Sebelum ni I ingat dilema pilih bio, fizik, akaun, seni ni habis lepas Form 4. Tapi nope ! Bawak sampai zaman diploma haha
Okey macam ni, pengalaman I untuk pelajar diploma sains AS120, bila dah nak masuk sem 4 kena pilih whether nak further bio atau physics.
Ada sesetengah pelajar masih pening lagi nak ambik apa. Kalau I, I memang dah pilih dari awal nak further biologi sebab I tau, diri I memang tak boleh carry physics😅
Apa yang boleh I cakap, first thing, bertenang. Ambik kertas dan pen. Kalau malas, bukak notes kat phone pun boleh. Lepas tu list pro dan cons kedua aliran tu.
1. You boleh handle tak subjek tu nanti?
2. You minat aliran apa?
3. You boleh siapkan assignment tu tak kalau tak ada orang tolong?
4. You boleh handle lab experiment(kalau ada) tak ?
5. You selalu score subjek yang mana?
6. You okey tak (stress) kalau ada pressure dari subjek tu?
7. You suka mengira ke menghafal ?
8. You cekap math tak? (selalunya physics kena laju sikit kalau nak kira-kira ni)
9. You suka formula ke theory?
10. You rajin mengulang hafal tak?
And the list go on. I bagi contoh je tu.
Bagi I biologi ni lebih dinamik, setiap hari ada benda baru sebab kita belajar benda hidup. Berbanding fizik, fizik dinamik juga yapi lebih kepada bersifat fixed yang mana ada formula-formula perlu di guna.
Its okey, ambil masa. Fikir betul-betul. Semua ilmu bermanfaat yang dibelajar ni berguna dalam hidup tau😉
Setiap kali, jawapan korang cenderung ke arah physics/bio, korang tick la kertas pro and cons physics/bio korang tu.
Ni contoh experiment yang korang akan buat kalau korang masuk diploma AS120 biology branches. Group I swab raw sample dari door knob lab kitorang guna, straight to agar medium😂 Tempoh incubation 1 week rasanya. Tak ingat dah sebab lama. Best gila.
Yang korang nampak tompok hitam tu adalah colony of microbes. Haa so dah berani pegang macam-macam tanpa basuh tangan pastu terus makan ke?😝 tu baru guna satu swab (swab tu macam putik kapas yang korek telinga kecik tu je). Bayangkan tangan kita haaa😂
Lepas tu tengok yang mana lagi banyak. Setakat ni je yang I boleh tolong. Apa pun, korang lagi kenal diri korang. Dan jangan lupa minta pendapat orang terdekat macam family members ke. Goodluck !
No comments:
Post a Comment