30 June 2020

TUKAR/BUAT IC BARU TAPI CAP IBU JARI ROSAK? NAK KENA BAWA APA KE JPN?

Hi assalamualaikum😊


Disclaimer dulu😂 I tulis 100% pengalaman I dan I tak pandai sangat pasal urusan-urusan rasmi ni, jadi I nak minta tolong kalau I ada silap info tolong komen eh? Supaya nanti orang lain dapat info yang betul😉 terima kasih korang.



Okey korang pernah dengar tak atau pernah jadi tak bila nak thumbprint, mesin tak boleh detect cap jari? Haa.. Itu la yang jadi kat I bila nak tukar IC.




IC I guna masih muka 12 tahun tau😂 memang jauh beza la sebab sekarang I dah umur 20 lebih. Kalau tak salah I, katakan la within 18 hingga 25 tahun masih tak tukar IC lama, korang boleh kena denda tau😉




Dulu ceritanya awal 2020 tu, I dah pergi JPN untuk tukar IC sebab susah buat urusan rasmi bila muka tak sama dengan gambar IC. Maksud I, bila ke pejabat kerajaan, pegawai selalu cakap 'awak tak tukar IC lagi ke ni? Muka lain ni.' Awal-awal cuak jugak. Sebab ye lah bila urusan rasmi ni, kita kalau boleh nak cepat. Bila jadi macam ni, takut juga kalau tersangkut. Jadi, nak selamat kena tukar secepat yang boleh😅




Tapi bila pertama kali pergi, macam I cakap cap jari I rosak. Rosak dalam erti kata tak nampak urat cap jari sebab tangan I berpeluh😅 kalau jari kering, solusinya boleh cuba pakai losyen. Ini jari yang peluh overproduction. Bila lap dengan tisu pun masih tak kering. Kalau nak tau lagi jauh pasal masalah ni, korang boleh search hiperhidrosis 😉



Jadi, last-last I balik je tanpa buat sebab bila ada masalah ni, paling maksimum IC boleh dapat dalam 3 bulan sedangkan I dah nak balik kolej untuk ambik exam😅 Bila ambik exam, I kena bawa masuk IC bersama. Susah la sikit.




Sekarang bila dah mula PKPP, I cuba la pergi lagi sekali untuk tanya jalan penyelesaian. So, alhamdulillah everything went so smooth😊. Sekarang I cuma harap IC I siap secepatnya sebelum sebulan. Sebab I kena balik ambik exam yang kena tangguh tu😂




Okey la kan 7 orang tapi tak sampai 30 minit tunggu pun. Lama sebab beratur di luar je. Sebab tu I cakap servis khidmat pelanggan kali ni memang puas hati sangat👍


So, I nak share apa yang I bawa untuk tukar IC lama kepada IC baru untuk orang yang cap jari rosak😉 its okay tau korang. Jangan rasa down, sebab tadi ramai je yang macan I jugak.😊 kita ada cuma tak nampak gitchuuu😂




Okey mula² pemakaian korang. Tudung kalau nak selamat, pakai warna gelap. I pakai tudung bawal coklat gelap. Sebabnya background putih😅 nanti tak nampak kepala pulak sebab lighting padu. I dekat situ guna 2 lampu😂 berpinar mata ha.




Untuk baju pula, I tak pasti sangat. Tapi kalau nak selamat, pilih warna gelap juga la. I pakai Tshirt biru jersey je sebab panas kena beratur nak masuk😂. Lagipun dalam gambar nanti, nampak sipi-sipi je baju😅



Dari segi dokumen, pegawai tu minta IC lama(yang nak tukar) je daripada I. Tapi I spare juga bawa surat beranak. Incase perlu la kan. Takut satu hal nak balik dan beratur semula pulak😝 Tapi tak diminta pun😅




Untuk bayaran, setahu I, bagi yang antara 18 hingga 25 tahun, kena bayar RM 10. Tapi kalau terlebih umur baru nak tukar, kena bayar RM 40 kalau tak salah😅 I lupa tanya pegawai tu.





Lepas settle ambil gambar, tunggu dulu tau sampai pegawai bagi Surat Pengenalan Sementara(ganti IC sementara siap yang baru) dan juga resit bayaran. Selagi tak dapat 2 tu jangan balik😂 nanti kena cop pendatang sebab tak ada pengenalan diri warganegara😅





Untuk kes normal, cap jari boleh detect, boleh dapat dalam masa sehari kalau buat di UTC(pengalaman family I). Tapi kalau kes yang special macam I ni🤭, pegawai tu cakap dalam masa sebulan macam tu. Lambat sikit la😅 I cakap la I risau kena balik ambik exam sebelum dapat kad. Lepastu I tanya parents boleh ambikkan kad bila dah siap atau tak. Dan ya, boleh katanya.





Cuma sekarang jadi masalah sebab kalau nak ambik, kena ada Surat Pengenalan Sementara tu dan juga resit bayaran. Susah lah sebab jauh. Kalau I tinggal kat rumah surat tu, nanti I jadi pendatang la lepastu tak boleh masuk exam😅 pening fikir. Jadi, boleh tolong doakan IC I cepat siap tak sebelum I kena balik? Pleasee😅




Untuk review tempat I buat IC, I sejujurnya puas hati sangat berbanding yang sebelum ni. Kalau dulu servis, okey-okey je. Layanan khidmat pelanggan yang sebelum ni I bagi 4/5. Yang kali ni I bagi 5/5. Lembut sangat cara cakap pegawai wanita tu. I ingat kaunter 13 atau 14 gitu la. Sangat membantu dan tak pandang 'slek' la walaupun I pakai Tshirt lusuh dgn selekeh berpeluh je pergi sebab malas bersiap😅



Takpa kan ambik gambar tapi blur kan muka sipi-sipi nampak tu. I ambik cepat-cepat gambar masa pegawai bangun sebab nak tunjuk kaunter buka semua😅 tak pandai fokus angle la😂



Rela yang jaga pun membantu sangat. Masa beratur tu, Rela tanya sorang-sorang tujuan datang sebab dia nak ambikkan borang supaya boleh isi sebelum masuk. Urusan pun jadi cepat. Kaunter pun tadi semua buka, tak macam sebelum ni🤭 Puas hati sangat. SOP dijaga.




Dalam premis, tempat duduk jarak-jarak. Mana yang orang tua-tua, Rela tolong guide supaya dorang tak lost taktau pergi mana😉 Bagus sangat. Taktau nak cakap la walaupun panas sebab ramai orang(I berpeluh walaupun UTC airconditioned😂)




Okey incase ada yang tertanya macam mana nak cakap, masa ambik nombor giliran I cakap 'Good morning(pegawai bertugas non muslim), saya nak tukar IC baru dan saya ada masalah cap jari rosak'. Lepastu bagi IC sebab pegawai nak daftarkan.



Dah settle ambil nombor, di kaunter ambil gambar pulak, cakap yang sama juga😊


UPDATE!!!

16/6/20 IC I dah siap. Tempoh masa IC siap dalam 2 minggu je rasa. Tapi I call lewat sebab I anggap IC I siap lambat. Ye la I kan special case hehe katanya boleh sampai sebulan tempoh siap. Rupanya siap awal. Alhamdulillah lega siap awal IC tu😊



Okey tu je nak share 😊 bye tenkiu baca.

No comments:

Post a Comment