17 February 2019

DIY Compressed Mask Jenama Watsons

Hi.

I ada habit tau lepas keluar pergi mana-mana( I pakai make up waktu keluar), I malas betul nak cuci. Tambah lagi kalau pakai sunscreen je dan tak pakai foundation pun. So, tak lama lepas tu naik la jerawat kecik besar semua ada. Kalau time cuti tu lagilah pemalas. Muka pun cuci gitu-gitu je.

Kulit I pulak jenis berminyak dan kalau cuaca panas, kulit bahagian pipi macam mengelupas sikit. Dan I tau skincare jenis hydrating lah yang paling penting time tu. Baru tau gelabah( tapi tak serik-serik😂). 

Baru ni I ada pergi Watsons untuk topup barang sebab hampir tiga empat bulan tak masuk Watsons(jimat duit weh sebab student lagi niii). Pusing-pusing dalam tu I nampak compressed mask. Brans Watsons. Not bad. Boleh try lah.




So basically, total ada 15 mask yang di-compressed sampai jadi macam bentuk bola kecik. Harganya RM 4+.

I bahagi dengan mak I so dapat la sorang sikit. Serius jimat okey guna cara ni. Korang bayangkan satu mask je dah boleh cecah Rm 4 ke atas. Ni kalau buat sendiri jimat lah. Dan boleh pakai selalu. 

Tapi I tak nafikan yang memang berbeza lah effect mask yang dah siap sedia dengan mask DIY ni. Yang penting, korang kena alert dengan skin needs korang.

So macam mana nak buat DIY dengan compressed mask ni ?

Jangan risau ada banyak options untuk solutions yang korang boleh rendam compressed mask ni. Lepas rendam, korang buka lah compressed mask tu slow-slow.

1. Timun ( gel ke air ke terpulang lah)

2. Aloe vera (okey yang ni best tambah lagi kalau muka burn kan)

3. Toner (kalau toner korang jarang pakai, boleh la guna daripada terbazir sia-sia je)

4. Essence water( alaa sayangnya tapi kalau korang jarang pakai boleh la guna yang ini)

5. Rose water/air mawar ( wangiii je lepas pakai)

So setakat tu je dulu yang boleh I share. Thanks sudi baca.


No comments:

Post a Comment