10 April 2020

LALUAN UNTUK JADI JURURAWAT ( CARA NAK JADI NURSE)


Assalamualaikum hai korang😊

Hari ni macam semangat sikit nak cerita cara atau laluan nak jadi misi hehehe

I never thought yang I would write this post. Sebab I sejujurnya tak nak jadi nurse dulu. Cita-cita dulu waktu buat diploma yang tak kesampaian tu nak jadi doktor 😂 tapi betul lah orang kata kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.

I punya plan since 2018 punya baik dah untuk the next 5 years. Tapi 2019 was like a rollercoaster years for me. I quit halfway to further study in a nursing school.

Trust me, nursing school is not a joke. Kena kuat mental dan fizikal. Sebab bila kerja nanti, awak kena deal dengan nyawa orang. Lecturers and even diri korang sendiri kena firm habis waktu belajar. Seriously I bagitau, biar menangis kena marah dengan lecturer waktu belajar daripada menangis sebab buat silap bila posting.

Disiplin kena tinggi. Tapi jangan risau, korang akan enjoy the moment. I am starting to love my study in nursing school.
It is tough but exciting. Setiap hari korang akan belajar benda baru. Hands on activities banyak. Best sangat. Jadi, jangan risau okey kalau dapat peluang jadi nurse. Try dulu and korang akan tahu best ke tak😊

So okey proceed hahaha sorry bebel banyak. First laluan adalah selepas SPM, korang boleh mohon UPU untuk jurusan diploma kejururawatan. Banyak je course ni ada dekat IPTA. Kalau korang ada rezeki lebih, boleh la mohon di IPTS. Contohnya kalau di kawasan I tinggal ada AIMST. Lagi satu yang popular Asian Metropolitan University (if I not mistaken la).

So korang boleh sambung belajar diploma dan lepas graduate insyaAllah kalau ada rezeki korang dapat posting untuk jadi nurse yeay😊



Saja letak gambar acah cross leg😂 



Lagi satu cara adalah korang mohon SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam). Cara yang ni sebenarnya susah sikit tapi exciting la sebab korang kena hadir temuduga dulu. Once dah pass, tunggu panggilan dari pihak KKM bahagian pengambilan pelatih untuk posting belajar di mana.


Untuk cara kedua ni, korang akan ditaja mostly oleh KKM. Kira macam biasiswa la. Tapi sebagai ganti korang kena kerja dengan kerajaan selama 4 tahun kalau tak salah. Tapi rasanya okey je kena kerja dengan kerajaan sebab sekarang pun kalau tak salah I banyak hospital dan klinik perlukan staff bidang kesihatan😃


I kan personally memang tabik la dengan KKM (bukan bodek eh) sebab efisien kerja dorang. I boleh kata even dari peringkat latihan pun dorang sangat teliti bayangkan la perkhidmatan dorang macam mana. Superb beb. Memang untung sangat duduk Malaysia ni😊


Alamak I nak tulis lagi tapi ada kerja pulak hahaha. Okey-okey penutup, I boleh tolong setakat ni je dulu. Kalau ada apa-apa soalan komen kat bawah okey byeee salam😊



Takda gambar proper lain so kita letak je la gambar oxymeter yang ada ni ha😝

TAK BOLEH TUKAR ATAU UPDATE NOMBOR TELEFON BSN? MACAM MANA NI 🤔



Assalamualaikum hi peeps!

Okey korang ada masalah tak bila dah pergi kaunter untuk update nombor telefon tapi dah seminggu or setahun still nombor tak bertukar? Bank simpanan nasional ni servis kat kaunter dia okey tapi when its come to online services ni macam tak best sangat la bagi I. Taktau la maybe sebab I tak biasa guna kut😅


I ada masalah nak log in tau. Berbulan-bulan. Sebab I dah pergi kaunter untuk update dalam bulan july kalau tak salah tahun 2019. Pastu pegawai bank kata tunggu dalam 24hours gitu la. Bila check still tak update. Then I sabar sampai dekat sebulan lebih pastu pergi kaunter lagi. Then dia kata dah update. Tapi bila check still nombor telefon lama I.



Waktu tu I taktau kata kena telefon hotline bsn. Cari kat internet pun takda orang cakap kena call hotline untuk sahkan nombor. Kebanyakan cuma ulang info kalau nak update nombor telefon kena pergi kaunter sebab dah tak valid buat dekat atm😂 Time rasa geram jugak la sebab daftar guna nombor telefon lama kan. Tapi nak buat macam mana, waktu tu mana tukar nombor lagi😂


Satu hari tu memang I urgent sangat nak kena guna online banking tau. Tapi nak buat macam mana tak lepas lah nak daftar sebab OTP number tu akan masuk kat nombor telefon lama. So I tanya cousin macam mana nak buat. Guess what? Dia kata memang kena call hotline jugak. By hook or by crook, kena call pegawai bank sebab nanti dia bantu untuk check dalam system.


So I call. Tapi nak dijadikan cerita kelam kabutnya, phone pulak buat hal. Call hotline tak dapat. Biasalah bila guna line tutttt ni memang mencabar kesabaran sikit. Sim card problem rupanya. So alang-alang nak keluar pergi centre kan I settle je la urusan I kat atm terus. I try jugak tukar nombor dekat atm walupun tau dah tak valid. Dan ya, memang tak valid. Kena pergi kaunter.


Pastu I fikir sampai bila nak sabar kan. Dibuatnya urgent tengah malam macam mana kan. Memang la I jarang sangat guna bsn tapi incase la kan. We dont know what future holds kan 😊


One day I decide call hotline bsn pinjam phone orang 😂 pastu tunggu jap ada pegawai receive call dan tanya la soalan-soalan yang relevan untuk tolong I punya problem tu.


Soalan dia contohnya nama, card number, phone number etc la and then, dia cakap tunggu dalam 2 atau 3 hari lebih kurang untuk check balik. Masalah I tu sebenarnya bukan salah I pun😂 system tak update nombor telefon baru I. Sabar je lah. Dari 2019 tunggu adoii. Takpa lah pengalaman ajar I untuk sabar😂

So tu je la pengalaman I hahaha harap membantu😊 bye asslamualaikum