31 January 2019

CARA MUDAH STUDENT BUAT INCOME DARI RUMAH

Hi peeps !



Cara ni mostly sesuai untuk student jugak sebab I pun still a student hehee dan maksudnya sesuai jugak lah untuk yang ada masa lapang kat rumah.


Korang pernah tak masa cuti sem nak mohon part time still tak dapat-dapat ? Macam I, dekat housing area ni memang kurang sangat peluang pekerjaan tu. Kalau ada pun saingan sengit sangat.



So apa I buat, guna phone dan search je. Banyak yang I jumpa tau. Ada yang logik ada yang tak. Kena pandai-pandai tapis.


Okey dah tulis banyak sangat pun taraguna jugak kan?😂 so lets cekidaut!



1. BLOGGING

Percaya tak boleh buat duit dengan blog. Percayalah memang boleh hehe.. Sebelum ni I banyak buat blog tapi suka-suka je. Lepas dah design cantik-cantik lepastu tulis la entry dua tiga page. Tak lama lepas tu I masuk sekolah asrama dan bila nak bukak balik, I terlupa password. Dan ini blog yang ke tiga atau empat ntah. Hopefully stick with this blog lah sebab I sayang gila blog ni 😁 Nanti I ada masa I buat satu post lain nak cerita pasal buat duit guna blog ni.





2.PENULISAN

Korang rajin tak tulis novel ke cerpen ke puisi ke sajak ke? Kalau ya, cuba bukak web rasmi Jemari Seni ke, Kaki Novel ke untuk hantar manuskrip korang. Kalau terpilih, boleh dapat duit tau




3. DESIGN PLANNER

Kalau korang kreatif, korang design la planner. Serius planner ni ada peminat tertentu tau. Harga pun boleh tahan cun kalau nak jual.




4. KRAFTANGAN

Dulu I jual keychain tau masa kecik-kecik dulu. Walaupun sikit je untung tapi I happy sangat boleh berniaga hahaha good 'ol days😉 keychain ni senang tau nak buat kalau kena cara. Korang tak tau nak cari bahan? Pergi DIY je cari ring untuk sangkut keychain tu ha lepastu gunakan kuasa kreativiti tu untuk buat keychain tu. Kalau dulu, I rajin sikit haha takdalah.. I reti mengait jadi I buat bentuk huruf la bentuk random la bentuk bunga la. Mengait tu apa? Ala tau tak yang orang dulu-dulu guna untuk lapik meja yang macam sarang labah tu. Dulu mak-mak sedara reti mengait so I macam tertarik la nak try. Last-last I tengok mak I buat, I reka suka hati la haha




5. TERJEMAHAN

Korang dari universiti antarabangsa yang ada foreigner tu lagi la boleh apply. Contohnya nak terjemah buku dari bahasa Arab ke English ke ha boleh la try. Untuk cara yang ini, orang yang multilingual mesti untung punya lah. Korang kena pandai-pandai nak cari makan guna kemahiran yang ada.




6. CONTENT CREATOR

Kalau korang jenis suka bercakap atau suka buat video, boleh cuba jadi vlogger atau youtuber. Daripada video-video dekat phone tu penuh kat phone, apa kata compile lepas tu masukkan di channel youtube korang😉 mana tau rezeki dapat buat duit lepas tu ha.





7. GAMING

Sambil-sambil gaming tu, try la streaming. Mana tau orang berminat tengok korang main game. Tahu-tahu boleh jadi gamer popular. Lepastu boleh buat duit dengan video-video tu semua😅





8. DROPSHIP

Kalau korang nak try berniaga tapi takut atau taknak pegang stok ke, korang boleh try jadi dropship 😊 depends jugak dengan produk dan team tu. Korang cuma perlu rajin dan konsisten insyaAllah you'll get something😉




9. TUTOR

Sekarang banyak je orang buat online tutor. Kena pastikan ada smartphonr/laptop dan internet je untuk buat sesi tutor. Contohnya, korang pandai buat jewelry, korang boleh buat online class untuk beginner. Cadangan, dalam RM 10 per person ke or less/more 😉 nanti ramai orang boleh jana income juga😊



So apa pun side income tu boleh jadi masyuk kalau rajin lebih sikit je dari biasa hehe. Okey tu je nak share bye😊


No comments:

Post a Comment