak ahaha bila tanya kawan-kawan ada jugak yang macam I😅 so I guess kulit I tak sesuai pakai cleansing oil ni.



I am truly sorry for the misunderstanding😞 tapi I happy jugak sebab dah tak salah faham lagi sekarang ni hehe thanks a lot✨




Disclaimer: i am not a beauty consultant,  pharmacist or a doctor.  I am a beauty enthusiast who love sharing. I love to learn and get more information from others too. Do email me at nabilahzaini894@gmail.com if you have any opinion regarding beauty thingy😁 

27 February 2018

CARA BAYAR YURAN UITM MENGGUNAKAN ATM BANK ISLAM





Hi!

I bagi steps terus tau. Malas tulis banyak hahaha


1)  Buka student portal. Click e-Finance. Click bil pelajar. Please note that you kena ingat number siri yuran yang you nak bayar. contoh : nopelajar003


2)  Pastikan duit dalam akaun you cukup untuk bayar yuran (lebih pun takpe hehe)



3)  Kalau tak cukup, pergi ke cash deposit machine bank islam lepastu transfer duit ke akaun you dulu (kena ingat akaun number you, kalau tak ingat tulis dalam phone note nanti senang refer)


4)  Pergi ke atm bank islam, masuk card


5)   pilih lain-lain


6) pilih yuran IPT


7)  Masukkan number I/C you


8)  Ingat number siri bil you nak bayar tu.. haa tekan yang itu


9)  Check amaun yang keluar tu sama tak dengan amaun yuran you kena bayar.


10)  Teruskan. Ambil slip. simpan tau slip tu. Bukti. Dah siappp


ok byeee. Thanks kind-souls😄