14 October 2020

REVIEW : FREEMAN BARE FOOT BALM (krim kaki)

 

Assalamualaikum hi😊


Lama betul rasanya I tak update blog. I busy habiskan klinikal dengan exam yang akan datang ni ( fuh nervous pulak sebut pasal exam-exam ni haha) so, I ada dapat a few email tapi sorryyyy I tak perasan. Jadi I reply lambat☹️ tak sempat buka pun. Most of my days habis dekat tempat klinikal je. Tak sempat nak buka satu-satu. Sorry tau korang tapi jangan risau, I mesti reply jugak walaupun lambettt😂



Okey back to main topic. Harini I nak review tentang satu produk yang I baru discover. Produk ni adalah untuk kaki. Sebenarnya dah tengok lama tapi macam hesitate nak beli hehe


Selalunya I fokus untuk penjagaan muka saja tapi lepas I start klinikal baru-baru ni, I perasan kaki I macam dah start sakit, mengelupas sikit dan kering. Maybe kurang moisture la kan. I risau dapat cracked heels sebab half of my days memang banyak berdiri lama dan berjalan (also berlari😂) lotion sapu juga tapi biasalah I gedik nak extra 😝 haha tak la gurau je. Tapi I rasa kang dapat tumit pecah nanti susah la sikit kan nak kerja so better cari something untuk prevention😅 


Jadi bila masuk Watsons, I terjumpa satu produk dari Freeman ni untuk penjagaan kaki. 


Freeman foot balm! Banyak tau range produk ni. Contohnya ada juga foot scrub, foot lotion, foot treatment dan foot cream. So I pilih foot balm dulu untuk cuba sebab nak renews dry skin😉


Foot balm ni claims to soften calluses and renews dry skin. Kaki I kering so I pilih balm untuk bantu ganti balik kulit I yang kering tu😊
Selalunya lepas balik kerja, mandi I akan sapu dan terus tidur.




Macam cream je ha😉 cuma satu je la cons dia dalam banyak-banyak pros, bila pakai balm ni jangan pijak air sebab nanti melekit. After all, dia adalah balm dan bukan cream yang meresap tu😉



Cara pengunaan foot balm ni adalah sapu pada kaki yang bersih di bahagian yang kering dan bahagian yang keras contohnya tumit atau buku lali. Selalunya I guna 3 - 4 kali seminggu. Setakat penggunaan ni, I puas hati kaki nampak dah tak kering cuma tumit je belum rasa lembut sangat🤣 ke tumit I memang jenis keras gitu hahahaha



Bau dan warna foot balm ni bagi yang memang soothing dan calming. I suka bau dia sebab tak kuat. Baunya macam bau plum yang light dan tak peningkan kepala😂. Warna pun lawa light purple. Dalam produk ni ada shea butter, peppermint oil, plum extract dan tea tree oil😊
Oh ya, produk ni claims not tested on animals. So I rasa macam bagus jugak kan support product yang animal-cruelty-free hehe













Harga untuk foot balm ni I tak ingat pula sebab beli lama juga. Maybe RM 18 - 20 untuk 150mL. Boleh dapatkan di Watsons😉 oh sebelum lupa, tarikh luput foot balm ni 36 bulan lepas seal di buka tau😊 okey la setakat ni je nak share hehe kalau korang ada info, nasihat atau soalan apa-apa tentang produk ni, boleh komen kat bawah tau😊 I pun masih baru lagi dengan produk ni jadi review terhad berdasarkan pengalaman I je la 😂 tenkiu baca✨ !