31 May 2020

Kepentingan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation)


Hi assalamualaikum


Semalam I ada buat assignment due date harini. Tu lah I kan pemalas sikit haha. Esok due date harini baru teringat. Ah, takda lah. I terlepas pandang walaupun dah KIV (keep in view). Nasib la gmail hantar emel kat I fuhh😅


So dalam kelam kabut tu, I cari-cari jawapan dalam nota tapi tak ada pulak. Maybe tertinggal kat tempat belajar. Lepastu mintak bantuan google pun cari tak jumpa sebab dah gelabah kan😂


Nasib baik ada kawan-kawan tolong. Jadi, I rasa nak letak sini la sebab nanti senang I rujuk balik. Oh, sebelum tu I nak bagitau yang jawapan ni I ambik dari google dan campur ayat sendiri sikit-sikit. Jadi, kalau salah, tolong komen tau. Nanti I betulkan balik.


So, yaa



Ni contoh gambar untuk 2 men CPR



Kepentingan CPR adalah:


1. Menyelamatkan nyawa pesakit apabila jantung tiba-tiba berhenti dengan cara memberikan bantuan pernafasan dan chest compression yang berkesan.


2. Bantuan awal kepada pesakit dapat elakkan pesakit mendapat nekrosis pada tisu-tisu badan akibat kurang bekalan oksigen ke tubah disebabkan oleh pernafasan abnormal.


3. Meningkatkan peluang seseorang untuk hidup dengan cara mengembalikan ritma jantung yang normal.


4. Mengembalikan aliran darah beroksigen dan pernafasan normal dan lancar supaya pesakit kembali pulih.


5. Mengekalkan fungsi otak apabila aliran darah dalam sistem kardiovaskular kembali normal.


Kalau silap, betulkan I tau. Thanks, bye korang😊



21 May 2020

KESALAHAN DALAM BERBLOGGING (PENGALAMAN)

Hi assalamualaikum😊

Rasa macam tak layak pun ada nak tulis pasal tajuk ni. Blog ni pun baru setahun jagung. Tuan blog pun noob lagi😂

Tapi takpa I rasa nak share saja apa yang I rasa I patut buat dan tak patut buat masa I start 'enjin' dalam dunia blog ni. I tulis berdasarkan pengalaman I yang tak seberapa ni je tau. Kalau korang ada nak tambah, boleh komen kat bawah ni 😉



1. Takut nak pilih tajuk

- pernah tak jadi macam ni? I dulu takut sangat nak pilih tajuk. Macam-macam fikir. Kalau orang kecam macam mana. Padahal I nak tulis pasal nota biology je pun😂

I rasa dulu I patut tulis je apa yang I rasa. Asalkan tak langgar etika lah. Contohnya perkauman, unsur yang negatif la kiranya.
Bagi I, blog ni online diary. Yang tak payah risau hilang. Yang tak payah berkunci😂 cuma dia diary 'terbukak' lah. Okey apa. Boleh interact orang. Kongsi apa yang kita tau. Yang baik ke buruk ke, semua akan jadi 'saham' nanti😊 haa sudahhh mengarut dah😂 nexttt



2. Rambang mata dengan template

- I ingat lagi first blog dulu macam-macam I letak. Free lah katakan. Copy, paste, pap! New template. Comel-comel pulak template.

Dulu tak salah I ambik template dekat The Cutest Blog on the Block. Ke salah nama? I tak ingat dah. Lepastu, I letak lagu tau😂 Audrey Hepburn haa.. Yang arrow tu jangan cakap lah. Bling-bling keluar setiap kali gerak.

Last-last gelabah bila nak load jadi lambat
 Maybe sebab too much kut. Tapi yang ni pilihan la kan. Ada orang minat fancy dan ada yang tak. Macam sekarang, I pilih plain dulu sebab tak jumpa yang berkenan lagi (dan malas sebenarnya)😂




3. Tak pandai monetize

- pernah dengar adsense? Ha.. Adsense yang macam akak youtuber Sugu Pavithra join tu. Blog pun ada tau😉

Simple math macam ni, ada company bayar Google untuk iklankan advertisement dorang. Google bayar blogger untuk iklankan advertisement tu. Tolong betulkan I tau kalau salah sebab I pun baru lagi😂

Jadi, bila dah capai target views, korang boleh mohon adsense. Dulu kan taktau, jadi I pun buat taktau je la. Lama jugak. Lepas bila terbaca di blog otai-otai pasal adsense terus macam haah kan kenapa tak cuba😄 


Okey itu dulu ye untuk sekarang😊 bye assalamualaikum

08 May 2020

APA NAK BUAT KALAU BOSAN MASA PKP? | Idea bila bosan



Assalamualaikum dan hi😊

I terfikir lah, kalau bosan- bosan kat rumah apa idea berfaedah yang boleh I buat. Selain daripada baca buku, study semua tu la kan. I ada jugak google idea untuk lepaskan stress lepas belajar. Tapi banyak yang lebih kurang je😂

So I kumpulkan je idea yang I rasa okey untuk buat di rumah. Tak ada lah mata berpinau asyik membaca buku😂


1. Deko rumah

Selain rumah boleh je kecikkan skop kepada kemas bilik ke, kemas dapur ke. Depends lah kalau korang larat dan tak penat. Tapi jangan lupa korang puasa tau. Jangan overwork sangat. Nanti dahaga haa mendapat la😂


2. Belajar bahasa lain

Contohnya bahasa mandarin ke. Bahasa mandarin ada banyak tau. Hokkien, Cantonese. Pilih la ikut minat korang. Nanti mana tau boleh tambah credit values dalam resume ke😉

Korang boleh je download app di Play Store atau Appstore. Contohnya yang I suka, Memrise, Duolingo dan banyak lagi la. Nanti korang search for learning language app😊


3. Belajar masak

Haa ni ramai orang tengah practice ni. Tambahan pulak bulan puasa. Masing-masing pakat tunjuk skill masak. Sampai dekat facebook tu ada page Masak Apa Tak Jadi Hari Ni😂 Boleh jugak sama- sama tambah pahala sebab sediakan makanan untuk orang berpuasa kan😉

Mana tau boleh jadi youtuber masakan terkenal ke😉 macam kakak Indian yang viral tu. Walaupun orang kata dia suri rumah, dia bijak bila monetize skill yang dia ada. Best tau tengok dia, perut keluarga terjaga dan dia pun boleh bantu pendapatan keluarga sekarang😊


Cuba teka I nak buat apa😂


4. Mula online business

I rasa bangga betul bila ramai kawan - kawan I keluar dari comfort zone dorang. Dorang ada yang mula sebagai dropship promote barang dan slowly jadi agent. Tak srmua orang boleh buat tau. Kena fokus dan betul-betul tekad tak putus asa.

Korang boleh je start jual produk sendiri. Contohnya korang pandai buat kuih raya. Katakan lah cornflakes madu tu. Korang promote la kat jiran-jiran. Letak dalam status ke. Biar awal-awal untung sikit dulu tapi kena jaga kualiti. Baru lah orang suka😉

I tak pandai sangat business😂 I suka baca pengalaman orang jatuh bangun dalam business sebab pengalaman tu kan mahal. Tak semua orang dapat. Take the risk. Bila lagi kan nak belajar😉


5. Buat online tutor

Okey katakan lah korang ni pandai dalam something. Contohnya, buat roti. Tak semua orang pandai buat roti. Ada je yang buat roti keras kejun macam I😂 Haa.. Korang boleh la cuba buat kelas pengajaran jarak jauh (PJJ) . See.. dah boleh buat duit😉

Okey tu je la idea sedikit sebanyak yang I rasa okey dan tak la sangat cliche. Yang lain-lain tu contohnya tolong mak, kemas rumah semua tu jangan pulak tak buat😅


Rajin-rajin kan diri okey😊 I harap semua yang baca ni dalam keadaan sihat wal afiat semua. Jaga diri. Bye assalamualaikum😊

03 May 2020

IDEA NAMA BLOG? | Nama unik untuk mula buat blog?


Assalamualaikum hai😊


Sebelum tu sorry tau kalau ada antara idea ni yang dah berpunya. Maksudnya, ada yang dah daftar dulu guna idea ni. Kali ni entry I random je. Tak refer mana- mana kecuali pengalaman I sendiri😂 so maybe akan ada idea I tersama, sorry I tak berniat nak tiru. I mungkin pernah nampak tapi I tak ingat. Nanti komen kat bawah supaya I boleh edit atau delete atau kredit okey?

Nama untuk blog sebenarnya elemen penting tau selain daripada content blog korang. Katakan lah I first time bukak blog, I akan tengok nama dan header dia dulu. Korang macam mana? Sama ke?

Kiranya macam first impression la sebelum orang baca blog korang. I still newbie lagi. Tak layak nak komen acah-acah pandai ni😂 I punya header dan layout pun still tak terbuat. Banyak faktor sebenarnya. Salah satunya sebab malas. Okey la tenkiu sudi baca content blog I 😂

Proceed. So suggestion I, pilih nama yang catchy. Sebab nanti senang orang nak ingat. I dulu newbies. Tak ada idea banyak. Bila google pun, I still lost tak ada idea. Sekarang ada idea, tapi tak kuasa la nak tukar url 😂 Biat je situ.


Okey dah. Lets cekidaut! 😉


1. Nama korang. Paling senang sebab kalau orang nak cari blog korang, cuma perlu ingat nama korang je. Tapi kena cepat la rebut nama sebab selalunya ada orang dah guna dulu. Kalau lambat, korang gabung je dengan apa-aoa yang catchy.

Contohnya I, I gabung nama I dengan nombor 'catchy' sebab tak suka nombor pelik-pelik😂 okey, ni antara idea random I.

- hahahanim (kalau nama korang hanim)
- joethejohan (kalau nama johan)
- akimilagu (nama + preference muzik😂)
- orangeyhana (kalau nama hana)
- fairyleesa (nama alisa, lisa, leesa pun boleh)
- bellabox ( okey habis idea dah😂)
- tashatushi (sambung sikit, sushi! 😂)


2. Pencinta kucing atau haiwan lain. Letak la nama haiwan kesayangan korang. Contohnya I dulu ada kucing nama CIKO. Personaliti kucing I tu ala-ala macho abang kawasan😂 so here some ideas.

- taikociko
- kocikoceng
- snowyciko (ciko I warna putih😉)
- tuanciko
- cikobermisai (entahla nak hahaha)
- cikogendut ( okey, tak I melawak je. Balas dendam sebab dulu ciko suka buli I)😂


3. Preferences. Ni banyak ni idea. Be it song genres, colours, foods and more. Sesuai la kategori ni kalau korang decide untuk jadi blogger anonymous. Check it !

- skierjungle (nature -nature gitu 😊)
- offblackiko ( warna + nama korang ke)
- silhouettella ( painting ke + nama)
- sopraphiano ( minat nyanyi ke atau nak tulis pasal muzik ke😉)
- velvetdaebak ( kpop, anyone?😝)
- darkestbox
- infodina (blog korang yang informative)
- lighthewall
- bellforben
- est2000 ( tahun korang lahir ke 😉)
- samyangitupedas ( okey sudah merapu. Dah habis idea😂)


Okeyyy I dah ngantuk dah. Esok insyaAllah I sambung. Bye for now.  Thanks kind-souls. Semoga esok idea I banyak dan urusan I cepat settle aamiin


01 May 2020

FAQ : LUPA ID ATAU PASSWORD ONLINE BANKING BANK ISLAM (soalan)


Hi assalamualaikum😊

Recently I received a lot of questions about online banking. Soalan lebih kurang sama tapi still ada tanya jugak. So I decided untuk kumpulkan soalan supaya senang nak rujuk balik okey?

I tulis ni berdasarkan pengalaman je tau. Kalau ada yang lebih tahu atau pakar, boleh komen di bawah untuk saya edit atau kredit info. Thanks

Baca bagi habis tau 😉

1. Saya lupa id atau username online banking bank islam. Macam mana ni?

- boleh cuba call contact center atau email kepada bank islam.


2. Saya lupa password online banking bank islam. Macam mana ni?

- boleh cuba click forget password atau call contact center atau email kepada bank islam.


3. Saya dah cuba login id dan password yang betul tapi still tak boleh login.

- cuba refresh dulu dan login sekali lagi. Cuba juga check internet connection. Jika tak boleh jugak, call contact center atau email kepada bank islam untuk bantuan.


4. Internet banking bank islam kena block. Macam mana ni?

- cuba call contact center untuk bantuan dari pegawai bank.


5. Saya tak boleh login akaun online banking saya. Macam mana ni?

- cuba refresh page semula dan check internet connection. Boleh cuba call contact center untuk bantuan selanjutnya.