Assalamualaikum hi😊
Korang ada tak list drama-drama melayu yang best untuk ditonton? Kalau musim cuti semester tu mesti semua cepat-cepat keluarkan list drama untuk tengok sebelum cuti habis hehe sebab I pun macam tu tau
So, this is my several favourite Malay dramas😉
1. Mr. Grey
Drama ni best dan kalau korang nak belajar bahasa utagha haa drama ni sesuai sangat. Sebab apa? Sebab Nisa Ardina cakap kedah yang selamba je dalam drama ni. Lagi satu, mak Nisa lakonan Kak Ogy pun power jugak. Lawak okey kalau ada scene dengan Nisa ni. Penulis novel ini sangat berbakat dan banyak karyanya menjadi Best Seller tau. Nanti korang try lah baca. Pelakon utama Fendy Bakri dan Eyra Hazali.
2. Pujaan Hati Kanda
Pelakon utama drama ni sama dengan pelakon utama drama Lelaki Kiriman Tuhan, Remy Ishak dan Mira Filzah. Besttt sangat cerita ni walaupun stress Tiara asyik naik angin dengan Danny. Apa pun drama ni recommended jugak sebab ada Kak Su! MasyaAllah Kak Su(Reen Rahim) sempoi je berlakon dalam drama ni lawak pun ye jugak. Tagline dia halah halah halahhh tu memang lawak la. Drama ni ada sedikit loghat Perak sebab lokasi pengambaran kampung Tiara tu.
3. Lelaki Kiriman Tuhan
Honestly, awal-awal I tak tengok tapi kawan-kawan semua macam tengok drama ni so why not. First impression, I tengok outfit Mira Filzah yang lawa tuuuuu. Cantik-cantik sangat. Rasanya semua dari jenama Ariani sebab jangan taktau Mira Filzah adalah antara duta Ariani tau.
So berbalik pada drama ni, I suka cinematography dan plot drama ni yang lain daripada yang lain. Bagi I, cinematography penting sebab dia jadi nilai tambah untuk sesuatu cerita tu. Tak percaya, try tengok drama ni sendiri nanti. Selain tu, dalam drama ni I suka macam mana abang Naira try jaga adik beradik dia walaupun dia pun tak terjaga tapi at least he tried. Walaupun sakit hati lah jugak pasal abang dia, Naira dan adik dia jadi mangsa. Nasiblah ada hero Raid tu haihh
4. Kan Kejar Cinta Kamu
I dah beli novel dia lamaaa dulu before ada drama ni so macam excited sikit ni. Jalan cerita dia lain. I menyampah dengan nenek Ray. Sebab dendam lama je hancur masa depan cucu sendiri. Dan I suka how mak tiri Alma layan Alma walaupun tak sama macam mak sendiri, at least dia try nak jadi kawan dengan Alma. Pelakon utama adalah Fendy Bakri dan Amyra Rosli.
5. Nur
Pelakon utama adalah Syafiq Kyle dan Amyra Rosli. Drama ni jadi kontroversi jugak dulu sebab katanya a bit menghina agama sebab dalam drama ni ada jalan cerita di mana ustaz melanggan pelacur. Tapi apa yang tersirat dari cerita ni banyakkk okay. Let me share apa yang I thought of this drama.
First, hipokrit. Ada je kat dunia ni luar berlakon baik padahal hati busuk dan keji. Orang sekarang guna istilah apa tu 'penunggang agama' kalau tak salah. So, jangan cepat percaya orang, kena pandai-pandai jaga diri jugak supaya terpelihara dari yang bukan-bukan.
Second, jangan cepat menghina. I sangat kagum dengan orang yang sanggup turun padang dan cuba bantu orang lain contohnya sekarang kita boleh tengok Ustaz Ebit yang sangat sopan dan tak kisah pun gelaran ustaz yang dia ada. Ustaz okey je pergi approach non muslim walaupun gelandangan untuk bantu diorang. Dalam drama ni, ustaz Adam approach Nur walaupun ramai yang tak setuju tindakan dia.
Third, dalam cerita Nur ni ada scene yang family-family kan. Mak dan kakak Adam komplot halau Nur dengan cara yang tak elok. Dalam Islam, kita didedahkan bahawa kita kena ikut arahan ibu bapa terutamanya ibu kita atau kita dikategorikan sebagai anak derhaka. Ramai yang tertinggal ayat 'arahan yang tidak melanggar syariah Islam'. Haa keluar dah bab agama sorry-sorry I share je apa yang I fikir je. I minta maaf kalau salah tau😉
Okey ni Top 5 drama Melayu yang best bagi I. Tapi tak ikut susunan tau. I tulis yang mana I ingat dulu. Dan please correct me if there are wrong facts or words. Terima kasih sudi baca byeee
Baca juga post lain Cara Bayar Yuran UiTM Secara Online
No comments:
Post a Comment