24 August 2020

XX SKIER : Achievement 2020 P1

 Hi assalammulaikum 😊

 

1 achievement accomplished. Alhamdulillah. All praises be to Allah✨




21.




Rutin skincare atau penjagaan muka (Basic skincare) 2020

 Hi assalamulaikum😊


I taknak tulis banyak-banyak. I nak terus letak je produk I guna. Produk- produk ni yang I akan pakai setiap hari. Yang lain sampingan kalau tak malas atau teringat untuk pakai😂 Senang untuk rujukan I sendiri nanti😂 I happy sangat dengan keadaan kulit I sekarang. Tak flawless pun tapi much more better dari dulu. Harapnya kekal lama lah😂





Best pakai ni. Walaupun awalnya tak yakin sebab biasa guna gel-type cleanser.








Best guna. No fragrance dan mineral oil sebab kulit I sensitif dengan bahan tu.







Dulu I pandang rendah pada dia😂 tapi rupanya yang ini work best on my skin. Gigih beli sunscreen berpuluh ringgit sebelum ni tapi tak sesuai dengan kulit😵







Malunya nak share. I hesitate nak share sebenarnya. Banyak kali fikir. Tapi takpa lah untuk kenangan gitu😅 ni ada foundation sikit-sikit rasanya (tak berani pakai banyak) + lipbalm/lipstick.








Sekarang😅 tak flawless pun tapi much better I rasa daripada dulu. Ni pakai foundation tak full coverage pun (sikit-sikit) + lipstick.






Tu je nak share😊 terima kasih baca byee









22 August 2020

REVIEW : MASCARA APA YANG BEST DAN MURAH? MASKARA SILKYGIRL BEST TAK?

Hi assalamualaikum😊


Lama tak tulis pasal review ni kan? Bila sekali tulis terus gian ha😂 okey, kalau perasan dalam previous post, I ada cakap I sempat beli barang time Guardian buat sale 50% tu.


Masa tu, I sempat la tengok barang-barang makeup. Walaupun rak dah banyak kosong, tapi tak apa lah. Kita tengok yang mana boleh sambar, kita sambar😂


So, masa tu I teringat lah maskara I dah nak kering dah. Habis😂 Tapi masalahnya masa tu, I blank taktau nak pilih brand apa. Maskara yang sebelum ni mak I yang belikan sebab I jarang nak pakai sangat jadi I paling tak tau nak pilih maskara apa yang sesuai. Satu trick yang I tau, pilih barang yang hampir habis orang beli. Sebabnya kalau tak bagus, kenapa habis cepat kan?🤭



Tengah cari-cari tu, I terpandang bahagian untuk brand silkygirl. Selalunya I tengok lipstick dia je sebab murah dan cantik-cantik(biasalah I kan #cheapskate😂) time tu I tertarik dengan packaging maskara tu. Mungkin sebab warnanya menyerlah. Warna kuning tau. Tinggal sebatang je😂. Kod 01. Tengok harga maskara silkygirl ni. Rm8+. Ngam. Sambar terus😂



Hahaha simple je trick I beli barang😂 sebabnya macam I cakap lah. Kalau tak elok, kenapa cepat habis. Memang lah murah kan tapi brand lain pun murah apa😅








Untuk maskara ni, bagi I just nice. Wajib guna eyelash curler dulu kalau bulu mata natural korang jenis tak lentik macam I😂 sebabnya kalau tak pakai curler, nanti dia jadi memanjang keras kedepan. Betul ni. I pakai raya first tapi tak ada eyelash curler. Redha je dia keras ke depan😅




Untuk tanggal tu, memang senang sangat. Tak ada sampai tercabut-cabut bulu mata. Guna micellar water dengan kapas muka. Tuang sikit micellar water ke kapas. Lepastu, kepit dekat eyelash. Biar sekejap dalam 30 saat macamtu, korang tarik slowly. Nanti smooth je dia keluar. Kalau guna pencuci muka confirm-confirm keluar jugak sebab sabun kan🤭 okey la bagi I kalau pakai pergi jalan-jalan lepastu singgah solat, nak cuci mekap pun cepat😊




Okey tu je nak share hihi😉 terima kasih baca blog ni😊





REVIEW : MOISTURIZER PALING BEST? ROSKEN'S MOISTURIZER UNTUK SENSITIVE SKIN

Hi assalamualaikum😊



Korang pakai moisturizer tak dalam skincare routine? Kalau I, dulu I tak pakai. Sebabnya, bila pakai kulit muka naik tiny bumps. Tak kira la produk keluaran apa pun. Jenis kulit I adalah berminyak dan agak sensitif. Bila stress ke atau salah pakai produk, senang jadi breakout atau inflammation. Tapi kulit I tak sampai jadi macam jerawat hormon yang besar tu. Cuma naik jerawat nanah dan merah-merah😅




Susah tau dulu bila nak cari produk. I pernah jugak giveup. Tapi kejap je la. Sebab lagi rasa stress bila skin tak nampak elok. I tak ada la harap sampai kulit jadi 'cing' cuma nak bersih je. Jerawat seketul dua tu bagi I okey je😊



So lepas I nampak dalam youtube channel Maisarah Mahmud, dia ada suggest moisturizer dari rosken's ni. Cuma setakat yang I tau, range produk dari Rosken's ni adalah untuk dry skin. So, bila I nampak ada produk untuk sensitive skin, I terus nak try walaupun ia tak berapa nak ngam dengan oily skin.😂



Nak tau tak kenapa I kata tak ngam? Sebab bila I yang memang kulit berminyak ni pakai, muka lagi bertambah minyak😂 awal-awal pakai, memang naik tiny bumps yang banyak sangat. Maybe sebab pores blocked kut. Kawan I pun perasan muka jadi macamtu😅



I stop sekejap. Then, I sambung pakai. Throughout the time, makin okey. Alhamdulillah. Jarang naik tiny bumps sekarang. Tapi kena cuci muka betul-betul. Sebab berminyak sangat muka I😂




Sekarang dah nak masuk tube kedua. Okey je, I suka sebab dia tak ada bau. Warna macam losyen. Putih mutiara kut orang panggil. Tak ada mineral oil. Tu penting sebab muka I sekarang tak boleh tolerate dengan mineral oil.




Bagi I, harga time sale memang murah sangatttt. Better beli time sale. Betul ni. Harga asal dia kadang buat I hesitate sikit walaupun bagi orang lain harga tu affordable. Cuma ye la, I student yang nak beli apa-apa kena kumpul dulu🤭 jadi, kita cari time sale. Duit yang lebih tu boleh spend untuk benda lain kan? Betul tak😂










Quite good untuk I sebab produk ni claims tak ada mineral oils dan fragrances. I rasa sesuai la untuk produk yang khas bagi sensitive skin. Tak mudah irritate(walaupun awal pakai muka I naik tiny bumps sebab kulit sensitive sangat mungkin😅)




Oh lupa, produk ni ada botol besar dan botol kecil. Kalau korang nak cuba dulu, I suggest beli yang kecil dulu. Sebab kalau tak sesuai, tak la rasa ralat sangat😉 Lagi satu, untuk produk ni, packaging kadang datang dengan combo pack. Dapat 2 botol dengan harga yang I rasa quite nice😂




Untuk star, I bagi 4/5😊 0.5 star sebab yang tak berapa kenan packaging dia. 0.5 lagi untuk kesan yang bagi I quite lambat la😅 kena sabar dan konsisten pakai😊



UPDATE!!! 
I dah guna almost banyak bulan juga (lost count dah😅) dan skin I much moreeeeeee better sekarang. Skin I tak flawless pun tau tapi it way more better daripada dulu😭 I tak glow pun tapi bila makeup atau pakai foundation je dah shining elok(riak🤣) sebab moisturizer ni herlok.  Kira tak mudah crack ke cakey  atau apa-apa la. Tapi tiny bumps tu still ada dan tak ada la sebanyak dulu dah😉




Okey itu je I nak share kali ni, byee

16 August 2020

Pasang power chain untuk braces

 Hi assalamualaikum😊


Lama tak update since last post kan? Hehe. I ada mid sem exam. Ada lagi 1 paper untuk dihabiskan. Doakan I dengan kawan-kawan I tau😊


Ok. 12 hari bulan haritu I pergi review braces macam biasa untuk monthly review. Lepastu doktor ada tanya I macam mana braces tu okey tak. Sebelum tu I perasan yang gigi I dah tak berapa bergerak. Macam mana eh nak explain. Macam I akan perasan gap antara gigi tu sepatutnya makin mengurang(thats a positive feedback la kan untuk orang pakai braces😂) 


So, I cakap gigi I dah kurang bergerak. Okey doktor cakap bagi dia check dulu. Then terus dia kata, okey pasang power chain la untuk gigi atas ni. 6 batang gigi dari depan kena pasang. Hazab juga la. Ter ek ek juga la I 😂 sakittt. Tapi kejap ja sebab sementara doktor nak tarik power chain tu masuk tempat dia tu yang seksaan sementara😂. Lepas dah masuk tempat dia, okey je. Rasa sore+sengal gigi tu dalam sehari je. Pastu dah okey.


Paling best gigi I gerak cepat dalam masa sehari dua lepas pakai. Sekarang masih belum rapat antara gigi tu masih ada gap. Tunggu la next review pulak. Beauty is painnnnnn, korang🤣


Okey tu je nak share hari ni. Bye assalamulaikum😊