22 December 2020

REVIEW : KEROPOK JENAMA TESCO SEDAP KE?

 

Hi assalamualaikum😊


Kalau pergi tesco, perasan tak mostly tesco ada barangan under jenama sendiri. Contohnya, biskut, gula, tepung, sos, kordial atau keropok a.k.a. makanan ringan😊


Selalunya untuk makanan ringan I akan pilih jenama tesco sebab sedap dan murah hehehe😂 orang terdekat yang kenal I mesti tau I memang 'hidup' dengan jajan atau makanan ringan. Keropok, coklat, atau megi hehehe (pemakanan tak sihat ni jadi, jangan ikut tau😉)


 So, I nak review jugak lah, keropok mana yang sedap dan best. I harap I boleh explain dengan baik sebab I ni kurang pandai sikit nak describe benda 🤣


Sebelum tu, I nak cakap setiap individu ada cita rasa berbeza. Jadi, mungkin sedap bagi I tapi kurang sedap bagi korang😉 I describe ikut pendapat I ni😅 


1. Tesco Ridge cut BBQ potato chips (extra crispy & smoky)

Harga : RM 2 ( sebenarnya tak ingat. Tapi I rasa RM 2 😂)



- bentuk keropok ni dalam realitinya memang ketak-ketak (sama macam dalam gambar).

- saiz keropok sederhana (medium)

- diameter/ ketebalan keropok ni I rasa macam tebal sikit. Tapi boleh gigit lagi bagi orang yang pakai braces😂

- keropok ni sesuai dengan nama crispy tu sebab memang betul crispy. Tapi I kurang setuju yang smoky. Bagi I, rasa smoky (even bau) tak sampai expectation I😂

- kuantiti angin dalam packaging masih boleh diterima akal dengan jumlah keropok dalam tu (berat bersih 70g)

- rasa keropok ni BBQ. Kurang pedas, slightly rasa smoky tapi tenggelam dengan bau BBQ. Kurang rasa masin perasa/ MSG.

- Bagi I, keropok perisa yang ni I bagi 3.5/5✨




2. TESCO Tomato Flavoured Potato Chips (crispy & tangy)




- keropok ni bentuknya macam dalam gambar. Bukan ridge cut.

- rasanya sedikit masam-masam tomato dan tak pedas sangat.

- perasa tak rasa pelik macam terlebih garam ke pedas ke apa. Rasa tak sekuat keropok mister potato tu. Just nice je ha.

- I suka sebab keropok dia besar juga dan semua equally ada perasa.

- 4.5/5✨ sebab I suka pedas sikit. This one tak rasa pedas sangat sebab perasa tomato kan😉


Setakat ni I dah try 2 perisa, yang lagi satu perisa I selalu repeat beli. Nanti I review yang lagi satu tu ( sorry kejar masa😅)

No comments:

Post a Comment