30 November 2019

NAK BELI APA DI SHOPEE?


Hi assalammualaikum gaisss

So harini petang - petang hujan macam ni, I bukak la segala apps yang I ada kat phone sebab taknak tidur😂 then shoppee came across and I just thought boleh jugak share barang-barang RANDOM yang I rasa berguna dan murah je kalau nak beli😂

Don't worry sebab I pun student so mostly memang mampu milik punya hahahaha I faham cewahhh



Okey cekidaut these ideas!



1. FAIRY LIGHT

Ya ampunn cantik sangat okey. Dahtu long enough untuk letak from study table sampai ke bahagian katil I 😂
Price: RM 8+ ( asalnya RM5+ plus shipping fees RM3+)

I beli sebab bilik tak ada lampu tidur so kalau jaga malam-malam nak ke toilet mengagau cari flashlight phone😂 So instead of table lamp, I beli fairy light la baru nampak cantik sikit hahaha

I beli yang guna power source batteries tau (3 batteries double AA). Kalau korang prefer guna usb pun ada. Tapi I malas nak ambik risiko trip plug tengah-tengah malam jadi I beli yang guna batteries je la😉

Nama shoppee shop ni xinzhan2.my(warm station). Seller respond laju. Mostly barang-barang best tapi kena tengok reviews tau. Reviews sangat penting kalau nak beli barang online.



Sorry pic quality low sebab gambar ambik time dah ngantuk nak tidur semalam hahaha tapi worth it!



2. PHONE CASE

Sejak I kenal shoppee dan sewaktu dengannya, I tak pernah beli casing phone kat kedai fizikal hahaha 😝 semua online je. Harga pun mostly bawah RM 10 dah boleh dapat yang cantik-cantik. 

Kadang tu I tengok dekat kedai sama je bentuk dengan material dia. Beza harga dalam +-RM3 jugak #cheapskate detected 😂


I suka yang cover plain sebenarnya. Nampak lawa dan kemas. Cover ni bukan jenis keras tau. Dia lembut flexible. I anti betul cover yang keras tahap kuku nak tercabut cungkil nak keluarkan phone tu😂  so yang ini, I approved !



3. CANVAS BEG

Teenagers sekarang kan memang trend tau pakai canvas beg ni. Lagipun I rasa praktikal sangat pakai beg ni. Material jenis kain canvas(dah nama pun canvas kan hahaha)  best dan senang nak basuh. Harga kurang dari Rm 10 ni. Beli banyak dapat free shipping guys 😉


Separuh geng I beli lepastu cewi sama- sama hahaha tapi memang lawa beg ni. Cons dia, beg nipis sikit lah dan design dekat most kedai sama. Tapi okey la berpatutan dengan harga😊


4. COSMETIC/ MAKE UP

Okey I sebenarnya tak galakkan beli cosmetics yang kita sendiri taktahu apa bahan dia tau. Cuma macam I, untuk belajar make up (cewahh🤮) I beli yang kat shoppee dulu sebab murah kut. 

Kang beli yang barang mahal sayang pulak nak pakai. Dahtu bilanya nak belajar make up kan hahaha😂 tapi I akan make sure baca dulu review atau pun chat seller untuk tanya apa yang I nak tahu sampai puas hati. Only then, baru I proceed.

Harga pun murah je tapi kena pandai cari jugak tau. Range start RM3+ ke atas




5. Kasut

Sebelum tu disclaimer I orang kedah jadi sorry tau sebab kadang- kadang I tulis sandal tu kasut tau 😂

I suka survey sandal di shoppee dan mostly I tak boleh letak high expectation la kalau nak beli dari shoppee/ online shop. Unless kalau reviews shop tu best- best.

Sebetulnya I lagi prefer beli sendiri kat luar sebab jenis orang yang suka physical materials. Tambah lagi kalau melibatkan saiz kan. Contohnya kasut ke baju ke seluar ke ha.


Tapi due to MCO haritu tak boleh keluar so I spend almost 1 weeks nak survey untuk beli kasut nak pakai ke kedai 😂 kasut I semua tak bawak balik sebab kena 'halau' balik rumah😝 so kelam kabut la semua benda tinggal. Takkan nak pergi kedai depan tu pun ber-sneaker ye dak😂 kelas kau jah 😝



Okey I nak share ada satu shopee shop ni yang bagi I trusted seller la. Reviews pun not bad. I punya review pun okey not bad. Seller respond cepat. Stars pun banyak. 


Nama shop tu heus_ . Shop ni jual mostly kasut/sandal. Cantik-cantik kasut dia. Murah pun murah. I order 2 pasang and paling best adalah bila harini order lusa sampai depan rumah😃 pastu cewi la pakai kasut ni buang sampah kat luar sebab tak boleh keluar kan hahahaha😂 (cewi tu maksudnya macam bangga la nak menunjuk pun ye jugak 😂)



I rasa satu pasang RM 10 exclude postage tau. Kasut ni lembut sesuai la pakai pergi kedai. I suggest kalau nak beli ukur dulu kaki sebab kasut ni betul-betul ikut length yang diberi.



6. Ring light

Sapa-sapa yang suka makeup tu boleh la try beli ring light ni. Boleh ambik video atau gambar yang cantik sebab lighting on point😉 Tapi mostly setakat yang survey ni agak mahal la bagi I yang tak ada keperluan untuk beli ni😂 Paling murah I jumpa harga dalam RM45 macam tu. Itu pun harga time flash sale😆 Tapi jenis dari plastic lah. Tak pasti kalau ada lagi murah ke tak.


Tapi kalau korang berniaga ke apa cantik juga kalau nak photoshoot barang/bahan niaga online. Eye catches faster gituu😝
Okey penat dah la nak tulis hahaha tapi actually banyak lagi ni barang yang I tak mention sebab mostly kena cari balik gambar.


7. Nail polish


Okey, nail polish setahu I ada 2 jenis. Satu jenis yang guna remover untuk buang dan satu lagi jenis peel off. Bagi I untuk mudah buang, guna peel off. Dia macam getah sikit atau kalau korang pakai inai tiub tu kan, bila kering korang kopek. Ha macam tu la😅

Bezanya inai, bila cabut buang layer tu ada kaler. Nail polish peel off ni kalau korang pakai pastu kopek layer, tak lekat warna. 

Macam I, bila klinikal tak boleh pakai pewarna kuku/inai. Jadi, yang jenis peel off ni onz😂 nak melawa tapi kena klinikal, terpaksa cari option😅

I ada order dari kedai shopee Beautyqueen2u . Seller ni peramah sangat-sangat dan helpful. Walaupun I beli 1 botol je tapi sebelum pos, seller rajin hantar gambar barang pos kat I. So, I boleh nampak seller ni komited dengan bisnes dia😁 I baru first try beli dari shopee shop ni. So disebabkan servis memang 💯 tiptop, I highly recommend pada sesiapa yang nak beli peel off nail polish/ nail polish biasa ni.

Seller ni based in Penang tau. Barang-barang banyak readystock. Kalau ada apa-apa soalan, boleh terus chat sebab seller helpful sangat😊



Beli 1 je dulu sebab nak try😂 kalau beli sikit tapi kerap tak rugi kan?😝


Warna hitam mostly banyak habis. I jumpa a few shops je yang available. Harapnya kalau sellers nampak ni, please restock banyak black please😂



Sorry tau sebab ada certain yang tak ada gambar tapi I tulis je. Nanti I free I tambah-tambah lagi okey? Apa-apa pun saja la nak cakap nanti ada sale 12.12 kat Shopee hahahaha😝 selamat berhabis duit gaiss


p/s: nak minta tolong korang boleh? Tolong tekan iklan kat atas bawah tepi kiri dan kanan hahaha (untuk tabung simpanan I gitu😅) tenkiuu kind-souls!

Assalamualaikum byee😉


No comments:

Post a Comment