Hi assalammulaikumm
So harini saya nak share pasal oil cleanser dari Biore. Saya ada cerita disebalik ni sebab nak dapatkan benda ni sampai give up dah la saya hahaha
Keseluruhan saya bagi 4/5 stars. Produk ni memang produk selalu kena restock dari Biore. Selalu je habis stock setiap kali pergi drugstore. Kalau time sale tu jangan haraplah nak dapat kalau lambat pergi😂 okay ramai tanya best sangat ke? Apa yang bagusnya oil cleanser ni? Haaa sekejap nanti saya cerita.
Selain dari jenama Biore, Senka pun selalu jugak dengar. Kalau korang ada bajet lebih, boleh try. Senka punya cleansing oil pun dalam wishlist saya untuk try insyaAllah 😄
Cleansing oil ni untuk apa?
- Untuk cuci segala minyak dekat muka. Contohnya sunscreen/sunblock yang kita pakai tu, sebum, foundation ke dan macam macam lah
Ini ke yang orang cakap untuk buat double cleansing tu?
- Ya. Guna sebelum cuci muka dengan cleanser biasa. Make sure cuci denngan gerakan memutar lebih dari seminit at least! Sebab nak impurities dekat muka tu larut dengan cleansing oil.
Kena guna tiap kali cuci muka ke?
- Depends. Selalunya saya guna waktu malam atau bila saya pakai makeup 😂 kalau waktu pagi tu bagi saya tak perlu pun sebab muka pun fresh je. Saya guna mild cleanser je untuk pagi.
Cleansing oil ni ada bau ke?
- Ada. Best bau dia hahaha tak tahu macam mana nak describe tapi nice lah. Tak kuat sangat bau
Nak beli lagi tak?
- Yes! Bagi saya best. Cuma kalau ada yang travel punya pack lagi best
Pros
- Murah! Bagi saya harga dia mampu milik even if you are a student with no side income macam saya hahaha
- Tahan lama. Kalau pandai guna dengan betul
- Botol dia jenis pump. Jadi tak senang bocor atau tumpah.
- Wangiii!
- Tekstur dia tak la berminyak macam minyak masak tu haa cuma mcam air yang berminyak sikit.
Cons
- Stok cepat habis! Banyak kali pergi ke drugstores nak beli tapi takde stok langsung.
- Botol tak bentuk bulat. Dia melebar jadi makan ruang sikit bila nak bawa travel.
- Mungkin tak sesuai kalau kulit sensitif. Ada setengah orang kulit dia tak sesuai dengan biore cleansing oil ni. Better do patch test
- After washing tu mata macam kabur sikit kalau basuh tak bersih-bersih (I don't know why. Mungkin oil masuk mata sikit kut)
UPDATE !!! (4/6/2019)
I still pakai sampai sekarang. Not bad sebab kalau pakai lipstick pun senang je nak tanggal guna sikit cleansing oil ni. (kalau guna double triple lipstick tu guna la lebih sikit cleansing oil tu)😅
Kalau travel, I akan letak dalam travel bottle kit(beli kat Mr.DIY atau Kaison atau tempat yang lebih kurang macam tu). Senang dan tak guna banyak space.
Setakat ni, I still tak tukar lagi sebab sesuai dengan kulit muka. So, yang mana nak try korang try lah beli time-time sale macam nak raya ni. Jimat berganda okeyy😂
UPDATE!!! 28/6/2019
Unfortunately, I terpaksa stop pakai sekejap. Ada balance banyak lagi. Sebabnya
1. Iada fungal acne (bahasa Melayu nya kita panggil jerawat pasir).I SALAH FAHAM sebab fungal acne tu BUKAN lah jerawat pasir sebenarnya. I minta maaf sangat sebab misunderstood perbezaan dua-dua ni. Thanks to ChubbySofea yang bagi info dekat comment💛 Kalau ikutkan, I senang dapat jerawat pasir bila pakai cleansing oil ni. I guess ada bahan yang tak sesuai bagi kulit I. Cuma I tak boleh cari apa bahan tu😅
Awal pakai cleansing oil ni okey je naik sikit-sikit jerawat. I ingat sebab faktor lain(stress etc). Rupanya makin lama makin banyak pulak ahaha bila tanya kawan-kawan ada jugak yang macam I😅 so I guess kulit I tak sesuai pakai cleansing oil ni.
I am truly sorry for the misunderstanding😞 tapi I happy jugak sebab dah tak salah faham lagi sekarang ni hehe thanks a lot✨
Disclaimer: i am not a beauty consultant, pharmacist or a doctor. I am a beauty enthusiast who love sharing. I love to learn and get more information from others too. Do email me at nabilahzaini894@gmail.com if you have any opinion regarding beauty thingy😁
Saya nak tnya biore cleansing oil ada packaging bru ke?
ReplyDeleteHaah ya kalau tak salah packaging warna purple tak purple tu. Tulisan pun simple tak crowded mcm packaging lama😊
DeleteKalau jenis oil ni muka jerawat xsesuai pakai ke .
ReplyDeleteHi😊 yang ini saya tak boleh bagi komen sebab kena bergantung kepada kesesuaian kulit masing-masing. Contohnya haritu saya stop sekejap sebab kulit naik jerawat halus macam tu. Once dah okey, saya sambung pakai sebab nak cuci makeup senang😂
DeleteAda kawan yang okey je bila pakai. Jadi, bergantung kepada kulit kita jugak sebenarnya. Mungkin awak boleh check kandungan produk untuk pastikan dia sesuai dengan kulit awak. Harap membantu😊
Hiii, im here to tell you that fungal acne is not jerawat pasir. Jerawat pasir is just tiny bumps. W
ReplyDeleteWe call them pasir bcs the tiny bumps look like sands on the skin. Fungal acne is very rare to be found so yahh. Hope you'll understand the differences between them 🥰 Goodluck with your blogging future ❤️
Hii😊 im so sorry for the misunderstanding. Thank you so much for alerting me about the difference, sofea💛 I guess I'm experiencing tiny bumps n not fungal acne😅 thanks for the advice ✨
Deletehi, sorry i tak faham sikit kenapa you stop berhenti? sebab i pun pakai biore oil yang sama & nak tahu lebih lanjut, maybe i should stop too..?
ReplyDeleteHi😊 I stop sebab muka banyak naik tiny bumps. Mulanya I ingat sebab faktor stress atau hormone imbalance, tapi bila I try stop pakai sekejap, muka makin kurang naik tiny bumps(maybe juga faktor sekeliling kut yang jadikan kulit I sensitif). So I tak salahkan cleansing oil ni 100%😄
DeleteI ambik langkah selamat, follow my skin😂. Jadi I stop. Kalau kulit you sesuai dan okay dengan cleansing oil ni, you boleh teruskan guna tau😉 sebab I review berdasarkan reaction pada kulit I hehe
Tumpang tnya...so kalau yg ada masalah jerawat pasir. Boleh ke guna oil clenser?
ReplyDeleteHi😊 setahu saya boleh je awak. Tapi kena tahu kandungan produk yang sesuai dengan awak😀 incase boleh trigger jerawat pasir lagi teruk contohnya kulit yang tak sesuai dengan mineral oil ke ha😅
DeleteHai nk tanya..kalau untuk kulit sensitif ni memang tak ssuai ke nk pkai yg ni ?sbb sy kulit sensitif so cm takut² sikit nk pkai yg ni
ReplyDeleteHi😊
DeleteTak jugak awak sebab ada certain orang walaupun kulit sensitif sesuai pakai dan ada yang sebaliknya😅 kena tengok reaction bahan pada muka bila pakai.
Awak try figure out apa bahan yang tak sesuai pada kulit awak😊 contohnya, berdasarkan pemerhatian saya kulit muka saya tak boleh tolerate dengan produk yang ada kandungan mineral oil yang agak tinggi sebab selalunya akan naik tiny bumps. So, in that case saya sebolehnya cuba elak guna produk tu.
P/s : satu tips, kalau nak try produk, try satu produk saja pada satu-satu masa supaya kita boleh tahu produk mana yang tak sesuai dengan kulit 😉 hope it helps!
Nak tanye, ingredients produk ada brtulis alcohol x silap..sah tak solat? Cnthnya, trkena pada pkaian
ReplyDeleteHi😊
DeleteSorry awak soalan ni saya tak berani jawab sebab saya bukan ahli bidang itu😅
Tapi, awak boleh cari di web mufti wilayah atau web berkaitan untuk kepastian😊 ni antara link yang saya dapat cari
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/953-irsyad-al-fatwa-siri-ke-185-menggunakan-alcohol-swab-dan-minyak-wangi-beralkohol
Harap membantu😊
Ya Allah, terima kasih☺️
DeleteSama-sama😄
Deletehuhuhu, first time nak berjinak dalam dunia cleansing oil. dok pikiaq jugak nak beli yang biore ni ka ataupun more expensive one(sebab saya dok dgq cleansing oil boleh helps remove excessive oil and blackhead from our skin). dari sekala 1-10 hang bagi berapa kat produk ni, btw best weh blog hang hihi xx
ReplyDeleteThank You and I have a tremendous present: Who Repairs House Windows luxury home remodeling
ReplyDelete